buku fixi
8 cerita
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil oleh BukuFixi
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil
BukuFixi
  • Membaca 20,104
  • Suara 226
  • Bagian 14
Tina percaya dia dalam sepi walaupun ditemani suara-suara luar. Azri tersangkut dalam rutin harian bosan dan impian masa silam. Has persoalkan idea kebergantungan dan meraikan hidup bersendiri. Tina mencari 'kediaman' sebenar dalam hidupnya ketika bertemu dengan Azri yang membawa semangat dan peribadi Has. Perjalanan ketiga-tiga mereka mendepani perspektif suku usia yang disenyapkan: kehidupan dan tujuan, ikatan dan penerimaan, realiti dan beban. Cerita adalah sebentuk lukisan mentah. Lukisan mereka adalah teks kelam dalam membanding tragedi.
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah oleh BukuFixi
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah
BukuFixi
  • Membaca 53,686
  • Suara 1,005
  • Bagian 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti oleh BukuFixi
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti
BukuFixi
  • Membaca 87,730
  • Suara 1,083
  • Bagian 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.
Seolah-Olah Hüzün - sebuah cerpen oleh Wan Nor Azriq oleh BukuFixi
Seolah-Olah Hüzün - sebuah cerpen oleh Wan Nor Azriq
BukuFixi
  • Membaca 3,222
  • Suara 40
  • Bagian 1
Cerpen yang diinspirasi oleh melankolia istimewa kota Istanbul.
The Takeaway - a short story by Mim Jamil oleh BukuFixi
The Takeaway - a short story by Mim Jamil
BukuFixi
  • Membaca 3,746
  • Suara 76
  • Bagian 1
Waiting for love in Dublin.
ROS - sebuah novel Naufal Azize oleh BukuFixi
ROS - sebuah novel Naufal Azize
BukuFixi
  • Membaca 123,607
  • Suara 2,699
  • Bagian 22
Hari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluruh ahli keluarganya. Rumahnya habis dibakar – hangus segala isi. Persoalannya, Jo bukanlah daripada gologan korporat, mengapakah dia diburu? Bunga ros merah berserta darah setiap yang mati mungkin ada jawapannya.
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir oleh BukuFixi
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
BukuFixi
  • Membaca 56,958
  • Suara 1,271
  • Bagian 21
BLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemunculan seorang persona bertopeng dengan figura daun terup ‘Ace of Spade’ beberapa tahun kemudian menimbulkan tanda tanya akan kemunculan kembali Black Rose. Satu pembunuhan bersiri terkenal – Burning Corpse – juga dipercayai mempunyai kaitan dengan Black Rose. Ada percaturan politik yang sedang bersembunyi di sebalik kekalutan itu. Ia satu “muslihat”. Ianya Eskapis.
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup oleh BukuFixi
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup
BukuFixi
  • Membaca 93,547
  • Suara 1,967
  • Bagian 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.