Amoreizaababy
- Reads 17,130
- Votes 1,067
- Parts 47
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider.
Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya.
Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi.
"Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair
Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya.
"Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania
Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi.
Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya?
Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki?
-----
Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf.
Start date: 28/5/2026
End date: Update soon
(Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca β€οΈ)