ItaUmar's Reading List
6 stories
Dia...Random Guy by FarahHusain
FarahHusain
  • WpView
    Reads 15,397
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 9
Kerana tidak mahu dicop sebagai 'loser', Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka 'random' untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. " You are one heartless man! Saya harap.... Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu." - Alina "You know what, I take back my word. You ni bukan gila... but downright psycho. Go and get a treatment!"- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. "You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?"- Amzar "Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!"- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi 'layanan bahu sejuk'. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! 'Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah'. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. Hairi atau Dia... Random Guy? HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak IDEA KREATIF PUBLICATION.
Aku Bulan Dia Bintang by anarif
anarif
  • WpView
    Reads 48,718
  • WpVote
    Votes 484
  • WpPart
    Parts 27
DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.
Chinta Unlimited by FarahHusain
FarahHusain
  • WpView
    Reads 16,655
  • WpVote
    Votes 534
  • WpPart
    Parts 4
Forelsket (n.) the euphoria you experience when you are first falling in love When A meet N.
SURI HATI HUD by IrraFasra
IrraFasra
  • WpView
    Reads 317,878
  • WpVote
    Votes 8,448
  • WpPart
    Parts 23
Ini bukan cerita kahwin paksa. Bukan cerita tipikal bos kahwin dengan pekerja. Bukan pula cerita dari benci bertukar cinta. Ini cerita tentang siapakah yang layak menjadi Suri Hati Hud. " Hud tu susah nak diurus. sebab tu dia perlukan pengurus peribadi." -Datin Suhaila " Saya tak suka dan tak pernah lakukan perkara dengan 'terpaksa'." -Hud Azhan " Anggaplah ini satu pinjaman. Ada tarikh pinjam tentu ada tarikh pulang." -Ezyan Munirah
Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 47,693
  • WpVote
    Votes 1,397
  • WpPart
    Parts 21
Setiap wanita mempunyai definisi dan ciri-ciri tersendiri 'Encik Sempurna' mereka. Begitu juga dengan Ulya Hana. Dia percaya dan yakin yang Encik Sempurna a.k.a jodoh dia wujud kerana dia yakin dengan jodoh Allah. Jodoh akan datang kalau dia berusaha untuk mencari dan berdoa. Sebaik sahaja misi pencarian 'Encik Sempurna' bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. "Perfect guys only exist in books" ~Luth Hannan~ "Saya takkan lupa orang yang sudah membuatkan saya tersenyum"~ Tengku Hud Harraz~ "One is loved because one is loved. No reason is needed for loving." ~Encik anonymous~ "Perfect guys don't exist, but there is always one guy that is perfect for me" ~Ulya Hana~ Siapa agaknya 'Encik Sempurna' Ulya Hana? Adakah betul dia itu sempurna? Atau sebenarnya Bukan Encik Sempurna?
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 267,212
  • WpVote
    Votes 8,464
  • WpPart
    Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?