DurrahBaiduri's Reading List
9 stories
Suami Aku Nerdy Chef by DurrahBaiduri
DurrahBaiduri
  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
Nama aku Qisara tapi org panggil aku Que. Aku dh set target untuk calon suami aku dia mesty lah seorang chef. yg lain2 tolak tepi tapi masalahnya kawan baik aku Syed Amran x nk tolong aku ushakan member satu course dgn dia Iman Syah. Dah aku kena guna mcm-mcm teknik nk bikin Mamat nerd tu perasan kehadiran aku. Are this effort worth it?.
PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,654
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ALIESHA KIRANA TAJUK: PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA KELUARAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 560 HARGA: RM23 (SEMENANJUNG)/ RM 26 (SABAH/SARAWAK) ISBN : 978-967-469-049-6 Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. "Lain kali, berjalan tu tengok depan."- Megat Talhah "Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja."- Ajda Sajidah "Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja."- Megat Talhah Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. "Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku."- Qisya Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! "Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?"- Megat Talhah Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,845
  • WpVote
    Votes 507
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: MYRA AMEER TAJUK: AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU TERBITAN MEI 2017 HARGA: RM28 (SM) / RM31 (SS) Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. "Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina "Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. "Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman
BAHAGIA YANG TERTANGGUH by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 59,998
  • WpVote
    Votes 625
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: RISSA AHDIYA TAJUK: BAHAGIA YANG TERTANGGUH HARGA : RM24 (SM)/RM27 (SS) Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori 'anak emak'. Tetapi kalau kategori 'adik kakak' bagaimana pula? Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri. Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea! "Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah." "Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you." - Azrin Sofea Talak akhirnya menjadi 'hadiah' bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya. ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban. "Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita." - Zakwan .
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 141,919
  • WpVote
    Votes 1,706
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 62,019
  • WpVote
    Votes 1,395
  • WpPart
    Parts 15
Harga : RM 21.00 (SM) // RM 24.00 (SS) Penulis : Airisz Terbitan : Karyaseni AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang 'terror' bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya. Dan akhirnya dia kembali semula. "Saya cabar awak, Awah. Terima saya kali ni. Biar kita diikat dengan ikatan perkahwinan. Saya mahu buktikan saya mampu bahagiakan awak dan saya mampu jaga awak dengan baik. Berilah saya peluang untuk buktikan sesuatu pada mak awak." Rupa-rupanya, ada dalang di sebalik kehilangannya. Siapa dalangnya? Orang yang aku tak kenal atau orang yang aku kenal? Macam ada rahsia di sebalik semua ini. Tapi apa?
CIK BLUR IN LOVE by dimpleowner
dimpleowner
  • WpView
    Reads 967
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 13
Eyan Raiyana si blur yg terlalu menyampah dgn perkataan Cinta Bagi dia Cinta just for stupido. Yg dia tahu Tidur adalah hidup dia. Kehadiran Edrian Raqib kembali bersama Sara Azfar yg comel buat hati Eyan kucar kacir . "Just a stupido will love u"
Dalam Diam Aku Terpikat by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,194
  • WpVote
    Votes 927
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Dalam Diam Aku Terpikat Penulis: Aulia Iman Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Diskaun RM3 & Free Postage pembelian melalui www.karyaseni.my & aplikasi Karyaseni
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 418,641
  • WpVote
    Votes 3,994
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Penulis: Umi Syidah Muka Surat : 864 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-029-8 Harga: RM31.00 (Semenanjung) // RM34.00 (Sabah & Sarawak)