nsyzwnie's Reading List
5 stories
Kahwin Ganti by ClosingMyAccount
ClosingMyAccount
  • WpView
    Reads 326,103
  • WpVote
    Votes 5,669
  • WpPart
    Parts 22
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba. Mampukah istana cinta yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman Hakim tentang perempuan dan cinta?
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 267,213
  • WpVote
    Votes 8,464
  • WpPart
    Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
TAKUT HANTU 2 by IzzatHaikal
IzzatHaikal
  • WpView
    Reads 133,235
  • WpVote
    Votes 6,217
  • WpPart
    Parts 21
Dalam dunia ni, bukan manusia sahaja yang hidup. Ada benda lain yang hidup sekali dengan kita. Contohnya, tu ha kat belakang awak tu. Kat tepi awak tu. 'Mereka' tu wujud!! Antologi cerpen Takut Hantu 2 kali ini bakal menyajikan anda semua dengan kisah-kisah seram yang lebih menakutkan, lebih meremang dan lebih menyeramkan!!! Kalau anda berani, baca waktu malam. Sorang-sorang. Dalam gelap. Ranking tertinggi Horror : #18
Bini Aku Tomboy Ke? by ArisaEriza
ArisaEriza
  • WpView
    Reads 110,737
  • WpVote
    Votes 2,930
  • WpPart
    Parts 26
Highest rank = #1 kategori humor Terima kasih kepada semua yang menyokong. Selamat membaca! ;) Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean. Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di "Sting Garden" (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. "Ish, takkan aku ni gay kut?" Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. "Aku ni dah jatuh cinta ke?" Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang "feeling" terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. "Aku dengan kau, Zack? No way, beb!" Payah ni! Tomboy dan playboy.... Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi
Hero aku Tomboy by ArisaEriza
ArisaEriza
  • WpView
    Reads 47,445
  • WpVote
    Votes 1,553
  • WpPart
    Parts 21
Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? "Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?"