Hanisya_28's Reading List
40 stories
Minah Cool + Mamat Temper by annursyakirah97
annursyakirah97
  • WpView
    Reads 2,865
  • WpVote
    Votes 91
  • WpPart
    Parts 1
Seorang gadis yang dikenali sebagai Rasya Aqilah sentiasa tenang dalam setiap apa yang dilakukannya. Tetapi, ketenangannya telah diragut apabila bertemu dengan seorang lelaki yang baran. Tahap kesabarannya kian menipis dengan sikap lelaki itu yang sangat biadap dengannya. Seorang jejaka yang bernama Firhan Asyraf pula seorang yang amat panas baran. Pantang ada sedikit yang tidak kena dengan dirinya, pasti dia akan melenting. Apatah lagi apabila setiap hari berjumpa dengan gadis yang bajet cool, pasti dia akan bertikam lidah dengan gadis yang benar-benar dibenci olehnya itu. Namun, mampukah gadis ini terus-menerus berlagak tenang, sedangkan jantung terus berdegup kencang apabila berjumpa Firhan Asyraf? Dan jejaka itu, tegakah dia terus melemparkan kata-kata bisa, sedangkan hatinya mengakui hanya dengan cara itu sahaja dia boleh mendapatkan perhatian Rasya Aqilah? Lalu, apakah kesudahan hidup mereka?
Bius Cinta Dari Ardul Kinanah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,037
  • WpVote
    Votes 970
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul Kinanah Penulis: Azraq Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-81-5 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni "Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi. “Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani “Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim “Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya. “Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...” Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.
Suami Idaman by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 361,651
  • WpVote
    Votes 14,170
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
The Nothing Something by einifimani
einifimani
  • WpView
    Reads 71,630
  • WpVote
    Votes 2,367
  • WpPart
    Parts 34
Pening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir London ni awak punya ke?" ~ Ilman tapi... siapalah Adreena Zahirah untuk melawan takdir tuhan? dia akhirnya kalah juga dengan perasaannya sendiri. dia sudah pun tersayang dan tercinta dengan encik jiwang karat 69, Muhammad Ilman. sekarang semuanya 360 darjah terbalik! apa sahaja yang dilakukan Ilman, menggembirakan hatinya. tapi.. "Zahirah! saya tahu getaran tu. awak masih cintakan saya!" ~ Hazim saat cinta mula mekar, ingatan Adreena terhadap bekas tunangnya mula menerpa kembali. antara bekas tunang dan bakal tunang, yang manakah bakal menjadi pilihan hati gadis itu? "i wish I had know you earlier so that I can spend my life with you a little longer." ~ Ilman serius, Adreena tak tahan!
HIS HEART, HER CHOICE by el_hauraaa
el_hauraaa
  • WpView
    Reads 209,354
  • WpVote
    Votes 7,628
  • WpPart
    Parts 54
Seorang gadis bernama Isha Damia, hidupnya sering dilanda musibah. Bermula dengan kekecewaan hati dan kehilangan ayahanda tercinta, hadir pula seorang lelaki yang menjengkelkan - Fariz Elman. "Awak dah curi sesuatu dari saya." - Fariz Elman "Saya curi apa?" - Isha Damia "Hati saya." - Fariz Elman Saat hatinya mula terbuka menerima cinta, muncul kembali bekas kekasih, Izzul Daniel, yang mahu menunaikan janji lama. Namun, kerana Fariz Elman dan Izzul Daniel adalah sahabat karib, Isha terperangkap dalam dilema membuat pilihan hati. Konflik bertambah rumit dengan kes pembunuhan misteri dan dendam lama yang mengintai bahagianya. Siapakah dalang di sebalik semua ini? Mampukah Isha bertahan dengan segala ujian? Dan dapatkah cinta sejati akhirnya bersatu?
Mr. Artist ku ✔ by TheNichaa
TheNichaa
  • WpView
    Reads 537,752
  • WpVote
    Votes 21,588
  • WpPart
    Parts 51
Masaalah disiplin sekolah? Sudah lali bagi Nur Adiya Sufiyya. Selalu juga dia keluar masuk pejabat pengetua, pejabat GPK Hem, bilik disiplin dan juga bilik kaunselor. Tapi pada tahun akhir Diya bersekolah, kemunculan Encik Izzat Aisy Shah, seorang guru seni A.K.A guru disiplin baru telah mengganggu ketenteraman hidup Diya. Sebuah tragedik mengubah kehidupan seharian mereka. "Kita tepuk sama-sama eh?" - Nur Adiya Sufiyya "Are you just...." - Izzat Aisy Shah "A'ah. Saya lamar cikgu ni. Cikgu nak terima ke tak ni. In 3 seconds. 1... 2..." - Nur Adiya Sufiyya Siti Nur dan Alif ialah kawan baik Diya. Tetapi mereka bermusuh. Pening kepala Diya dengan kerenah dua kawan baiknya. "Aku suka kau" - Alif Ikhwan Jiang "Kau apa tadi? Kau suka aku?" - Siti Nur Aisyah "Ya. Aku suka kau sejak kita form 2 lagi' - Alif Ikhwan Jiang "Ada aku kisah" - Siti Nur Aisyah
Maafkan Aku Kerana Mencintaimu by Miss_KimBum00
Miss_KimBum00
  • WpView
    Reads 4,930
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 8
IbuBapa Hafiz dan Hariz terpisah semasa berumur 6 tahun.Percintaan Hafiz dan Aisyah bermula apabila mereka disatukan oleh Riya,kawan Hafiz.Apakah akan berlaku selepasitu?Siapakah bapa Aisyah?Adakah mereka berpisah selepas 6 bulan menjalin cinta?
Encik Hubby, Puan Wifey by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 676,921
  • WpVote
    Votes 21,740
  • WpPart
    Parts 65
Sebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memaksa sebuah pengorbanan. Tapi... Betulkah kena berkorban? Betulkah kena ikut saja apa kata nenda?
My Cikgu, My Hubby!  by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 3,230,565
  • WpVote
    Votes 115,257
  • WpPart
    Parts 92
BUKU INI TIDAK SEPENUHNYA LENGKAP DAN BEBERAPA BAB AKAN DI UNPUBLISH UTK KEPENTINGAN PENERBITAN NUR AQILA~ satu permintaan yang tidak masuk akal. Nonsense! I'am 19 years old, tapi dah nak kena dinikahkan. Eish, ummi dan babah tak boleh buat aku macam ini. Ini bukan zaman dulu-dulu. Kahwin atas dasar pilihan orang tua? Semua tu dah kuno.Tapi segalanya seakan telah ditetapkan. Aqila terpaksa! Dipaksa kahwin. Dengan cikgu pulak tu! ish.. "Err.. sebenarnya, macam yang awak cakap. I'm still young. And yes, I should live life a bit rather than rushing into a marriage. Tapi, ini adalah kehendak keluarga jadi hendak tak hendak saya kena terima hakikatnya.'' - Aqila. "Saya terima awak, Nur Aqila Haji Sulaiman seadanya awak. Dan kalau pasal ibu, janda, ke apa ke, itu belakang kira. Saya cuma akan jalankan tugas untuk menjaga awak. kalau awak tidak bersedia, saya tak akan paksa biarpun halal untuk saya. Awak boleh sambung belajar kalau awak nak, it's open to you cuma, kena jaga batas pergaulan, jaga diri dan maruah saya sebagai suami.'' -Asyraf Sungguh tenang sekali hati mendengarnya. Tak akan paksa biarpun halal untuk dia? Yes! Maknanya, kalau kahwin nanti, dia tak akan paksa aku. Yes! sekali lagi sebab dia benarkan aku untuk sambung belajar. Yes! Yes! Yes! Selami hidup berumahtangga cikgu & anak muridnya ini dalam "My Cikgu, My Hubby!'' dapatkah Aqila memupuk rasa cinta pada cikgu a.k.a suaminya ini? ***** ©All Rights Reserved 2013 HAK CIPTA TERPELIHARA *AMARAN : Sebarang bentuk pencetakan tidak dibenarkan sama sekali samaada dalam apa jua bentuk atau alat kecuali setelah mendapat keizinan penulis sendiri. @
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,159
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.