love story
2 stories
Bukan Kerana Aku Tak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,430
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 1
Penulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. “Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?” “Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Hati Perempuan by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 50,220
  • WpVote
    Votes 753
  • WpPart
    Parts 5
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya. Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril. “Takkan semudah itu.” - Yuhanis. Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? Tajuk: Hati Perempuan Penulis: Nur Ain al-Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-19-8 Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni