RubyNurAiris's Reading List
20 stories
Gadis Red Dragon by FAzzahrah01
FAzzahrah01
  • WpView
    Reads 713,548
  • WpVote
    Votes 35,832
  • WpPart
    Parts 67
2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilangan identiti selama 11 tahun bukanlah sekejap. Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh Alice sepanjang dia tidak mengenali diri. Awalnya menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga miskin. Cacian dan makian oleh kawan sekolah telah dia terima. Berpindah pula menjadi anak angkat kepada keluarga kaya. Abang-abang langsung tidak boleh menerima. Namun, tidak lama. Mereka bersatu dengan ikatan yang mulia. Persahabatan. Identiti juga berjaya ditemui hasil kerjasama mereka sepasukan. Siapa saja dapat elak daripada menjadi mangsa dengki? Lissa sentiasa memburunya. Ketidakpuasan hatinya kerana Alice sering berdampingan dengan Red Dragon menimbulkan cemburu yang meluak. Apa sahaja akan dia lakukan bagi menjadikan Red Dragon miliknya. Dapatkah dia hadapi semua dugaan itu? Matlamatnya ingin mempunyai keluarga abadi, wujudkah keluarga sebegitu? *~*~*~*~*~*~*~*~* AMARAN KERAS!! DILARANG COPY PASTE. Written by FAzzahrah
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,189
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?
Jagakan Aku [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,801
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 19
Tajuk: JAGAKAN AKU Genre: PSIKO-THRILLER Terbitan: KARYASENI 'Lindungi aku dari dia dan mereka, hingga hujung nyawa'. ---- "Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya." Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel. "Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA "Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran! "Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari... "Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu. Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel? "Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER
CHECKMATE QueenKong by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 14,920
  • WpVote
    Votes 1,066
  • WpPart
    Parts 26
Kisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, cerewet tahap tak boleh nak dibayangkan buatkan beliau payah mencari yang betul-betul sesuai. Satu hari, Airel bertemu dengan tak sengaja Nadia Hashim dalam gerabak Komuter yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Entah kenapa, hatinya rasa tertarik pada Nadia yang cukup manis berkebaya putih dan kain ketat warna merah dipadankan dengan stiletto merah. Nadia merupakan pegawai khas yang cukup terlatih dalam kerja risikan telah mengambil keputusan pulang terus ke Malaysia setelah tamat operasi bersama UN di Jepun. Dia mendapat tawaran dari Tuan Halim untuk masuk dalam satu skuad elit bawah unit khas. ketika dipertemukan di pejabat Tuan Halim, Airel tak tunggu lama terus setuju untuk menerima Nadia masuk dalam Skuad Harimau Kumbang yang dipimpinnya. Keadaan menjadi lebih menarik bila mereka akan tinggal bersama di sebuah banglo mewah di atas bukit terpencil dari dunia luar. Disana mereka menjalani latihan bersama dan menyusun strategi bagi membenteras sindikit Kongsi gelap "Queen Papa" Bagaimana kisah seterusnya? Ikuti coretan melepaskan stress saya di sini.
YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION) by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 5,415
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 7
Hasnul baru kematian isteri. Disebabkan dia dah terlalu hanyut, emak dia paksa kahwin dengan seorang perempuan yang mulutnya... Memang sangat tidak menenangkan jiwa aka mulut puaka. Mak dia pun satu macam dah pupus perempuan syurga dalam dunia ni.... Demi emak tersayang Hasnul ikutkan aje. Hidup dengan Atikah... Hasnul makan hati
DIA BUKAN SYURGA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,188
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Dia Bukan Syurga Penulis: Rissa Ahdiya Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-39-7 Muka Surat : 560 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018
I'M NOT A MONSTER by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 58,341
  • WpVote
    Votes 1,689
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: I'm Not A Monster Penulis: Sara Aisha Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-52-6 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
DHEO'S by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 887,375
  • WpVote
    Votes 27,083
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
SEADANYA AKU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 291,545
  • WpVote
    Votes 1,099
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Seadanya Aku Penulis: Rissa Ahdiya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-101-1 Muka Surat : 496 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2018
Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 15,383
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 16
🌸 BLURB AKULAH SI HEROIN! 🌸 Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka. "Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq
"Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya. "Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq
"Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi. Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq. "I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq
"Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?