johnnyreggea's Reading List
11 stories
Catatan Rindu Dari Kota Amsterdam by filzxhnfz
filzxhnfz
  • WpView
    Reads 274
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
Dendam kesumat buat Salsabila mahu lupakan identitinya lalu berkelana jauh ke kota Amsterdam dengan harapan dapat lari jauh dari igauan ngerinya di Kanchong Darat. Di bumi Belanda, ada suka, ada duka, ada tangis, ada tawa. Luqman hadir di sisi buat dia rasa terisi, namun hilangnya lelaki itu buat selama-lamanya buat Salsabila resah dirundung sepi. Dia tahu dia perlu kembali. Namun perlukah dia pulang andai ada 1001 rahsia dibawa bersamanya dari kota Amsterdam?
Fiqh Ibadah by ninjaturtle710
ninjaturtle710
  • WpView
    Reads 12,468
  • WpVote
    Votes 29
  • WpPart
    Parts 8
السلام عليكم. Manusia seringkali alpa. Tidak semua ilmu dapat disimpan dalam otak kita kerana ilmu itu banyak dan sangat luas. Disini saya ingin mencoretkan ilmu Fiqh Ibadah untuk rujukan kita bersama. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu kita yang masih kekurangan ilmu dalam bab agama. Jika ada kekurangan dalam penulisan ini saya memohon maaf, dan jika ada bahagian yang tidak difahami boleh lah komen atau tanya saya sendiri maksudnya. In shaa Allah saya akan beri penerangan lagi berdasarkan pengetahuan saya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahualam bis showab. بسم الله الرحمن الرحيم.
DEWA by Deen_Nasir
Deen_Nasir
  • WpView
    Reads 390
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 2
"Kalau dia antagonis. Kau? Protagonis." Senyap. Suara itu diam, kedua-duanya. Aku menoleh ke luar jendela, langit jingga campur kelabu, mendung negatif. Kelihatan pelangi di antara dua bukit ungu. Tiba-tiba kedua-duanya makin mendekat, merapatkan pelangi hingga akhirnya pelangi itu pecah terburai menjadi jalur-jalur yang meliuk-liuk seperti kain, mewarnai seluruh langit. Aku mendekati jendela itu, menyaksikan limpahan warna berpusaran menyerang bumi, membenamkan segala rasa ke dalam perut bumi. Selamat datang ke dunia Tuhan, bisik Joni. "Dunia Tuhan?"
OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAAN by alexiaaqram
alexiaaqram
  • WpView
    Reads 1,242
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 11
Kisah pengembaraan Olivia selepas kemusnahan dunia.
cerpen rabak by shikigami_ren
shikigami_ren
  • WpView
    Reads 35,522
  • WpVote
    Votes 641
  • WpPart
    Parts 30
sebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016
Folikel Spektrograf oleh M. Faiz Syahmi by terfaktab
terfaktab
  • WpView
    Reads 5,542
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 6
Sinopsis: Ini kisah Faisal, Humaira dan Mawar. Juga kisah Mark Edison, Khaleeda dan Khalid. Dua kumpulan manusia yang saling tidak mengenali satu sama lain, namun memerlukan setiap pada mereka untuk teruskan hidup. Nota Penulis: Update pada hari Khamis setiap minggu. Itupun kalau dia rajin.
Burger Ayam Double Special by AdibZaini
AdibZaini
  • WpView
    Reads 14,835
  • WpVote
    Votes 386
  • WpPart
    Parts 2
Sudah jatuh, ditimpa tangga Kalau orang mahu aku rumuskan kisah ini, itulah yang akan aku katakan. Namun kisah aku tidak berakhir setakat ditimpa tangga. Untuk perumpamaan ini lebih tepat, selepas aku ditimpa tangga, siling pula runtuh, aku dipanah petir, kemudian 2 biji bom atom jatuh tepat di atas kepalaku. Jika kau percaya pada karma, kau mungkin akan katakan ini semua adalah balasan karma. Mungkin sebab aku selalu curi parking orang lain. Mungkin sebab aku selalu pau rokok kawan. Namun ini bukan setakat karma. Untuk mendapat nasib semalang ini, empat ekor kucing hitam kena lintas depan kau, kau lupa forward 13 email berantai, kau pecahkan semua cermin muka di dalam rumah, dan kau lukakan hati Lady Luck. Kisah ini bermula gara-gara sebungkus burger. Okay, dua bungkus burger.
Xx by mimimorticia
mimimorticia
  • WpView
    Reads 966
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
Kota Bandit by Amaramir
Amaramir
  • WpView
    Reads 12,933
  • WpVote
    Votes 228
  • WpPart
    Parts 5
Empat sekawan satu hari dirahmati tuhan dengan rezeki terpijak. Mereka kemudian mengharungi perjalanan roler koster merentasi syurga dan neraka, sebelum akhirnya menyedari dunia ini penuh dengan bandit.
Suamiku Seorang Filosuf slash Fotografer by sufianabas
sufianabas
  • WpView
    Reads 13,306
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 3
Tengku Ariff Danial ada segalanya. Ayah yang kaya seperti Firaun, wajah yang wajib diselfie, dan kebijaksanaan seekor tupai yang terperangkap di kebun peladang yang kaki minum dan baran. Tapi Tengku Ariff Danial gagal memiliki hati Puteri Aisyah, seorang instag-tudung-seller-manic-pixie-girl yang comel nak mampus, tapi mempunyai iman titanium. Namun setelah brek tayar kereta ayah Puteri Aisyah dipotong, dan beliau mengalami kemalangan yang parah, kata-kata terakhir beliau sebelum melangkah keluar pentas kehidupan adalah, "Puteri, kau kahwinilah Tengku Ariff Danial, dan ini adalah permintaan terakhir ayahmu." Apakah Puteri Aisyah akan derhaka pada kata-kata yang dipengaruhi morfin ayahnya itu? Atau apakah beliau akan shopping, makeover, dan berselfie dengan caption "OMG babe, I kena kahwin paksa!"