Ongoing
200 stories
Surat Cinta Buat Kekasih [OG] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 39,137
  • WpVote
    Votes 1,932
  • WpPart
    Parts 23
Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus. Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan. Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla. Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta. Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 8,621
  • WpVote
    Votes 400
  • WpPart
    Parts 4
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
[ C ] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 602,280
  • WpVote
    Votes 25,430
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 73,331
  • WpVote
    Votes 5,214
  • WpPart
    Parts 47
𝓝𝓞𝓐𝓗 𝓗𝓐𝓘𝓚𝓐𝓛 • Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. 𝓐𝓡𝓘𝓢𝓢𝓐 𝓓𝓐𝓝𝓘𝓔𝓛𝓛𝓔 •Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. 𝚎𝚗𝚓𝚘𝚢 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚒𝚗𝚐 𝚍𝚊𝚗 𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
Detak Janji : HIYA نَبْضِي  by ___nialunee
___nialunee
  • WpView
    Reads 48,404
  • WpVote
    Votes 2,703
  • WpPart
    Parts 41
BOOK 1 • 𝗔𝗘𝗭𝗟𝗜𝗬𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 sanggup berhijrah jauh dari ketenangan Bachok, Kelantan ke hiruk-pikuk Kuala Lumpur. Niatnya cuma satu-mencari rezeki dan memulakan hidup baharu. Namun, dia tidak pernah menduga langkahnya di kota metropolitan ini akan membawanya ke jalan cerita yang jauh lebih rumit. 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗧𝗧𝗛𝗔 𝗔𝗗-𝗗𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 pula sudah dua tahun menetap di Kuala Lumpur demi mengendalikan empayar perniagaan milik ayahnya. Lelaki dari Arab Riyadh yang dingin, tegas, dan tidak pernah kenal erti kalah ini langsung tidak menjangka kehadirannya di Malaysia akan diuji oleh seorang gadis sekepala batu. Pertemuan pertama antara Naura dan Fattha mencetuskan 'perang dunia'. Hubungan mereka dipenuhi dengan pertengkaran mulut dan rasa saling membenci. Namun, takdir melakar jenaka paling kejam apabila mereka akhirnya terjerat dalam ikatan perkahwinan aturan keluarga secara paksa. "Aku akan benci mu sampai mampus!" - 𝘼𝙀𝙕𝙇𝙄𝙔𝙉𝘼 𝙉𝘼𝙐𝙍𝘼 Seorang bersumpah untuk mempertahankan benci sehingga mati, manakala seorang lagi tenang mengatur strategi. "I will get you, habibti." - 𝙁𝘼𝙏𝙏𝙃𝘼 𝘼𝘿-𝘿𝘼𝙔𝙔𝘼𝙉 Di sebalik dinding benci yang dibina rapat oleh Naura, mampukah ego Fattha meruntuhkannya? Atau perkahwinan paksa ini hanyalah sebuah medan perang tanpa penamat? "Kau adalah takdir yang aku takkan lepaskan sampai mati" Amaran ⚠️: Cerita ini mengandungi unsur matang, kata-kata kesat, dan aksi kekerasan, namun tiada adegan seksual yang keterlaluan. Jika anda tetap mahu membaca, sila langkau (skip) adegan tersebut, ya? Sila asingkan dunia nyata dengan fiksyen-cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 30,140
  • WpVote
    Votes 2,592
  • WpPart
    Parts 49
STAND ALONE 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 & 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫 𝐓𝐲𝐚𝐫𝐚 Angkat sumpah setia demi negara, maka selamanya bersiap siaga melantangkan suara demi daulat. Nyawa sedia menjadi galang ganti andai takdir inginkannya di medan tempur. Menyandal pangkat kapten GGK untuk melatih pasukan komando dan bakal komando di bawah suara sendiri. Hud Thaqif. Lelaki yang bukan hanya tahu memberi bicara kosong melalui mulut, begitu juga bahasa tubuh yang tidak lelah menyalurkan semangat perwira ke dalam darah komando. "Kepala kau ke mana?! Serupa ayam remuk terapung kat padang!" - HUD THAQIF Muka ketat di pangkalan, namun dalam hati ada taman. Hanya bersama Melur Tyara, dia mampu ketawa selama mana. "Tak ada apa yang istimewa tentang saya, Encik Thaqif." - MELUR TYARA "Kalau bunga melur tak istimewa, dunia ni dah lama kehilangan wanginya." - HUD THAQIF Bila operasi tergempar berlaku di hutan Borneo, Lahad Datu yang memanggil para rejimen menyelesaikan misi pencerobohan militan asing, semuanya membawa kepada rahsia era penjajahan Tanah Melayu dulu. Mengheret mereka kepada arwah Leftenan Hamdan, seorang askar Melayu yang memperjuangkan nama merdeka dahulu kala. Namun, entah kenapa pada masa yang sama Melur di ambang bahaya. Tapi bagi Thaqif, sumpah setia adalah janji selamanya. Tak ubah seperti sumpahnya bila menyarung beret ke kepala, begitu juga dia bersumpah untuk berbakti selamanya di sisi Melur. "Ada sesuatu tentang Leftenan Hamdan, yang abang serta rakan seperjuangan tak tahu..." - MELUR TYARA Serangan demi serangan yang cuba mengancam isteri, membuatkan Thaqif lebih yakin musuh yang sama cuba memperkotak-katikkan rumah tangga mereka. Mereka mahukan Melur, bukan dia. Satu demi satu bukti ditemui, jawapan diseret menghadap Melur. Badai datang mengetuk, ada ancaman musuh dalam selimut bersama gunting dalam lipatan! Namun sekali sumpah, Melur sentiasa adalah amanah untuk dia berbakti. Selamanya.
HAZEL  by nevirelle
nevirelle
  • WpView
    Reads 1,177
  • WpVote
    Votes 116
  • WpPart
    Parts 12
𝓕𝓪𝓮𝓮𝓺'𝓼 𝓑𝓪𝓫𝔂𝓰𝓲𝓻𝓵 𝒯𝑒𝓃𝑔𝓀𝓊 𝐹𝒶𝑒𝑒𝓆 𝑀𝒾𝓆𝒹𝒶𝒹 𝓍 𝐻𝒶𝓏𝑒𝓁 𝑀𝒶𝓁𝑒𝒾𝓀𝒶 Hazel Maleika - wanita yang lantang mengaku dirinya gold digger. Dato' Tengku Faeeq Miqdad - lelaki kaya yang hanya tersenyum setiap kali isterinya berbelanja. Orang luar tak pernah faham hubungan mereka, tetapi Faeeq dan Hazel hidup dalam dunia mereka sendiri. Penuh cinta, penuh kejujuran, penuh rasa. Sehinggalah satu hari, kedudukan Faeeq mula retak. Sesuatu yang gelap bergerak di belakangnya... menjatuhkan, merosakkan, menghancurkan segala yang dia bina. Dan ketika hidup Faeeq mula suram, Hazel berdiri teguh di sisi. Diam, tapi tajam. Lembut, tapi berani. Dalam kekacauan yang menyesakkan, Faeeq sedar... Isterinya bukan sekadar wanita yang dia manjakan. Dialah satu-satunya yang benar-benar melindungi. Dan cinta Hazel... adalah cahaya paling kuat dalam dunia yang semakin gelap.
A.N: Can't Stop Loving You by missblossom_
missblossom_
  • WpView
    Reads 291,791
  • WpVote
    Votes 26,329
  • WpPart
    Parts 82
『 BOOK 2 UNTUK "A.N: MATHS" 』 Romance-Comedy-Drama & Thriller (as the story goes) Had umur: 15+ ⚠️ TW: contains sui**** attempt & self h*** scenes! 🖋️ On the first 25 chapters, this story is slow-paced and kinda childish for me. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik, boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik dan sakitkan hati sendiri, boleh terus ke bab 26. You masih boleh faham storyline. ❦ °⋆.࿔*:・ "You're my first and my last love, sayang. And till death do us part." Ikuti kisah Ain dan Airil yang kini perwatakan mereka berbeza sekali di zaman universiti dengan zaman persekolahan. Airil yang dulunya sombong, kini sweet talker? Ain yang dulu dengan sekarang sangat berbeza sampaikan Airil tak dapat mengecam wajah wanita itu? Hm... interesting huh? "Aku sayang kau, Ain. Sudi tak kau jadi isteri aku?" - AIRIL NAJMI "Sara, I have no one else besides you. And I really can't stop loving you. Please give me a second chance." - FAIZZ DANIEL Dalam perjalanan hidup mereka, hadir pula bekas kekasih Ain yang masih menyimpan perasaan sayang terhadap gadis itu. Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Ain Qaisara? Menginjak ke alam perkahwinan, muncul musuh-musuh yang tak disangka menyerang. Isteri dan anak tercinta menjadi mangsa keadaan. "I'm obsessed with you, darling... Oh god, how are you so perfect?" - C Tak cukup dengan itu, datangnya kenalan lama menggoyahkan mahligai yang dibina oleh Airil Najmi dengan pasangannya. Sehingga mengancam nyawa isteri tercinta. Bagaimanakah pengakhiran kisah ini? ❦ °⋆.࿔*:・ START: 3/7/2020 END: 12/8/2025 🏅 Highest Ranking: #1 in Wattpad #1 in Trianglelove #1 in Angst #1 in Depression #1 in Arrogant #2 in Fiksyen #3 in Comedy 📌 STRICTLY NO COPYING MY WORK!
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 87,283
  • WpVote
    Votes 6,327
  • WpPart
    Parts 59
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -