Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
NurFathiahAdnan's Reading List
149 stories
Another Blake [BAKAL TERBIT] by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 121
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 7
Awak mesti mencintai Islam lebih daripada awak mencintai saya. Sehingga awak benar-benar yakin bahawa cinta awak pada Islam melebihi cinta awak pada makhluk, waktu itu datang dan lamarlah saya semula. Pernah kau kehilangan orang yang kau sayang separuh mati? Aku pernah. "Jangan risaulah, aku tak pernah terfikir pun nak tinggalkan kau. Tapi kau kena belajar lap air mata sendiri. Itu langkah pertama untuk mula belajar jadi kuat." Dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang penulis, aku bertemu Enzo Blake yang berjaya menjentik hati ini untuk pertama kalinya. Lelaki genius yang melamar aku dengan sebatang lolipop. "Untung saya dapat suami macam abang." "Salah tu, sayang. Untung abang dapat isteri macam Seri." Kami bahagia. Terlalu bahagia sehingga satu kebenaran terungkap. Pengkhianatan itu berlaku bila kita memberikan kepercayaan. Ya, aku kini dikhianati oleh insan yang aku percaya separuh mati. "Seri buat silap besar kahwin dengan abang." "We are not a mistake, Seri. Demi Allah abang tak pernah anggap kita ni satu kesilapan. Abang akad nama sayang, bukan satu kesilapan. Abang sentuh Seri, bukan satu kesilapan. Anak kita lahir, bukan satu kesilapan." Jiwa terluka namun hati masih menyayangi. Lantas bukankah seharusnya masih ada secebis ruang untuk sebuah kemaafan dalam jiwa ini?
BLAKE [TERBIT] by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 200
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 6
Puteh Nur Afia, gadis penjual bunga yang sekali lagi cuba memberi peluang kepada diri sendiri untuk kembali bahagia. Berjuang sendirian demi hidupnya. "Apa yang saya dah buat sampai awak nak marah saya macam ni sekali?" - Rayyan "Saya ingat lepas kita berpisah, kita dah tak ada sebab untuk berjumpa lagi." - Puteh Namun kehadiran Colvin Blake, merubah kehidupan Puteh. Lelaki itulah yang sentiasa dia cari dan pilih pada saat dia memerlukan. Mungkin juga kerana dia sudah lelah asyik berjuang sendirian. "Saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Saya tak boleh fikirkan orang lain sebab saya tak ada sesiapa." - Puteh "Kalau macam tu... teruskan fikir pasal aku. Hanya pasal aku." - Colvin Kehidupan mereka saling melengkapi, namun tetap tiada yang sempurna. Mereka bukan maksum. Apabila aib yang terjaga rapi sebelum ini terbentang luas di depan mata, bagaikan sebongkah batu menghempap kepala. "Itu anak abang?" - Puteh "Abang... suruh... abang suruh dia... gugurkan." - Colvin Dia maklum akan kehidupan lama suaminya yang gelap dan dia bersedia untuk terima. Tapi ternyata ianya jauh lebih sukar apabila ada gunting dalam lipatan. Lantas Puteh memilih untuk melindungi lelakinya. "Kenapa kau tak pernah pandang aku, Puteh? Aku sukakan kau!" "Kalau kau sentuh suami aku, nahas kau aku kerjakan!"
RED VELVET by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 114,836
  • WpVote
    Votes 1,657
  • WpPart
    Parts 8
Izzat si baker Helena si homewrecker Pertemuan penuh bahagia? Na ah, tapi macam anjing dengan kucing.
CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT) by lilavee
lilavee
  • WpView
    Reads 137,513
  • WpVote
    Votes 4,101
  • WpPart
    Parts 17
Kebanyakan kisah cinta romantik bermula dengan 'Love at the first sight' dan berakhir dengan 'they live happily ever after'. Sama seperti kisah cinta Anne - Alan. Cuma sayangnya, mereka tak jumpa klausa happily ever after tu sebab, kisah cinta mereka dilanda andromeda di tengah jalan lalu mereka terpaksa akur... pilih jalan yang berbeza untuk cari 'happily ever after' yang dah terbang dek ribut taufan. Adakah mereka berjaya? atau sebenarnya jalan yang dipilih itu membawa mereka ke penghujung yang sama akhirnya?
E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 193,093
  • WpVote
    Votes 5,023
  • WpPart
    Parts 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pilihan Pertama (Spin-off novel Dia Tetap Sempurna) ++ Ebook hanya boleh dibeli melalui laman web sahaja. Untuk pembelian, sila ke https://wasep.me/sinuraz-enterprise Link ada dikongsi di profile wattpad.
Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 926,398
  • WpVote
    Votes 41,331
  • WpPart
    Parts 21
Kisah Eskandar Arasyah x Dara Nailufar. Sekian. Selamat membaca ~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to judge you but to understand and show you that you also deserve to be loved.~
Umar - Fariesya Fauzy by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 517
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: UMAR PENULIS: FARIESYA FAUZY ISBN NO: 978-967-2467-53-3 HARGA: RM 27.00(SM), RM 30.00(SS) BLURB: Pertemuan kali pertama di pasar raya membuatkan Damia menyimpan perasaan benci terhadap seorang lelaki. "Eii... poyonya! Umar nanti dah besar jangan jadi macam mamat tu. Tak gentlemen langsung!" - Damia Tanpa disangka, lelaki itulah yang bakal memisahkannya dengan anak saudaranya, Umar Fayyadh yang dipelihara sejak kematian kakak dan abang iparnya. Walaupun Umar selalu menaikkan darahnya, dia tetap menyayangi Umar bagaikan anaknya sendiri. "Saya Firaz, abang kepada arwah Arman Fahim. Saya baru balik sini dan saya nak tuntut hak penjagaan Umar sekarang." - Firaz Disebabkan wasiat, terpaksa juga Damia melepaskan Umar. Tetapi... cerita Umar membuatkan Damia buka mata. "Umar tak tahu nama betul dia, tapi papa panggil dia Kay. Dia suruh Umar panggil dia Cik Kay. Tapi papa suruh Umar panggil Pak Cik Kay atau Uncle Kay. Umar tengok papa dengan Cik Kay memang rapat. Masuk toilet pun sama-sama... Mak su, lelaki boleh kahwin dengan lelaki ke?" - Umar Damia perlu menuntut hak penjagaan Umar secepat mungkin! Dia perlu menamatkan zaman bujangnya. Tetapi siapakah bakal pengantinnya? Dapatkah suaminya nanti menerima Umar? Adam? Lelaki yang pandai menyejukkan hatinya dengan pantun merapunya tetapi ada yang kata lelaki itu sudah beristeri dua. Ustaz Hadi? Ustaz berjanggut comel itu memang calon yang bakal membawanya ke jannah, tetapi lelaki itu terlalu jual mahal. Perlukah dia menjadi perigi mencari timba? Datuk Qamarul? Duda yang mempunyai senyuman manis tetapi didatangkan dengan pakej anak tiri. Maknanya bertambah lagi tanggungjawab Damia. Siapa ada lagi? Takkan hendak kahwin dengan bapa saudara Umar itu pula? Apabila teringatkan amaran abangnya Daud, terus meremang bulu tengkuk Damia. Apakah amaran abangnya itu? Dapatkah Damia menuntut hak penjagaan Umar? Adakah Firaz hanya akan berdiam diri dan apakah hubungannya dengan Cik Kay?
Mr.Babe Magnet???Not!!! - Lynn Safiya by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 797
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 12
TAJUK : MR BABE MAGNET??? NOT!!! PENULIS : LYNN SAFIYA ISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-56-7 BLURB: ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar. Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya. Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk. Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri. Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri. Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki?
Yang Sudah Tertulis by EllaAffandy
EllaAffandy
  • WpView
    Reads 4,867
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 8
Kisah Aariz Azfa dan Zara Isabelle.
Kapcai Girl vs Encik Superbike - Bunga Amani by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 17,366
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: KAPCAI GIRL VS EN SUPERBIKE PENULIS: BUNGA AMANI ISBN N0: 978-967-0907-31-4 BLURB: Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi. Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi? "Aku benci kau, Tiara!"-Syed Wafi." "Kalau dah benci tu buat apa datang sini?"-Tiara. Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi? Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian. "Saya suami awak sekarang ni, Tiara."-Syed Wafi. "Saya tak pernah anggap awak apa-apa pun. Awak yang buat keputusan nikah dengan saya. Jadi jangan pernah bermimpi saya akan akui status awak tu!"- Tiara. Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?