aishahrosdee's Reading List
7 stories
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,450,972
  • WpVote
    Votes 331,754
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Cinta Senakal Dia ✔ [TERBIT] by LaurenAlyrra
LaurenAlyrra
  • WpView
    Reads 2,642,619
  • WpVote
    Votes 27,379
  • WpPart
    Parts 14
[BAB PROLOG - BAB 10 SEDIA UNTUK DIBACA] Selepas menolak lamaran abang sepupunya, Irdina Qaisara terpaksa menerima lamaran bos sendiri, Uwais Haqqani tanpa sebarang syarat. Uwais Haqqani, bos yang beku di pejabat, tidak percaya pada cinta dan tidak melayan perempuan. Dia memaksa Irdina berkahwin dengannya atas dasar mahu membuktikan yang perkahwinan mereka akan kekal walaupun tanpa cinta, tidak seperti perkahwinan mama dan papanya. Selepas berkahwin, sikap Uwais berubah 360°. Dari beku kepada romantis. Sampaikan panggilan pun bertukar juga. Irdina hairan dengan sikap Uwais tapi dia endahkan saja. Dia lagi suka dengan sikap Uwais yang romantis itu. Siapa sangka perkahwinan yang terbina tanpa cinta akhirnya berubah. Mereka sama-sama jatuh cinta. Sama-sama menyimpan perasaan cinta. Tapi, kerana dendam seseorang, Irdina terpaksa meninggalkan Uwais seorang diri. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan namun Irdina tetap tidak dijumpainya juga. Uwais tetap mencari Irdina di merata tempat. Baginya, Irdina tetap dekat di hatinya walaupun mereka terpisah jasad. Sejauh manakah kekuatan cinta mereka berdua dan adakah Uwais dan Irdina akan bertemu kembali?
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,436,785
  • WpVote
    Votes 79,392
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
Thantophobia 🌸 by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 880,287
  • WpVote
    Votes 35,764
  • WpPart
    Parts 46
Sinopsis Thantophobia ? Pang! Terkedu Nilofar saat pipinya kebas ditampar Tan Sri Muhaimin. "Aku tak nak lagi tengok muka kau dalam rumah ni. Keluar!" "Abah, Nilofar cuma..." "Nilofar, abah suruh kamu pergi. Pergi. Jangan susahkan lagi hati dia." "Tapi, ni semua." "Pergi! Jangan panggil aku abah. Aku bukan abah kau. Dasar anak tak guna! Aku suruh belajar kau pergi meliar sana sini. Degil! Dah bunting anak seorang baru nak menangis minta maaf. Pergi!" Nilofar mendukung Farhana dan berlalu keluar dari villa milik abahnya. Abah yang dia sayang sudah membenci dan adiknya Nifara juga sama. Tapi, untuk menghantar Farhana ke rumah anak yatim bukan satu jalan yang betul. Biarlah dia menjaga anak kecil ni. ??? "Farhana... Ibu tengah menulis ni sayang." Anak kecil itu tersenyum menggigit mainannya. Mahu ajak aku bermain. "Ok, ibu stop work." Aku baring dan meletakkan Farhana diatas dadaku. Punggung kecilnya ditepuk-tepuk perlahan. Bibir mengalunkan selawat. Comel melihat dia menguap. Jariku menutup bibir kecil itu. Mata Farhana sayup-sayup ingin tutup. ??? All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of CKK @ Atul Aisy. ©CKK @ Atul Aisy 2018
Sayang Kau✔️ by violetlyfreak
violetlyfreak
  • WpView
    Reads 715,501
  • WpVote
    Votes 16,685
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Cinta tiga segi itu wujud? Atau adakah kedatangan seseorang lelaki selepas kehilangan orang yang aku cinta itu sudah ditakdirkan? Aku tidak kuat, aku sayang kau.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,759,861
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.