K.J.H
10 stories
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 439,880
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,624
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD
THE ALCHEMIST (EDITING) by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 105,850
  • WpVote
    Votes 8,034
  • WpPart
    Parts 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans ____________________________________ Demi Empayar Kota Bayangan yang tercinta, Demi Zamry iaitu adik angkat yang tersayang, Dan demi mimpi yang dipercayai, Syah akhirnya tekad mencari Bunga Asfloera untuk menghentikan keperitan penduduk Empayar Kota Bayangan yang dilanda Penyakit Misteri. Untuk mendapatkan bunga tersebut...Sungai Berasid,Jurang Kekayaan dan Lorong Roh haruslah dilepasi terlebih dahulu. Namun begitu,.. ...mampukah dia melakukannya apabila kenangan nan lalu,rakus mengejar diri? Sempatkah bunga Asfloera didapatkan sebelum tibanya musuh merampas harapan yang dicari? Mari kita ketahuinya... Started: 30/1/2016 [Cover image from @Saptember and edited by this story Author.] [Copyright All Rights Reserved]
The Cursed Elves by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 219,737
  • WpVote
    Votes 16,624
  • WpPart
    Parts 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 tahun 11 bulan. Pada bulan hadapan.. ...upacara pengorbanan akan dilakukan. Akulah yang akan dikorbankan itu. Mitos 'bodoh' ada mengatakan,Elf perempuan yang disumpah haruslah dibunuh ketika hari lahirnya yang ke-25 tahun. Aku bakal ditikam oleh ayahanda aku sendiri. Sadis bukan? Inilah kisah hidupku. Lycra Elfrian,The Cursed Elves. [03/07/2016]
SBTES (VERSI BAHASA MELAYU) [ONGOING] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 73,231
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 56
Kit atau Exler, identiti sebenarnya ialah putera kepada sebuah kerajaan, yang telah dibawa pergi oleh penasihat ayahandanya, keluar daripada kerajaan itu apabila istana diserang oleh penjahat yang ingin memusnahkan semua kerajaan diraja. Tetapi, dalam perjalanan, mereka diekori pasukan pencari penjahat yang ingin memastikan kerajaan yang diserang mereka tidak bangun semula. Silvert, penasihat ayahanda Exler, menyuruh Exler untuk meninggalkan tempat itu dan mencari ahli keluarga Lefart, penyelamat yang menunggu kemunculan mereka di satu tempat. Exler terpaksa mengikut arahannya dan meninggalkan Silvert yang bersedia menunggu kedatangan penjahat-penjahat itu. Beberapa tahun selepas itu, Exler memasuki akademi yang mengajar penggunaan kuasa dalam dirinya. Bersama ahli kumpulannya, mereka menjejaki tempat peperiksaan di mana nasib mereka akan ditentukan tetapi mereka semua tidak sedar satu kumpulan penjahat sedang menunggu mereka. Sedar-sedar sahaja, mereka kehilangan hampir semua pelajar peperiksaan yang diserang penjahat-penjahat itu. Bagaimana dengan Exler? Adakah dia adalah orang yang penjahat itu cari ataupun mereka sengaja sahaja berada di situ? Bilakah dia akan kembali ke kerajaan ibu bapanya semula? Baca dan anda akan tahu perkara yang sebenar di sebalik perjalanan kisahnya XD
HETEROCHROMIA by zoreroz
zoreroz
  • WpView
    Reads 503,431
  • WpVote
    Votes 27,696
  • WpPart
    Parts 85
Winner of New Adult Category in Wattys2019 Highest Rank #1Humor(back in the old days) Finalist of 2017 Wattys 2019 #1/1.48k book tagged with 'life' (somehow?) H E T E R O C H R O M I A : MASK ON Heterochromia bermaksud iris mata yang berbeza warna yang jarang berlaku. Zed mempunyai Heterochromia dan dia tidak suka mata dia yang berbeza warna itu. Sebab? Sebab Zed mudah tarik perhatian pelbagai pihak. The good and the bad. *Includes images/gif/youtube video for a more surreal description. Reading online is preferred. Tapi kalau baca offline pun Author faham, ads selepas almost every chapters is a turn off.
ANGKER by MuhaiminMohamad
MuhaiminMohamad
  • WpView
    Reads 19,806
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 6
"Pernah kena kacau dengan hantu? Pernah jumpa hantu? Percaya hantu tu wujud?" - ANGKER - himpunan kisah-kisah seram yang berkemungkinan sebahagiannya pernah berlaku. Sekali kau terjumpa, seriau buat selamanya.
Cuti Semester (Buku 1) ✔ by Shim_Yoo
Shim_Yoo
  • WpView
    Reads 109,065
  • WpVote
    Votes 4,675
  • WpPart
    Parts 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. Ini adalah pertama kali mereka terpaksa tinggal di situ tanpa penjagaan warden. Sepanjang waktu itu, banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidup mereka. Yang paling mencemaskan mereka apabila salah satu daripada mereka didapati hilang tanpa sebab secara tiba-tiba. Dan ia tidak terhenti di situ. Setelah kehilangan orang pertama, orang seterusnya menjadi mangsa. Dan yang tinggal terpaksa mencari tahu apa sebab mereka hilang. P.s::: Kalau nak baca dalam English, baca kat second account saya. @Shim_Yoo2
SALAH NOMBOR (Buku 2) ✔ by Shim_Yoo
Shim_Yoo
  • WpView
    Reads 30,062
  • WpVote
    Votes 1,701
  • WpPart
    Parts 16
*Kesinambungan daripada CUTI SEMESTER* Sekumpulan pelajar kampus yang balik lewat daripada pelajar-pelajar yang lain. Akan tetapi, apa yang mengganggu mereka kali ini lebih menakutkan dan berbeza dari sebelumnya. Setiap daripada mereka diganggu dengan panggilan misteri entah daripada siapa. Bila panggilan dijawab, tiada siapa bercakap. Sehinggalah suatu hari, seseorang bercakap di dalam talian itu. Siapakah orang itu? Apa yang akan terjadi kepada mereka? P.s:: Tolong baca buku pertama dulu (CUTI SEMESTER)