Teakay to read
2 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,933,427
  • WpVote
    Votes 1,982
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,627,743
  • WpVote
    Votes 205,263
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose