teen | stories
2 stories
Echoed Dream by lisathepenguin
lisathepenguin
  • WpView
    Reads 27,117
  • WpVote
    Votes 2,448
  • WpPart
    Parts 34
Cuba bayangkan. Satu hari, kau bangun tidur. Tengok sekeliling. Bilik serba biru cair, gitar Yamaha putih bersebelahan katil, rak buku tersusun kemas dengan novel klasik Harry Potter dan Percy Jackson. Pergi pulak dekat cermin. Tengok diri kau. Perhatikan kulit kau yang tak seberapa cerah dan gelap, rambut kau yang ikal mencecah ke bahu, mata kau yang berwarna coklat pekat, jari jemari kau yang runcing tetapi agak berisi. Perhatikan segalanya tentang diri kau dan keadaan sekeliling. Semuanya rasa ganjil dan tak kena. Sebab kau tak kenal diri kau siapa. Kau tak ingat rupa kau yang sepatutnya, macam mana perangai kau sebenarnya. Kau tak ingat apa apa pasal diri kau. Langsung. Nama kau sendiri kau lupa. Identiti diri kau hilang. Itulah yang terjadi pada Lisa. Dia bangun tidur dan tak ingat apa apa. Sehingga satu hari, dia jumpa Lucas, yang juga mempunyai perwatakan aneh. Selepas lama berkenalan dengan dia, terbongkar satu rahsia yang dia cuba pendam selama ini. Lisa berazam untuk cuba mengembalikan ingatannya semula. Semakin lama, ingatan dia semakin pulih dengan sendiri. Kemudian, tiba satu hari di mana setiap tanda tanya di dalam fikirannya terjawab. Satu perkara yang tiada siapa sangkakan, akhirnya terbongkar.
Let the Music Play by blossomaurora
blossomaurora
  • WpView
    Reads 851,471
  • WpVote
    Votes 58,223
  • WpPart
    Parts 79
F4. Kumpulan pelajar lelaki yang sangat disanjung dan diminati ramai di Arista Academy. Terdiri daripada ahli Majlis Tertinggi sekolah. Kehadiran Ryana Zulkifli ketika zaman pemerintahan F4 sememangnya satu perkara yang mencabar kewibawaan dan kredibiliti Adam Fayyad. Entah kenapa dia yang tercabar. Sejak kali pertama mereka bersua,kedua-duanya declare perang. Ryana tak suka F4! Namun semakin dia cuba menjauhi F4,semakin dekat pula mereka. Apakah hubungan Ryana dengan Fakeh? Sampai bila Ryana nak declare perang dengan Adam? Siapa pula pemain gitar di bilik sebelah yang selalu ada ketika Ryana perlukan? Just let the music play.