balqisjuandy
- Прочтений 384,306
- Голосов 15,430
- Частей 57
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR
Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tidak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar.
"Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku tak kisah. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi apa yang aku minta. Boleh?" - Emir Farhan
Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali.
"Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha
"Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self-care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar
Setelah semuanya, dia dihalau tanpa belas kasihan.
"Kalau kau dah tak reti nak hormatkan semua orang, aku nak kau keluar daripada rumah ni! Aku tak ada anak yang tak kenang budi dan kurang ajar macam kau!"
Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu, tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. Benarlah kata orang; ketika kita diam dan bersabar, tiada seorang pun yang peduli tentang kebaikan kita, tentang apa yang sudah lama disimpan dan dipendam seorang diri. Tetapi apabila sekali sahaja kita menyuarakan suara yang selama ini lebih memilih untuk diam, kita pula yang akan nampak terpaling jahat di dalam kisah mereka.
"Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar
Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian.
"Maybe one day we'll meet again and explain to each other what really happened."
Start: 15/3/2025
End: 30/7/2025
NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️