znnnnnina's Reading List
61 storie
Hikayat Pintu Sebelah di _ljskwb
_ljskwb
  • WpView
    LETTURE 429,116
  • WpVote
    Voti 23,819
  • WpPart
    Parti 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tapi, bagi Ayen pula... Shin itu memang miliknya sejak zaman dahulu kala lagi. Mampu tak Ayen leburkan beku seorang Shin? "I love you till the sun dies." _____ Hikayat Pintu Sebelah. ©2016, Jiyan. All Rights Reserved.
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) di msroses_
msroses_
  • WpView
    LETTURE 1,934,896
  • WpVote
    Voti 15,597
  • WpPart
    Parti 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
HER, COFFEE | completed ✓ di hannazhya
hannazhya
  • WpView
    LETTURE 162,824
  • WpVote
    Voti 10,905
  • WpPart
    Parti 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) di msroses_
msroses_
  • WpView
    LETTURE 2,937,651
  • WpVote
    Voti 1,987
  • WpPart
    Parti 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
[EDITING] THE TENGKU's di ponylim22
ponylim22
  • WpView
    LETTURE 522,811
  • WpVote
    Voti 24,457
  • WpPart
    Parti 94
[|2019/ 2020|] Dalam sebuah keluarga kaya yang terkenal dengan peraturan warisan yang tidak boleh diganggu gugat, seorang anak telah disembunyikan dari dunia - demi keselamatannya. Aleesya tidak pernah tahu siapa dirinya yang sebenar, sehinggalah selepas tamat persekolahan, dia dipanggil untuk tinggal kembali ke pangkuan keluarga kandungnya. Namun, di sebalik sambutan yang tenang, wujud sejarah silam yang menanti untuk meledak. Apabila warisan dan peraturan mula menuntut haknya, Aleesya terperangkap antara darah yang mengalir dan kehidupan yang dia kenal selama ini. Adakah dia mampu bertahan dalam permainan kuasa dan rahsia... atau akan menjadi mangsa seterusnya?
COMPLETED - Si Hoodies Pink di eforednin
eforednin
  • WpView
    LETTURE 111,050
  • WpVote
    Voti 7,729
  • WpPart
    Parti 45
Love at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled, anak emak, dedicated student. Hidupnya involved around books, music and study. Seboleh-bolehnya dia nak elakkan juga the three big L dalam hidupnya. Three big L? Love, Lelaki, dan Loser. Ezzaq - Bagi la seribu perempuan cantek di dunia ni tapi si hoodies pink itu jugak dia nak. The woman of my life. Itu lah yang first keluar dalam kepalanya bila nampak si hoodies pink yang enjoy benar main PSPnya itu. "There can be miracles, when you believe"
ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔) di Daisynaa
Daisynaa
  • WpView
    LETTURE 635,740
  • WpVote
    Voti 17,463
  • WpPart
    Parti 101
Rose Hanina anak tunggal Dato Alham tinggal bersama ibu tirinya Puan Sri Ayuni dan adik tirinya Qassandra. Hidup Rose Hanina dilayan seolah dia lah anak tiri , dia lah pembantu rumah. Puan Sri Ayuni dan Qassandra berkomplot untuk mengikis harta Dato Alham. Rose Hanina pula di fitnah bertubi tubi sehingga dibuang oleh keluarga sendiri ; Dato Alham . Mata Rose Hanina dan Adam Al-Haffey bertaut untuk pertama kali, dalam Adam Al-Haffey mencintai dalam diam, Affef Maliky semakin mengorak langkah mengejar cinta Rose Hanina. Namun di hati Rose Hanina tiada nama Affef Maliky, apa mungkin nama Adam Al-Haffey. Kebetulan atau jodoh ? atau semua ini sudah dirancang ? Mungkin ya , mungkin tidak . Identiti sebenar Rose Hanina disembunyikan dengan rapi. Sehingga lah ia terbongkar sendiri. Siapa pilihan hati Rose Hanina. Adam Al-Haffey atau Affef Maliky. Adakah cinta sejati berpihak kepada dirinya ?
Kenangan Terindah di _pwrpffgrl
_pwrpffgrl
  • WpView
    LETTURE 296,327
  • WpVote
    Voti 12,225
  • WpPart
    Parti 49
💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu menjadi pendorong buat hidup remaja yang baru menginjak 18 tahun itu. Dia tidak pernah berputus asa. Dia sanggup melutut merayu dihina dan dicaci hanya kerana ingin mendapatkan secebis kemaafan yang dia sendiri tidak tahu akan kesalahannya. Dia tidak mahu apa2 dari keluarga nya. Dia tidak mahu harta mahu pun nama. Yang diingini nya hanya sebuah kenangan yang dapat diingati nya hingga akhir nafasnya. "Ayah maafkan Am ayah.." Tengku Fakhrul Amirullah "Ayah? Aku jijik dengar kau panggil aku ayah. Kau tak layak pun." Tengku Fendy "Kau pembunuh sekarang kau dah jadi perampas? Aku menyesal jadi abang kau selama ni." Tengku Fathrul Asad "Kau pembunuh! Kau tak layak hidup! Kau patut mati! Aku benci kau!" Tengku Fatin Asna "Kau patut ikut setiap telunjuk aku kalau kau nak stay lama kat rumah anak aku ni." Neknda Khadijah/Maktok "Kau kawan aku Am. Tak sangka kau jerat aku sampai macam ni sedangkan kau tahu aku sayang abang kau.." Putri Nur Maisara Semuanya angkara salah faham dia menjadi mangsa keadaan. Mampukah dia mencipta kenangan terindah sebelum semuanya terlambat? Mampukah dia mendapat kemaafan daripada semunya? Segala nama dan watak hanya rekaan semata ye.. Kalau jalan cerita asyik sama harap dimaafkan ?.
Hate To Love ✔ di arynlxa
arynlxa
  • WpView
    LETTURE 989,766
  • WpVote
    Voti 46,766
  • WpPart
    Parti 52
Hubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tidak memahami mengapakah Anas Mikael meninggalkan di hari perkahwinan mereka. Zafriel Fiyan yang berada di Scotland kembali apabila mendengar berita tersebut. Kembalinya bukan untuk mengejek gadis itu, tapi kembalinya hanya untuk menyembuhkan luka di hati gadis itu. Aurelia yang terus-terusan membenci Zafriel lansung tidak menyedari bahawa jauh di sudut hatinya mempunyai perasaan yang berbeza terhadap Zafriel. Bagi Zafriel pula, mana mungkin dia mencintai gadis yang menjadi seterunya sejak dia kecil lagi. Tambahan sekarang, dia ada tunang, gadis pilihan datuk dan neneknya. Keadaan makin bercelaru apabila Anas Mikael kembali ingin menuntut kembali cintanya dan Damian Firyad meluahkan perasaan yang telah lama dipendam. "I dah lama sayang you." - Damian Firyad "You dah lupa ke apa yang pernah kita impikan dulu?" - Anas Mikael Aurelia tertekan dengan dua lelaki yang menuntut cintanya! Kalau boleh, dia nak je lari dari Malaysia dan stay kat tempat yang tiada orang akan menjumpainya. Lebih stress bila dia menyedari perasaannya terhadap Zafriel. Namun, Zafriel akan menjadi milik orang lain. Dia tidak mungkin akan bersama dengan Zafriel. She once say that she hate him. But in the end, she fall in love with me. "I just HATE him TO LOVE him." "You are my euphoria."
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ di Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    LETTURE 1,803,303
  • WpVote
    Voti 54,960
  • WpPart
    Parti 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.