tralalana's Reading List
36 stories
Give Me Your Forever [C] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 981,823
  • WpVote
    Votes 32,469
  • WpPart
    Parts 54
- Editing in progress- Adam Afham x Nadiya Aleesa Nadiya Aleesa menjadi ibu tunggal sebaik sahaja putera kecilnya, Amsyar, menjengah dunia. Luka perkahwinan yang musnah dek orang ketiga memaksanya membina hidup semula, demi anak yang menjadi punca kekuatannya. Adam Afham, yang berpegang dengan prinsip hidup just go with the flow, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dengan Nadiya. Satu pertemuan menjadi dua, dan pertemuan ketiga membuatkan dia yakin, ini bukan lagi kebetulan. "Saya tahu awak boleh besarkan Amsyar sendiri. Saya tahu awak kuat. Tapi kuat macam mana pun awak. Saya tahu, awak tetap perlukan bahu untuk bersandar, kan?" - Adam Adfham Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz Naufal, bekas suami yang pernah menghancurkan hatinya, muncul menuntut peluang kedua pada saat Nadiya sedang membuka pintu hati untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya sebelum ni? Saya janji, selagi saya ada dengan awak. Saya akan buat awak bahagia lebih daripada sebelum ni." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus memilih. Tetapi ini bukan sekadar tentang dirinya sendiri.Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,083,279
  • WpVote
    Votes 297,937
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 622,233
  • WpVote
    Votes 918
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
Neighbours With Benefits (18+) by nova_amarylis
nova_amarylis
  • WpView
    Reads 30,851
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 14
Jiran. Gangguan. Godaan. Kayla hanya mahukan ketenangan selepas hari-hari panjang di hospital, tetapi jirannya yang satu ini- Mikael-nampaknya tidak faham konsep ruang peribadi. Sering bertembung di lif, di parkir, di mana-mana... seperti satu kebetulan yang disengajakan. Tapi saat satu insiden mengubah segalanya, Kayla mula sedar-ada bahaya yang lebih besar daripada lelaki yang selalu mengganggunya. Bahaya yang membuatkan jantungnya berdegup laju bukan kerana takut... tapi kerana sesuatu yang lebih menggoda. Mampukah dia mengekalkan batas antara mereka, atau segalanya akan berakhir dengan permainan yang lebih berisiko?
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 540,558
  • WpVote
    Votes 3,325
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Sara Isabella by froszrine
froszrine
  • WpView
    Reads 580,686
  • WpVote
    Votes 41,552
  • WpPart
    Parts 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Really? Sebab waktu aku bangun, you're the one yang tidur sekatil dengan aku." -tapi semesta juga punya rencana yang tidak terduga, entah itu tentang hal berkaitan hati atau rasa.
My Sweetest Desire by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 4,031,249
  • WpVote
    Votes 107,033
  • WpPart
    Parts 82
Puteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan diri daripada dunia luar sehingga tiada sesiapa yang dapat mengapainya. Ivan Firash - seorang jejaka yang penuh misteri dan penuh rahsia yang merupakan seorang bodyguard yang dilatih khas untuk menjaga keselamatan kliennya. Seorang jejaka yang seperti tidak mempunyai perasaan dan dingin serta mengalami keadaan insomnia yang sangat teruk. Puteri Arisha dan Ivan Firash. Ivan Firash dan Puteri Arisha. Dua manusia yang membina tembok tebal dan tinggi untuk melindungi diri masing-masing daripada dunia. Dua manusia yang tidak mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Dua manusia yang penuh rahsia dan lebih selesa memendam perasaan serta masalah mereka kepada diri sendiri. Personaliti mereka sangat dekat sehingga tanpa sedar mereka mengenali satu sama lain lebih daripada yang sepatutnya, lebih daripada sesiapa - yang membuatkan mereka lemas dengan kehadiran satu sama lain. "Saya tak perlukan awak. I can take care of myself very well." - Puteri Arisha "Betul kau tak perlukan aku?" - Ivan Firash "Yes! You are the one yang nak jadi bodyguard saya. I didn't ask for you!" - Puteri Arisha "Because you need me more than you thought, Princess." - Ivan Firash My Sweetest Desire: He had never wanted anytime in his life until he met her. ‼️This story contains mature contents and language ‼️
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,456,416
  • WpVote
    Votes 51,102
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
My Silent Temptation  by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 3,596,911
  • WpVote
    Votes 70,427
  • WpPart
    Parts 55
Rayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas katil, mereka tidak tahu apa yang mereka akan hadapi. He is a devil with a perfect face and body. Puteri Ayyara - seorang wanita yang berkarisma dan bercita-cita besar serta sangat berdikari sehingga tidak banyak yang berani hendak membuatnya marah atau naik angin. Dia merupakan seorang gadis yang tidak mudah untuk dipikat hatinya bila hidupnya didedikasi untuk membina kariernya. Kepercayaan Puteri Ayyara merupakan salah satu perkara yang sangat susah hendak diperolehi. She is an ice princess. Rayyan Ziqri dan Puteri Ayyara - Si kaki perempuan yang tercabar egonya saat seorang gadis yang mempunyai mata yang berona coklat gelap langsung tidak menunjukkan minat kepadanya seperti wanita wanita lain dan si gadis yang berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan diri daripada terjatuh kepada perangkap seorang buaya darat. "What are you doing here?" - Puteri Ayyara "This is my apartment, sweetheart." - Rayyan Ziqri "Don't sweetheart me ever again." - Puteri Ayyara "Why? You risau you terjatuh hati dekat I ke?" - Rayyan Ziqri "In your dreams!" - Puteri Ayyara My Silent Temptation : He is a temptation to all women but she is a temptation to his ego. ‼️Contains mature content (language and contents)
My Beautiful Sunshine by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 2,562,126
  • WpVote
    Votes 61,358
  • WpPart
    Parts 52
Megat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, saat gadis itu menumpahkan kopi pada scrubs yang dipakainya. Airis Dahlia - Walaupun beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa lelaki misteri yang menyelamatkannya daripada bekas teman lelakinya, wajah jejaka itu masih tersemat utuh di ingatannya. Penyesalan terbesarnya ialah tika dia tidak bertanyakan nama jejaka tersebut. Namun, nasib baik menyebelahinya bila dia kembali bertemu dengan jejaka tersebut. Megat Arfan dan Airis Dahlia. Seorang doktor dan seorang pelajar dietetik. Seorang yang tenang dan seorang hyper. Seorang yang memendam perasaan dan seorang yang jujur dengan perasaannya. Kerana ibu bapa mereka bersatu. Tetapi kerana ibu bapa juga, Airis Dahlia ingin mengundurkan diri dari hidup seorang Megat Arfan. Mampukah Megat Arfan mempertahan Airis Dahlia, his beautiful sunshine ? ⚠️ MATURE CONTENT