kushUp's Reading List
4 stories
Hikayat Sang Pelindung: Perang Titantua by wanstony
wanstony
  • WpView
    Reads 2,925
  • WpVote
    Votes 399
  • WpPart
    Parts 42
Tatkala keadaan dunia semakin tenat. Muncul manusia-manusia yang ditakdir mempertahankan dunia daripada hancur di tangan sekeping jiwa yang obses kepada pemerintahan mutlak. Ideologi yang didendang kepada umat manusia merupakan topeng bagi menutup niat sebenar yang bertunjang hati kotor. Setiap daripada mereka bakal bertemu dengan aturan takdir. Satu persatu kejadian berlaku sehingga mengheret kepada peperangan menentang armada yang obses dalam misi menjajah dunia. Selaku tonggak utama, mereka menggalas tanggungjawab besar. Memikul peranan selaku benteng terkuat dunia. Menjadi buah catur dalam permainan takdir. Demi membersihkan muka bumi daripada anasir yang berniat merosakkan bumi untuk melampias serakah. Mereka berlima. Dan mereka adalah sang pelindung.
HELENA: Young, Dumb, Fun by wanstony
wanstony
  • WpView
    Reads 543
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 8
"Aku pilih hitam, sebab putih senang kotor." Adi, Panjang, Helena, Ros *Inkfinity 30K Writing Contest
Tanah Magis Malagemalai (Edit) by wanstony
wanstony
  • WpView
    Reads 8,244
  • WpVote
    Votes 935
  • WpPart
    Parts 45
Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian ayahnya. Dia juga telah diamanahkan untuk menjaga Muda, seorang remaja lelaki yang bakal menggegar tanah Malagemalai akan datang. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi mereka untuk memperolehi semula kedaulatan dan keamanan Tanah Malagemalai yang dicabuli oleh raja kegelapan, Raja Sirius. Rakan lama datang membantu, pendekar terbilang turut mengerah tenaga, dan gabungan pasukan-pasukan pemberontak menghasilkan armada yang berbilang dari pelbagai kaum di Malagemalai. Pertempuran demi pertempuran berlaku. Nyawa manusia galang gantinya. Hanya yang kuat akan menang. Adakah mereka mampu? Tidak, adakah mereka berani menghadap peperangan maha hebat ini? Berjayakah Mona dan Muda dalam misi mereka? Apakah bayaran yang harus diterima oleh mereka demi menggapai keinginan mereka? Semua itu bakal terjawab di dalam kisah fantasi, persahabatan, peperangan dan kasih sayang sesama manusia dan alam ini. Simpan dahulu perasaan ingin tahu anda. Luahkan di dalam pembacaan ini. Selamat membaca! *sebarang komen author akan terima dengan senang hati. Jangan lupa vote Status-ongoing
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,436
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.