ana uhibbuka
3 stories
Cinta Yang Tak Terungkap by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,044
  • WpVote
    Votes 711
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Yang Tak Terungkap Penulis: Puteri Nor Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-01-2 Harga: RM35(Semenanjung) // RM38(Sabah & Sarawak) SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka. Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike’ bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian. Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie. “Awak anugerah daripada Dia. You... are my fairytale.” – EMRY Ajmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu. “Awak melanun dalam hati saya. Awak ambush perasaan saya, kemudian bermaharajalela dalam minda saya.” – AJMAL Dalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 316,924
  • WpVote
    Votes 7,063
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
VVIP Dihatiku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,579
  • WpVote
    Votes 1,780
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni