RonDan6's Reading List
103 stories
HINGGA AKHIR NAFASKU by AwaaHaris
AwaaHaris
  • WpView
    Reads 22,828
  • WpVote
    Votes 281
  • WpPart
    Parts 7
BLURB *** "Cinta pertama bagi setiap anak perempuan... Her daddy." Nurul Ain tidak tahu, cinta pertamanya itu seharusnya Awang Kader, ayah kandungnya yang menjadi punca kelahirannya di dunia ini, bukan Abdul Halim, ayah angkatnya. Di mata Awang Kader, Nurul Ain ialah Dayang Nur Aishah, bukti cinta dia dengan wanita paling dikasihinya. Atas satu insiden yang memilukan, Aishah dibawa pergi jauh daripadanya berpuluh tahun. "Saya dah jatuh cinta. Hati dah jatuh bergolek. Tak boleh nak bangun dah." - Irfan "Siapa?" - Nurul Ain "Rahsia." - Irfan "Nurul sedang belajar menerima satu perubahan. Cuba untuk mencintai papa, mama... And how about me? Cuba menyayangi saya juga?" - Tengku Hanif "Kenapa tidak? Kita satu keluarga, kan?" - Nurul Ain Tengku Hanif dan Irfan - Mereka berdua ditakdirkan untuk mencintai perempuan yang sama. Setelah terpaksa menelan pahitnya cinta tidak berbalas, Irfan nekad kali ini dia tidak akan tunduk mengalah. Demi menjaga sekeping hati yang sedia diketahui nyaris rabak, Tengku Hanif bersedia untuk mengundurkan diri. Apatah lagi mengenangkan status yang berkalung di pundak sendiri sekadar 'abang' semata. Maka sisa hidup yang kekal menganyam bunga cinta dipenuhi dengan usaha meletakkan Nurul Ain di takhta 'kerajaan' Awang Kader meski gadis itu keras menolak. Badri. Kehadirannya yang lebih awal dalam hidup seorang Nurul Ain membuatkan Irfan dan Tengku Hanif tergugat. Siapa Badri dalam kelongsong kehidupan Nurul Ain? "Badri anak yang baik. Beruntung pak cik ada anak macam dia." Hakikat rasa yang menghuni hati mana mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap lapis jiwa manusia. Cinta, kasih sayang, dendam dan benci seumpama adunan yang menentukan ke mana hati itu pergi. "Aishah, kau sepatutnya ghaib ditelan perut bumi. Seharusnya kau tak ditakdirkan pulang kembali!" Apakah kemunculan Nurul Ain kembali pada tempat asalnya adalah suatu rahmat atau penamat kepada sebuah tragedi berdarah itu?
Aku, Dia dan Stiletto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,546
  • WpVote
    Votes 931
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto Penulis: Sri Sarah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-83-3 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
Dia Permaisuri Hatiku by AdahSyuhadah_
AdahSyuhadah_
  • WpView
    Reads 9,343
  • WpVote
    Votes 257
  • WpPart
    Parts 23
"Kau umpama permaisuri yang bertakhta di hatiku." "Ina,kau sejuk eh?"~Aiman "Diamlah!Sibuk je."~Irdina Karmila "Aku tahu kau memang sejuk dan perlukan kehangatan.Kesian betul sayang aku ni."~Aiman
Milik Engkau Saja by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 143,670
  • WpVote
    Votes 3,691
  • WpPart
    Parts 17
Novel ready stock! Boleh dapatkan di tiktok aciklana000 Buku tebal giler, harga RM38. Now promo RM30 only!
I PROMISE by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 14,690
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 5
Ready stock di ttshop Aciklana tq ****** Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z. Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah! Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba. Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama. "Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?
SUAMI ATAS KERTAS by puterisenja
puterisenja
  • WpView
    Reads 186,229
  • WpVote
    Votes 3,037
  • WpPart
    Parts 13
"Kahwin kontrak? Kau dah hilang akal, Trisya? Mana kau dapat idea gila ni?" "Kenapa tidak, Awra? Aku hanya perlukan seorang zuriat. Seorang waris. Untuk itu, aku perlukan seorang lelaki untuk menjadi suami" "Walaupun suami kontrak? Suami hanya pada nama? Suami atas kertas?" Batrisya ketawa. Baginya, tidak salah memiliki seorang suami kontrak, asalkan sah di sisi agama. Itu lebih baik daripada bersekedudukan dan mendapat anak luar nikah. Apakah kesudahan cerita ini? Tercapaikah hasrat Batrisya untuk mendapatkan seorang zuriat selepas berkahwin dengan Daniel, lelaki yang menjadi suami kontraknya untuk setahun? Ikuti kesudahannya...
Misi Memikat Cik Hitler by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,378
  • WpVote
    Votes 2,499
  • WpPart
    Parts 15
BACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Misi Memikat Cik Hilter Penulis: Nojie Muka Surat : 784 Penerbit: Penulisan2u Terbitan : November ISBN: 978-967-0992-43-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah/Sarawak)
Oh, My Prince! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 91,669
  • WpVote
    Votes 2,081
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Oh, My Prince! Penulis: Hannah Dhaniyah Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) RM30.00 (Sabah & Sarawak) http://karyaseni.my/index.php/novel/oh,-my-prince-detail
HALF GIRLFRIEND - ZURA RAHMAN by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 3,429
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 7
Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK, tidak pernah terlintas di hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan kawan baik sendiri. Bekas tunang kawan baik pula tu. CK yang 'selamba badak'. CK yang 'cool'. CK yang punya segalanya yang diimpikan. CK yang tidak perlukan perempuan untuk rasa bahagia. CK yang cukup dengan dirinya sahaja. Namun, tiba-tiba dia ada Kaseh Hadana. Kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup lelaki itu umpama gempa bumi yang menyergap tanpa ama-ran. Kaseh Hadana bagai puting beliung yang bertiup kencang, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau. Yang buat seorang CK diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, tergendala di tengah jalan apabila status 'Half Girlfriend' sudah bertukar menjadi 'Isteri'. Seorang dari planet Marikh; dan seorang dari planet Zuhrah. Apabila dua makhluk itu bertemu di planet Bumi... peperangan demi peperangan berlaku. "Kau memang! Tak sofistikated langsung." ~ Hadana "Only those who are complicated will have such sophistication." ~ CK "Mengaku ajelah kau tak sophisticated!" ~ Hadana "Aku? Tak sophisticated? Try me." ~ CK Siapa tahu, angin dingin dari 'offshore' yang menggoda, memeluk dan membelai diri lelaki tenang dan selamba badak itu, membuka satu dimensi lain buat CK. Sekali gus, segala-galanya berubah. Konflik meruncing apabila niatnya dipersoal dan kelelakiannya dicabar. Brother Code mereka tidak pernah menghalang; Naufal juga tidak pernah ambil peduli; mengapa tiba-tiba Naufal bereaksi berlebihan pula? "ALLAH tahu kau belum bersedia. Sebab itu DIA pinjamkan Naufal untuk aku, kerana kau per-lukan masa untuk menyanyangi aku." ~ Hadana. Dia lelaki yang terluka akibat peristiwa masa silam. Namun dia juga yang dihantar TUHAN untuk menjaga dan mencintainya. Dia... hanya satu dalam sejuta. Dia... adalah lelaki selamba badak yang punya hati yang luas dan berbunga-bunga.
Pengantin Tangkap Muat by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 8,359
  • WpVote
    Votes 109
  • WpPart
    Parts 6
Pengantin Tangkap Muat - Dhiyana KarnaDya Publishing Sdn Bhd Sem. Malaysia RM25.00 | Sabah/Sarawak RM28.00 HANAHUMAIRAH dan UMARRAYYAN disatukan dalam sebuah perkahwinan kerana sebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakan Hana, Umar melamar wanita itu. Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikat hati encik suami yang kejung dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi di atur untuk mencairkan hati keras Umar. "Saya tak cukup anggun dan menawan ke untuk buatkan awak jatuh cinta dengan saya?" - HANA HUMAIRAH "Moodromantik?Aku...moodromantik? Dalammimpikauajelah!"-UMAR RAYYAN Umar Rayyan yang kejung tidaklah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta kepada Hana tetap terusik dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana adalah keutamaan baginya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk bekerjasama dan berterus terang kepada Hana. Kemesraan Sara dan Umar membuatkan Hana tidak senang duduk. Dia mula menagih sahutan sayang daripada Umar. Kekuatan dia mula goyah apabila Umar sepi tanpa sahutan sayang. Hana tekad untuk berjauhan seketika demi hubungan mereka berdua. Umar panasaran! Dan sebuah rahsia tersingkap! Masih ada lagikah peluang untuk mereka berdua mengecapi kebahagiaan apabila rahsia tersebut diketahui?Adakah Umar akan menyambut kata sayang dari pada Hana?Adakah Hana akan kembali semula kepangkuan Umar? Adakah Umar akan setia pada Hana?Pengantin Tangkap Muat... bukan sekadar janji mampu dilafazkan tetapi kesetiaan tetap menjadi tagihan.