My reading list
9 stories
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,326
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
Something Stupid by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 40,745
  • WpVote
    Votes 1,210
  • WpPart
    Parts 16
Cerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia. Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya. Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang. “Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggung jawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Saya bertanggung jawab pada kejadian dulu. Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad “Get lost!!” ~ Zara. Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara. Apa yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?
Kisah Seram Sebelum Tidur by faminmin
faminmin
  • WpView
    Reads 498,018
  • WpVote
    Votes 22,577
  • WpPart
    Parts 50
Cukup taksub? Berani? Tsk. Bacalah. Silakan. Aku tak tanggung kalau kau kena 'kacau' nanti. **** Cover by @moonizz ✔
Suami Idaman by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 361,676
  • WpVote
    Votes 14,170
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
CINTA PENJUAL KEK.. by NabilaNordin
NabilaNordin
  • WpView
    Reads 9,796
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 13
selalunya menjadi petengkaran setiap kali bertemu.tak pernah baik.. sedap,manis itu yang selalu fareez syah suka dengan dessert buatan nur laila. tesalah pilih calon..itulah jodoh namanya..
Hantu Punya Bos! by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 38,599
  • WpVote
    Votes 1,010
  • WpPart
    Parts 16
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. “Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,917
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
Taming The Bad Girl by HinyDyaa
HinyDyaa
  • WpView
    Reads 640,825
  • WpVote
    Votes 23,409
  • WpPart
    Parts 72
"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia. Gadis 180° yang berlainan habis daripada wanita-wanita lain. Jika disuruh pilih antara kasut tumit tinggi dan kasut sukan, dia akan memilih kasut sukan. Jika disuruh untuk berkahwin, dia akan berkata "tak nak!" Mengenali Harris Amsyar sebagai bosnya, cukup menguji tahap kesabarannya. Dia dari asalnya berpakaian 'sports' habis ditukarnya Harris Amsyar kepada pakaian 'casual'. Cipta sejarah betullah! Belum pernah dia mengikut telunjuk orang. Pada masa yang sama, muncul pula si gadis kaki cemburu, sepupu Sarah Nia. "Syar! I want you to explain what's going on between you and Nia! Oh come on, I'm even prettier than her" - Sarah Eryna _________________________ Arwah Ayah? Masih banyak peristiwa silamnya yang masih belum dirungkai oleh Harris Amsyar. Sedikit demi sedikit, ia seolah-olah menjerat Harris Amsyar. Perkara yang tidak pernah dia terfikir akan berlaku, berlaku juga di dalam kamus hidupnya. "Are you telling me that he is the killer?!" Air matanya tidak dapat ditahan lagi dan akhirnya jatuh mengalir di pipi. "Apa salah abah... Sanggup dia buat macam tu dekat abah. Kenapa dia kejam sangat!" - Sarah Nia Ikhwan Hakim dan Amirul Zikrie hanya mampu tersenyum kelat, cuba untuk menenangkan Sarah Nia. _________________________ "We can't change the past, but we can change the future. Promise me you'll always be here... By my side" Dia tersenyum manis dan membalas "I promise" ________________________ © Hak Milik HinyDyaa Words count - 117,624 1st place out of 1,310 in poetry 🎉
Isteriku Minah Stylo by nurinjazlina927
nurinjazlina927
  • WpView
    Reads 1,548,466
  • WpVote
    Votes 49,764
  • WpPart
    Parts 59
Cinta yang berputik selepas berkahwin lebih suci.Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga menyebabkan amukan dari kedua-duanya.Tetapi,kerana satu insiden mereka setuju untuk berkahwin.Hidup dalam satu rumah dan tidur dalam satu bilik? Mustahil tidak jatuh cinta antara satu sama lain? Setelah rumah tangga yang di bina semakin pulih.Kini kembali retak Kerana satu insiden dengki dan khianat manusia,rumah tangga yang dibina Nur Arryna dan Izz Haikal semakin retak.Di sebabkan rekaan cerita si pendengki,Ryna melarikan diri ke luar negara tanpa memberitahu kepada ahli keluarga dan suaminya.Sepanjang empat tahun di Istambul ,pelbagai dugaan Ryna di uji.Melahirkan tanpa suami di sisi itu lebih memeritkan baginya.Tanpa di duga mereka bertemu kembali di bumi Istambul.Namun,kerana luka yang membawa torehan pada Ryna masih dalam,dia tidak mampu untuk menerima Suaminya kembali setelah memikirkan apa yang terjadi. Mampukah mereka kembali seperti dulu?