best
4 stories
Cerita Aku: Kahwin Muda by Ismariz
Ismariz
  • WpView
    Reads 573,207
  • WpVote
    Votes 20,098
  • WpPart
    Parts 22
Kalau kau cari cerita roman-picisan, kau silap. Kerana aku bercerita ikut kisah aku. Novel cinta itu semua bayangan, semuanya cerita awan-awangan. Tapi cerita aku realiti, berpijak di bumi zahir yang kau boleh rasa pahit manisnya. Berkahwin pada usia 17 tahun, bukan satu benda yang mudah babe. A lot of things I need to be struggled with. Tapi, bak kata suami aku, kalau niat kita baik, Allah akan bantu. Pegang pada philosophy ini, Allah is with me, Allah ma ana. This story is based on real experience. Indahnya bercinta selepas kahwin. Tiada unsur tokok-tambah. Kerana jalan cerita cinta yang indah ini, sudah Allah sediakan rencahnya; dari awal, hingga akhir. Untuk yang tersayang, arwah Rizqi Faiz bin Iskandar Rafiq (11/5/2012 - 11/3/2015) Bila tiba di 'sana' nanti, mummy nak ajak Rizqi baca kisah cinta mummy pada papa :*
Hantu Punya Bos! by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 38,641
  • WpVote
    Votes 1,010
  • WpPart
    Parts 16
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. “Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
CINTA PALING AGUNG by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 20,497
  • WpVote
    Votes 443
  • WpPart
    Parts 17
Karya ke-7 Umie Nadzimah Karyaseni Adaptasi : Dari FTV (Astro) ke novel . Projek kerjasama Karyaseni-Astro. Novel boleh dibeli online di www.karyaseni.my , atau di kedai-kedai buku berhampiran anda. Sinopsis ‘Aku Terima Nikahnya’ , bukan sekadar janji pada dia dan ibu-bapanya, tetapi ikrar pada Tuhan untuk jaga dia , dunia dan akhirat. Janji Khairi di malam pertama, Amyzalah wanita terakhir untuknya. Rumahtangga mereka tersangat indah di tahun-tahun awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi, isteri kebanggan. Khairi kacak, bergaya dan berwang. Punya anak yang comel dan bijak . Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, di ulang tahun perkahwinan yang ke-sembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumahtangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati , yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. “Sebelum berpisah , abang kena ikut syarat-syarat Myza…” Tegas Amyza. “Whatever…” Balas Khairi selamba. Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu menyintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? Di saat genting, Amyza akhirnya mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ianya membawa cahaya pada rumahtangga mereka . Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi pada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta pada Dia harus melebihi segala….