ftnratrh's Reading List
6 historias
My Cikgu, My Hubby!  por eiyla_
My Cikgu, My Hubby!
eiyla_
  • LECTURAS 3,214,843
  • Votos 115,026
  • Partes 92
BUKU INI TIDAK SEPENUHNYA LENGKAP DAN BEBERAPA BAB AKAN DI UNPUBLISH UTK KEPENTINGAN PENERBITAN NUR AQILA~ satu permintaan yang tidak masuk akal. Nonsense! I'am 19 years old, tapi dah nak kena dinikahkan. Eish, ummi dan babah tak boleh buat aku macam ini. Ini bukan zaman dulu-dulu. Kahwin atas dasar pilihan orang tua? Semua tu dah kuno.Tapi segalanya seakan telah ditetapkan. Aqila terpaksa! Dipaksa kahwin. Dengan cikgu pulak tu! ish.. "Err.. sebenarnya, macam yang awak cakap. I'm still young. And yes, I should live life a bit rather than rushing into a marriage. Tapi, ini adalah kehendak keluarga jadi hendak tak hendak saya kena terima hakikatnya.'' - Aqila. "Saya terima awak, Nur Aqila Haji Sulaiman seadanya awak. Dan kalau pasal ibu, janda, ke apa ke, itu belakang kira. Saya cuma akan jalankan tugas untuk menjaga awak. kalau awak tidak bersedia, saya tak akan paksa biarpun halal untuk saya. Awak boleh sambung belajar kalau awak nak, it's open to you cuma, kena jaga batas pergaulan, jaga diri dan maruah saya sebagai suami.'' -Asyraf Sungguh tenang sekali hati mendengarnya. Tak akan paksa biarpun halal untuk dia? Yes! Maknanya, kalau kahwin nanti, dia tak akan paksa aku. Yes! sekali lagi sebab dia benarkan aku untuk sambung belajar. Yes! Yes! Yes! Selami hidup berumahtangga cikgu & anak muridnya ini dalam "My Cikgu, My Hubby!'' dapatkah Aqila memupuk rasa cinta pada cikgu a.k.a suaminya ini? ***** ©All Rights Reserved 2013 HAK CIPTA TERPELIHARA *AMARAN : Sebarang bentuk pencetakan tidak dibenarkan sama sekali samaada dalam apa jua bentuk atau alat kecuali setelah mendapat keizinan penulis sendiri. @
Aku, Dia dan Stiletto por karyaseni2u
Aku, Dia dan Stiletto
karyaseni2u
  • LECTURAS 42,344
  • Votos 930
  • Partes 5
Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto Penulis: Sri Sarah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-83-3 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
Tundukkan Playboy Itu por karyaseni2u
Tundukkan Playboy Itu
karyaseni2u
  • LECTURAS 315,557
  • Votos 7,046
  • Partes 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Isteri Untuk Disewa por karyaseni2u
Isteri Untuk Disewa
karyaseni2u
  • LECTURAS 121,243
  • Votos 1,302
  • Partes 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
VVIP Dihatiku por karyaseni2u
VVIP Dihatiku
karyaseni2u
  • LECTURAS 77,548
  • Votos 1,780
  • Partes 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Our Perfect Story (Malay) por ThePrincessDream
Our Perfect Story (Malay)
ThePrincessDream
  • LECTURAS 149,907
  • Votos 4,309
  • Partes 19
Diana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePrincessDream