AmeirAlang's Reading List
8 stories
(preview) SUNYI - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,893
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 1
Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh. Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya.
(preview) BINGIT - sebuah novel Jeehan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,544
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
Pemenang pertandingan novel Singapura anjuran Buku Fixi. Gua, Jedi. Ini kisah gua. Berperang sama diri sendiri, menjadikan hidup gua huru-hara. Sedikit masa gua berkenalan sama perempuan gua, nama dia Faiza. Bertambah huru-hara bila gua dapat tahu dia mengandungkan anak haram gua. Penjara, fitnah, dadah, zina, pondan liar, itu semua perkara bikin gua paiseh. Gua mahu lari dan mahu jadi Jedi yang baru. Tetapi, kisah baru pula yang timbul bila Tony datang kasi bingit sama gua lagi.
(preview) ASRAMA: 2 - sebuah novel Muhammad Fatrim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 9,670
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 1
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim? Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu. Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'? Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
(preview) SEMALAM - sebuah novel Felicia Yap by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 896
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Terjemahan novel bestseller antarabangsa YESTERDAY. Bagaimana kes pembunuhan dapat dirungkai jika kita hanya mampu ingat apa yang terjadi semalam sahaja? Bayangkan sebuah dunia yang terbahagi mengikut jumlah ingatan sesuatu golongan, dan bukannya mengikut harta kekayaan mahupun kepercayaan agama. Golongan majoriti Mono cuma punya memori selama satu hari, manakala golongan elit Duo punya dua hari. Dalam masyarakat berstrata yang mendiskrimasi golongan Mono daripada memegang jawatan tinggi, perkahwinan campur Claire dan Mark adalah sesuatu yang unik. Claire seorang Mono, juga suri rumah yang rajin. Mark, seorang Duo, juga novelis yang berhasrat menjadi ahli politik. Pasangan yang menjadi contoh unggul sikap toleransi dan kesamaan, hinggalah... Seorang wanita cantik ditemui mati. Mayatnya dihumban ke dalam Sungai Cam di England. Wanita itu adalah perempuan simpanan Mark. Ini menjadikan Mark suspek utama pembunuhan. Detektif yang menyiasat kes itu punya rahsia sendiri. Begitu juga si mangsa. Bila ingatan pendek detektif dan suspek asyik terpadam, bagaimana mungkin kebenaran dapat dicungkil? Penceritaan disampaikan dari empat perspektif berbeza, iaitu Mark, Claire, detektif penyiasat, dan mangsa. Novel debut Felicia Yap yang amat kreatif membawa pembaca pada perlumbaan melawan masa yang asyik berubah dalam mencari si pembunuh. (Penterjemah: Zalikha Yaacob & Anida Adam)
Fixi Hantu by SarahAqilahAf
SarahAqilahAf
  • WpView
    Reads 1,135
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 5
(Preview) MEREKA - sebuah novel Ariff Adly by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 15,761
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada September 2015.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,949
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,707
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.