Daebak
24 stories
[C] Kau VS Aku by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 2,825,637
  • WpVote
    Votes 91,051
  • WpPart
    Parts 38
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh! Pergaduhan itu satu kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati pula disentuh oleh satu perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana kau akan kalah dengan cinta. Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA... atau mungkin TIDAK. Kerana masih ada pendengki... dan penghancur cinta! ***CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR 'CRINGE', KARUTAN DAN KEKURANGAN. JADI KURANGKAN EKSPEKTASI YANG TINGGI C O M P L E T E : 18 DEC 2017 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY kau BANGANG Best Achievement : [ Pemenang Wattys2017 ] [ Wattpad Special Pick ] #10 in Teen Fiction #8 in Teen Fiction #7 in Teen Fiction #5 in Teen Fiction #4 in Teen Fiction #3 in Teen Fiction #2 in Teen Fiction #1 in Teen Fiction
Srikandi Islam by SrikandiBonda
SrikandiBonda
  • WpView
    Reads 40,659
  • WpVote
    Votes 1,625
  • WpPart
    Parts 13
Penulisan ini hanyalah antara usaha kecil untuk mengembalikan rasa cinta generasi Islam kepada para sahabat Nabi SAW. Disebabkan kaum Muslimin lebih banyak mengetahui mengenai kisah para sahabat lelaki berbanding sahabat wanita. Nama-nama Khulafa' ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali) lebih mesra pada pendengaran mereka berbanding nama Khaulah al-Azwar, Nailah, Zinnirah dan lain-lain. Ketika berbicara mengenai sahabat wanita, nama yang muncul dalam fikiran kita hanya nama Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad atau Aisya binti Abu Bakar. Penulisan ini dengan usaha merungkai kisah para sahabat wanita yang tercicir berserakan dalam pelbagai buku dan menyatukannya dalam satu himpunan supaya mudah difahami dan diketahui.
"I'm Yours , Kekasih Halal Abang" by Yoojungs_
Yoojungs_
  • WpView
    Reads 84,994
  • WpVote
    Votes 3,422
  • WpPart
    Parts 29
"I'm Yours , Kekasih Halal Abang" Kisah dua hati yang saling memendam rasa dua tahun lamanya , dan akhirnya dengan sekali lafaz . Alhamdulillah . Sah! Muhammad Hadi , 20 tahun Ainan Manshahar , 17 tahun Tetapi, Kemanisan cinta selepas nikah antara Ainan Manshahar dan Muhammad Hadi diuji dengan pelbagai arus dugaan . Masjid mereka kukuhnya tiada , "Kau Ainan , tak payah nak tunjuk suci depan aku . Kau ingat aku Mak ngah kau , aku sayang kau lah? aku layan kau baik baik lah? kau salah lah betina . Dendam aku , takkan pernah pudar! ingat tu" "Kau ni! memang anak sedare tak di untung langsung! aku takkan bagi kau jumpa dengan anakanak aku lagi! kau tu pembawaaaaa sial!!!!" Puan Halina . Dugaan dan dugaan :') "Kau ingat kau siape ha! kau ingat kau boleh senang-senang aje amik buahhati aku ni! kau mimpilah betina . Pegi kau!" Glory yang sudah bertahun lama memendam rasa terhadap Hadi , muncul menjadi bara api antara Ainan dan Hadi .
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 538,982
  • WpVote
    Votes 6,573
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
TIADA ARAH JODOH KITA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 303,920
  • WpVote
    Votes 2,103
  • WpPart
    Parts 20
Tajuk: Tiada Arah Jodoh Kita Penulis: Ezza Mysara Muka Surat : 714 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-46-4 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my/ ATAU APLIKASI KARYASENI DI APP STORE PLAY STORE Bila 'orang tersayang' belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila 'orang tersayang' balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?
BYLINE CINTA WARDAH by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 13,644
  • WpVote
    Votes 318
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Byline Cinta Wardah Penulis: Umi Kalsom Penerbit: Penulisan2u Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak) Terbitan: November 2017 ******* AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka? Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'... "Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." -Emak Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat! Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar. "Mawar tu cantik, secantik awak..." -Mawardi Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu. Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores tanpa sedar. "Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out!" -Johan Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES ) by SueHanania
SueHanania
  • WpView
    Reads 74,559
  • WpVote
    Votes 3,208
  • WpPart
    Parts 22
"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan dengan ikatan persahabatan dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan walaupun tanpa cinta. Hubungan mereka baik-baik sahaja sebelum munculnya Diandra dan Aiman. Diandra adalah tunang Xafril yang menghilangkan diri di majlis pernikahan mereka manakala Aiman pula ada lelaki idaman Adha yang kini datang menagih cinta gadis itu. Hubungan persahabatan mereka mula renggang manakala ikatan perkahwinan mereka pula diibaratkan sebagai retak menanti belah. "Jika ini keputusan yang terbaik buat kita berdua, ada baiknya kita berpisah." - Nur Adha "What about the baby?"- Kyle Xafril "Dia akan dapat kasih sayang mak ayah dia walaupun mak ayah dia dah tidak bersama lagi."- Nur Adha
UTUSAN CINTA BUAT ADAM by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 195,560
  • WpVote
    Votes 1,248
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Utusan Cinta Buat Adam Penulis: Myra Ameer Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-068-7 Muka Surat : 672 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Aku tidak mengimpikan mahligai bak istana tapi aku hanya mendambakan syurga buat kita.
UTUSAN CINTA BUAT ADAM by AmeeraAmeer6
AmeeraAmeer6
  • WpView
    Reads 19,713
  • WpVote
    Votes 339
  • WpPart
    Parts 17
Kisah ini tentang Aireen Husna & Adam Firdaus. Seorang doktor bedah & seorang pensyarah yg sudah berusia 30an tetapi masih bersendirian. Kata Aireen, jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Kata Adam pula, gadis pilihannya mungkin masih belum dilahirkan lagi. Andai ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Akan berjodohkah mereka??
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 991,158
  • WpVote
    Votes 27,534
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?