tni's reading list^
3 historias
Kisah Aku Dan Dia! ✔ por hanxxx_
hanxxx_
  • WpView
    LECTURAS 1,186,041
  • WpVote
    Votos 30,780
  • WpPart
    Partes 43
Akibat kejadian dia melanggar kereta lelaki itu,dia kini diulit sengsara. Untuk menyelamatkn maruahnya,dia perlu berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali kurang daripada 30 minit . Mahu pecah dadanya melayan karenah lelaki itu. Setelah agak lama mengenali lelaki itu,dia kini sedar. Lelaki itu tidaklah sedingin dan sesombong mana. Padahal lelaki itu adalah seorang yang sweet! Sweetnya mengalahkan gula! Perkahwinan mereka mungkin tidak terlalu sempurna namun cukup indah bagi Ezra Naura. Isteri mana yang sanggup membenarkan suaminya berkahwin lagi? Ezra Naura terpaksa berkorban. Terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kisah aku tak macam korang semua. Ini kisah aku dan dia . ___________ Best Wattpad Achievement #17 in romance #15 in romance
Biarku pergi jauh por Greenfolks
Greenfolks
  • WpView
    LECTURAS 1,803,463
  • WpVote
    Votos 35,657
  • WpPart
    Partes 66
Kahwin kerana dijodohkan, bukan kerana kerelaan hati. Aku cuba menerima dirinya sebagai suami tetapi belum cukup setahun perkahwinan kami dia sudah menunjukkan belang. Aku ingatkan dia sudah berubah tetapi hampa. Sudah banyak kali dia meminta peluang. Aku masih boleh bersabar dengan sikapnya sehingga aku difitnah. Yang lebih menghancurkan hatiku adalah apabila dia sendiri yang tidak mempercayaiku. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri darinya. Aku lebih rela pergi jauh daripada tiada siapa yang percayakan diriku. Siapakah yang memfitnahku? Sehingga bilakah aku melarikan diri? Dan bagaimanakah hubunganku dengan suamiku? Jatuh perceraiankah? Credit to @tuliphire untuk cover buku ni😍 Greenfolks ✌
DIA SI PEMBEKU CINTA  por aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    LECTURAS 2,760,194
  • WpVote
    Votos 139,894
  • WpPart
    Partes 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.