AzieanaIsmail's Reading List
1 story
Yang terindah dari dia by AzieanaIsmail
AzieanaIsmail
  • WpView
    Reads 183
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
Lajis bersiul riang sebaik sahaja sampai di depan tangga rumah kayu yang bercat warna putih yang sudah hampir pudar warnanya. Lampu mentol bulat wat 15 itu agak samar seolah-olah seperti hidup segan mati tak mahu yang digantung di gantung di tepi tangga. Bukan mudah untuknya pulang dengan senyuman seperti malam ini. Apa tidaknya, sejak dia terlibat dalam permainan judi, malam ini adalah kali pertama dia menang. Tangannya menggagai mencari kunci dari poket seluar. Entah kenapa dia baik hati malam ini kerana tidak mahu menyusahkan Halimah untuk bangun buka pintu. Biarlah isterinya tidur dengan tenang kerana ada agenda yang mesti dia lakukan malam ini. Pintu bilik yang paling hujung menjadi destinasinya. Dengan senyuman yang mekar di bibir keringnya, dia menolak perlahan pintu bilik itu. Nampaknya dia yakin yang malam ini misinya akan dilaksanakan dengan jayanya malam ini setelah gagal beberapa kali.