Bloated_Peas
Seto Mika, 17 tahun merupakan anak yatim piatu. Pemberontakan demi pemberontakan menunjukkan hatinya yang sepi tanpa kasih sayang seorang ibu dan bapa. Satu hari, nenek kesayangannya jatuh sakit dan Mika keluar daripada kumpulan Rosemary. Maka, bermulalah kehidupannya sebagai gadis normal yang lain. Mahu dijadikan cerita, seorang pelajar baharu muncul di kelasnya membuat hati Mika sedikit terganggu.
" ini, ambil. Baca dan kapel dengan dia. Aku dah tak tahan dengan semua ni! Stress..." - Seto Mika.
" hmmm...kau marah?" - Amano Seiha.
Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang Mika harapkan, tetapi hati sepinya mula terisi.
" aku sukakan kau, Mika. Kenapa payah sangat kau nak terima aku?!"
" maaf, aku tak ada apa - apa perasaan pada kau, Seiha. Carilah orang yang lebih baik..."
Mampukah cinta seorang Seiha menembusi hati batu milik seorang Mika? Bila Hati Berbicara ada ceritanya...