malay
153 cerita
CRUEL DESTINY | C oleh missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Membaca 330,804
  • WpVote
    Vote 16,998
  • WpPart
    Bab 55
[BOOK SERIES ] Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? IN RANKING: #3 in sadromance. Start: 9 Ogos 2024. End: 18 May 2025.
Mencari Sinar Bahagia (Ebook)  oleh Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    Membaca 9,147
  • WpVote
    Vote 270
  • WpPart
    Bab 13
Novel Ebook Pertama Mencari sinar bahagia 🏍️ "Kadang-kadang, takdir hadir dalam bentuk yang tak dijangka... dan di atas dua roda." Qaseh Adawiyah, seorang gadis ceria dan penuh dengan usikan manja, menyembunyikan sebuah kisah silam yang memedihkan. Di balik tawa dan gurauannya, tersimpan luka yang membuatkan dia serik untuk membuka hati lagi. Satu peristiwa hitam telah memadam kepercayaannya pada cinta dan membuatkan dia memilih untuk hidup sendiri, jauh dari risiko disakiti lagi. Khairul Amirin pula seorang duda yang tabah. Dahulunya hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak, namun rumah tangganya musnah akibat bila rasa sayang mula hilang dalam hati isterinya. Namun demi anak-anak, Khairul terus kuat melangkah demi menutup pintu hatinya untuk sebarang cinta yang baru. Namun, takdir seperti punya rencana tersendiri... Satu pertemuan tidak dijangka terjadi di atas jalan raya, bersama motor kesayangan masing-masing. Bermula dengan satu pujian tentang warna motor, disusuli permintaan bergambar, detik itu menjadi titik mula kepada sesuatu yang lebih dari sekadar perkenalan. Pertemuan demi pertemuan yang tidak disengajakan mula membibitkan rasa. Qaseh yang dulu trauma, mula belajar untuk tersenyum ikhlas semula. Khairul yang dulu menutup pintu hati, mula merasai hangatnya perhatian seorang wanita yang jujur dan ikhlas. Tapi masa silam bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Qaseh terus dihantui ketakutan akan dilukai. Khairul pula berdepan cabaran untuk menjadi lelaki yang kembali percaya pada cinta. Lebih sukar apabila anak-anaknya mula bertanya tentang "Kakak motor Oren" yang sering muncul dalam cerita mereka. Mampukah dua insan yang pernah terluka menemui kebahagiaan bersama? Atau adakah kisah mereka akan terhenti sebelum sempat bermula? "Kadangkala, bukan cinta yang perlu dikejar... tapi keberanian untuk mencuba semula." ⛔Cerita ini hanya rekaan semata-mata ⛔Tiada kena mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia. ⛔Hak milik Hu
(C) HANYALAH DIRIMU  (Bakal Terbit)  oleh yunakarim
yunakarim
  • WpView
    Membaca 95,989
  • WpVote
    Vote 3,101
  • WpPart
    Bab 16
Hanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira
𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐃𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐐𝐑𝐈  oleh whosliyaaa_
whosliyaaa_
  • WpView
    Membaca 6,724
  • WpVote
    Vote 273
  • WpPart
    Bab 34
Mengisahkan tentang seorang gadis sombong yang bernama Zafeera Humayra.Zafeera merasakan dirinya sangat sempurna, dia selalu menghina orang yang tidak setaraf dengannya.Dia memang gadis yang sangat jelita.Ibu bapanya menghantar Zafeera ke kampung dan tinggal bersama tokwannya selama sebulan.Sifat sombong Zafeera perlahan-lahan berubah semasa dia berada di kampung. Pertemuan tanpa sengaja antara Zafeera dan seorang ustaz muda di kampung tokwannya merubah hidup Zafeera.Zafeera sudah jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap ustaz muda itu. "Alahai....handsomenya..."ujar Zafeera perlahan. "cik?cik okay?" Lelaki muda yang bergelaran ustaz muda di kampung itu, Dayyan Ziqri. Dia memiliki rupa paras yang sangat tampan.Ramai gadis-gadis kampung tergilakannya.Namun tiada satu pun yang dapat memiliki hati ustaz muda itu. "ni siapa?sepupu ustaz ke?ke adik ustaz?" tanya Amira Damia "I Zafeera, his girlfriend" kata Zafeera selamba. Amira Damia adalah gadis yang gilakan Ustaz muda itu.Dia sanggup lakukan apapun demi mendapatkan cinta hatinya itu. ******
HIS, SENORITA oleh syasyace
syasyace
  • WpView
    Membaca 28,932
  • WpVote
    Vote 4,082
  • WpPart
    Bab 23
#𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 Siapa sangka pertemuan yang sepatutnya berakhir lima tahun lepas, kini ia kembali semula. Namun Rita Jannah sedikit pun tidak goyah. Malah hatinya terus dikeraskan seperti mana bekas suaminya lakukkan lima tahun lepas Izz Abdullah. "I guess, you kena interview I right, my senorita?" - IZZ ABDULLAH "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!" - RITA JANNAH Satu garis senyuman manis terukir di bibir Izz Abdullah. Kalau dulu, mungkin senyuman itu berjaya luluhkan hati dan jiwa Rita Jannah. Namun kini tidak lagi. Senyuman itu malah buatkan hatinya sakit berkali-kali! "Dan you perlu tahu satu hal, untuk interview I semuanya ada bayaran. Bukan percuma, senorita. Kalau you tak interview, I guess you akan kena buang kerja. Maknanya...you dah tak ada pilihan, senorita." - Izz Abdullah "Apa yang bayaran saya perlu buat?" - Rita Jannah "Temankan I training. Ajarkan I teknik yang belum sempat your ajarkan I lima tahun lepas. I buat semua ni bukan saja-saja. This for final competition. I tak nak kalah. I nak menang. I nak bawa nama Malaysia ke serata dunia." - Izz Abdullah "Saya bukan jurulatih untuk pasukan awak." - Rita Jannah "Then be my unofficial trainer. Just for me, senorita." - Izz Abdullah Namun disebalik kebahagiaan yang mereka ingin kecapi munculnya seseorang sosok yang ingin menghancurkan kebahagiaan Izz dan Rita. Sosok itu bukanlah orang luar melainkan... "Papa akan buat apa saja supaya kamu tunduk pada papa, Izz. Kalau dengan bunuh Rita mampu untuk buatkan kamu sujud, patuh dan tunduk pada papa. Papa sanggup kotorkan tangan papa sendiri. Don't ever challenge me, Izz Abdulah...my beloved son." - AZZ ABDULLAH Mampukah mereka harungi cabaran itu bersama? Pengakhiran apa yang bakal mereka dapat? Nantikan di HIS, SENORITA. 𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐈𝐍: 𝟖/𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐔𝐓 :
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] oleh Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Membaca 7,646
  • WpVote
    Vote 672
  • WpPart
    Bab 36
‼️ NEW VERSION OF TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU ‼️ Hanya kerana sebuah cincin yang dicuri, harga sebuah kehidupan harus dibayar. Namun, takdir itu sering kali berbelit seperti benang kusut, mempertemukan dua jiwa yang berbeza ibarat malam dan siang. Lelaki yang tidak pernah tunduk pada Tuhan, dan gadis yang menjadikan Tuhan sebagai pelindungnya. "Kau solat hari-hari, kau mengadu hari-hari. Tapi apa yang kau dapat? Hidup kau masih sengsara. Tuhan kau biarkan kau jadi hamba aku. Apa kau tak rasa bodoh bersujud pada sesuatu yang tak pernah tolong kau?" - Jason Jason adalah bara yang tak pernah padam, mencengkam kewarasan dan meratah sesiapa yang mendekati. Dia bukan sekadar bayang dalam tubuh seorang lelaki, tetapi petaka yang merantai masa silam dan masa depan. Qaseh tahu, selagi Jason masih wujud, selagi itu nyawa akan menjadi taruhan. Namun, bagaimana membunuh sesuatu yang tidak berbentuk? Bagaimana menghapuskan gelap yang telah lama berakar dalam jiwa seseorang? Satu-satunya jalan adalah... mengahwini Leonardo. "If marriage, happy family and women are what Jason hates the most, then maybe that's the only way to destroy him," - Qaseh Aulia Bukan kerana cinta, bukan kerana takdir yang indah. Tetapi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memadamkan neraka yang selama ini membakar. Namun, api yang membakar tidak selalu padam dengan air. Ada bara yang tersimpan dalam diam, menunggu masa untuk menyala kembali. Perkahwinan ini bukan sekadar ikatan. Ia adalah pertaruhan. Antara jiwa yang mahu diselamatkan dan kegelapan yang enggan dilepaskan. Apakah Jason benar-benar akan lenyap? Atau Leonardo yang akan tenggelam dalam bayangan sendiri? Kerana ada luka yang tidak pernah sembuh, ada dosa yang tidak pernah terhapus, dan ada kegelapan yang tidak pernah benar-benar mati. Dan ketika semuanya hampir berakhir, barulah Qaseh sedar- Ada api yang hanya boleh padam dengan darah.
DERITA ISTERI KEDUA  oleh Lavlileayz
Lavlileayz
  • WpView
    Membaca 24,160
  • WpVote
    Vote 524
  • WpPart
    Bab 28
Perjalanan kisah tentang seorang gadis yang bernama Zahra Uqasha yang dipanggil dengan nama singkatan iaitu Zahra. Dia adalah anak dari keluarga yang sederhana. Dia hanya bekerja di sebuah kedai makan. Pada suatu hari dia berjumpa dengan seorang wanita cantik lagi menawan. Wanita itu singgah di restoran tempat Zahra bekerja. Sewaktu Zahra ingin mengambil pesanan, dia terpaksa duduk bersama seorang wanita yang menyuruhnya duduk disampingnya. "Nama Zahra ke? Cantik nama." "Err ye hehe. Kenapa akak suruh saya duduk dekat sini? Ada benda yang penting ke?" tanya Zahra polos. "Hm, akak tengok kamu ni sopan je, menarik perhatian pula tu, sebenarnya...." Zahra dipaksa kahwin dengan suami orang. Dia hanya berasa kesian kepada wanita tersebut kerana ingin suaminya mempunyai anak. Diiringi itu, Zahra juga dibaluti dengan rasa bersalah kepada wanita tempoh hari yang menyuruhnya kahwin. Namun begitu, hati Zahra terluka. Dia melihat suaminya tidak sedikit pun melayan dirinya. Bahkan, dia dilayan dengan kasar dan dibenci oleh suaminya sendiri.
Dia, Mimpi Sempurna (Completed) oleh evelleyren
evelleyren
  • WpView
    Membaca 63,283
  • WpVote
    Vote 2,300
  • WpPart
    Bab 55
Aleia Irdina seorang anak tunggal yang sentiasa dengar permintaan mamanya. Bagi Leia, mama adalah kunci syurganya. Mama jugalah segala-galanya buat Leia. Jadi dia harus sentiasa membahagiakan mamanya. Sehingga diminta kahwin dengan pilihan Puan Lailatul juga, Leia masih turuti walaupun dia terpaksa. "By hook or by crook mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama."- Puan Lailatul. Begitulah sifat Puan Lailatul. Tegas. Namun dia masih seorang yang penyayang kerana Leia adalah satu-satunya harta yang paling beharga arwah suaminya tinggalkan untuknya. Dia juga kadang kala sebersalah mahu menyuruh anaknya turut segala permintaannya. Namun dia juga terpaksa. Demi kebaiakan Aleia. "Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan. Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini."- Aleia Irdina Dijodohkan dengan Umar Arshah, iaitu jejaka yang pernah dia selamatkan. Tidak Leia menyangka yang mamanya menjodohkannya dengan Shah. Leia pada awalnya memang telah jatuh suka dengan perangai Shah ketika kali pertama mereka bertemu. Dan takdir menemukannya kembali. "Leia berkenan dengan pilihan mama. Boleh cepatkan sikit tak majlis kahwin Leia?"- Aleia Irdina Namun setiap hubungan yang tercipta pasti bakal ada badai yang melanda. Tatkala rahsia yang disimpan oleh Shah tersingkap. Leia ragu-ragu dengan takdir hidup yang dia pilih. "Pergilah kejar bahagia awak sendiri." - Umar Arshah. Benarkah pilihan mama menjadikan Umar Arshah sebagai suaminya? Leia sendiri keliru. Apakah bahagia yang Leia cari? Nantikan kisah perjalanan hidup Aleia Irdina dan Umar Arshah dalam coretan "Dia, Mimpi Sempurna".
RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024) oleh CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Membaca 674,756
  • WpVote
    Vote 11,145
  • WpPart
    Bab 16
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditugaskan untuk menjaga ibu mertua dan adik ipar sahabatnya. Demi menjaga dan mengelakkan sebarang fitnah, dia buat keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang jauh lebih muda daripada dirinya. "Kalau abang kahwin dengan Aifa, abang boleh duduk kat rumah ni sekali. Senang. Macam sekarang ni, kita tak ada apa-apa ikatan. Tak elok untuk abang selalu ada kat sini." - DANNY AIFA AIREEN, hanya seorang gadis biasa berusia 19 tahun. Siapa sangka, jodohnya sampai awal. STPM pun tak lepas lagi. "Abang kahwin dengan Aifa, sebab nak jaga Aifa. Aifa minta maaf dah menyusahkan abang. Nanti kalau selesai semua masalah ni, dah tak ada musuh, abang bolehlah lepaskan Aifa." - AIFA Jika sudah menjadi suami isteri, lama-lama pasti akan berputiknya rasa cinta itu. Sedang mereka meniti bahagia, dugaan hadir satu per satu. Aifa sakit. Dan juga, masalah yang ditimbulkan oleh si ibu tiri Danny, Datin Rozi. "Dasar budak kurang ajar. Sama macam mummy dia juga. Menyesal aku tak bunuh dia dulu." - DATIN ROZI "Lisa nak nasihatkan abang, tolong hati-hati dengan sesiapa saja yang muncul secara tiba-tiba dalam hidup abang." - LISA "Kematian mummy kau, bukan kerana kanser. Tetapi dibunuh." - GHAZALI