Charlie
7 stories
[COMPLETED] Bukan Suami Tipikal by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 48,368
  • WpVote
    Votes 1,984
  • WpPart
    Parts 17
"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***
Taming The Devil by Thekalon
Thekalon
  • WpView
    Reads 170,002
  • WpVote
    Votes 17,518
  • WpPart
    Parts 64
[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian pada satu malam membuatkan Tengku Dareena akhirnya mengambil keputusan untuk melamar lelaki tersebut. Ya, lelaki sama yang dulunya selalu menjadikannya mangsa kaki pukul dan maki hamun. Dia tidak bodoh untuk menilai. Bukannya dia tidak tahu ada topeng yang sengaja dipakai Danish untuk menutup lukanya. Dan dia percaya, jahat Danish masih boleh dijinakkan. Ni Tengku Dareena la. Firas Hakimi 2.0. Nama pun kawan baik, perangai mestilah sama! "An angel like you need a guardian. Not a devil like me." - Danish Arrian "Ready to be tamed Danish." - Tengku Dareena Namun, apabila satu persatu kisah silam Danish mula terbongkar kembali, dapatkah Dareena masih lagi menerimanya? Atau janji manis untuk kekal setia hanya sekadar dusta? "I already said before..don't fully trust me, Tengku Dareena." ___ ⚠ Song inspiration: Taylor Swift - Mine
Bahagia Milik Aku (TERBIT- FAJARPAKEER) by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 13,565
  • WpVote
    Votes 647
  • WpPart
    Parts 21
York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia... "Nur Syadha Alani... I'm proposing to you to be my wife. My real wife." - Akif Hayyan Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke neraka dunia, yang selama ini mahu dia jauhi. Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah meracunnya dengan setiap patah kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi! "Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif." - Nur Syadha Alani "Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy." - Akif Hayyan Di pertemuan seterusnya, Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya, yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan dari keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya. "Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau." - Akif Hayyan "Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!" - Puan Siti Cinta dan keluarga... Syadha mahu memiliki kedua-duanya. Namun, adakah sinar bahagia untuknya? Masih adakah cinta Akif buat Syadha, setelah Akif tahu kisah sebenar? Dapatkah Syadha merasakan hatta secebis kasih sayang daripada keluarganya?
Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer) by elvrosethrones
elvrosethrones
  • WpView
    Reads 137,799
  • WpVote
    Votes 15,666
  • WpPart
    Parts 26
KISAH SEORANG CINDERELLA. atau BUKAN. Because perhaps, this is a story about Cinderella's revenge.