cikamy9's Reading List
3 stories
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,006
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,783
  • WpVote
    Votes 1,745
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,116
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.