cantikayyan's Reading List
14 stories
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,136,943
  • WpVote
    Votes 89,552
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
My Dangerous Billionaire Husband's {COMPLETE} by secretdaisys
secretdaisys
  • WpView
    Reads 1,215,452
  • WpVote
    Votes 41,685
  • WpPart
    Parts 22
Adrian Naufal Nur Arissa Sharil Adam Nur Anissa ___ Air mata berguguran apabila hati sudah terluka .. Arissa terpaksa paksa menikahi seorang lelaki yang tidak dikenalinya pada usia 17 tahun. Dalam masa setahun itu dia bebas kerana dia hanya menerima gelaran Isteri tapi dia tidak pernah melihat lelaki yang menjadi suaminya. Bak kata kakaknya , lelaki yang dinikahi oleh Arissa itu ialah duda tua. Pada mulanya Arissa tidak setuju tapi disebabkan lelaki itu akan membantu membayarkan bill hospital Ibu bapanya Arissa setuju. Dia menjejak ke dunia Kolej. Saat itu dia di minta untuk berpindah ke rumah suaminya. Arissa bercadang untuk membuat masalah dan meminta cerai menggunakan alasan itu. Namun apakah yang bakal berlaku?
Isteri Yang diBeli by SilaAbaikanAccIni
SilaAbaikanAccIni
  • WpView
    Reads 6,115,148
  • WpVote
    Votes 152,756
  • WpPart
    Parts 38
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginya, perempuan hanyalah tempat untuk dia puaskan nafsu. Petik sahaja jari, pasti wanita akan beratur untuk melayaninya. Dengan rupa dan harta yang ada, dia mampu membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat padanya. Ya! Dialah Adam Mikhail. Seorang lelaki berhati batu yang sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi. Namun takpernah dia sangka yang dia akan dimalukan oleh seorang gadis kampung. Raihana Batrisya, cintanya ibarat dipijak-pijak oleh Taufiq apabila tunangnya itu sanggup 'menjualnya' pada Adam beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Dasar mata duitan! Sudahlah dia anak yatim piatu, dianiaya pula. Maruahnya hilang sebaik sahaja dia sah menjadi isteri Adam. Nama saja isteri, tapi layanan Adam terhadapnya adalah seteruk hamba. Raihana dijadikan tempat melempiaskan nafsu dan amarahnya sahaja. Akad yang terlafaz dengan dendam, Mahligai yang dibina dengan kebencian, Perkahwinan yang dihiasi dengan keperitan dan kesakitan, Mungkinkah masih ada sinar harapan? Start: 19 Oct 2016 End: 07 Dec 2016 Achievement: -1 in Random -2 Romance
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,218,905
  • WpVote
    Votes 272,119
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
Benci Tapi Sayang✔ by thealeesaaa
thealeesaaa
  • WpView
    Reads 1,253,088
  • WpVote
    Votes 57,862
  • WpPart
    Parts 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan pastikan kau yang melutut merayu pada aku nanti" - Melissa Adanni. "Dia yang nak kahwin sangat dengan aku kan? Biar dia rasa" -Hud Zahred. Siapa yang dipergunakan? Siapa yang memperguna? Siapa yang menang, siapa yang akan tersungkur jatuh cinta macam nangka busuk? Author tak pandai buat sinopsis. Tapi kalau nak tahu best ke tak, cuba baca dulu hehehe🙈 All right reserved©: thealeesaaa #1st in romance 31/8/2022 #1st in malay 3/11/2022 #1st in sayang 14/12/2022 #1st in general fiction 19/11/2024 (IN EDITING) 🚫NO COPYRIGHT ALLOWABLE🚫 #SecondStory
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,270,308
  • WpVote
    Votes 562,128
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
[C]✓Prince Aizack  by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 5,294,942
  • WpVote
    Votes 202,027
  • WpPart
    Parts 59
[Stand alone series] "To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH "Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZACK PRINCE AIZACK - Jejaka yang berkacukan Turkey dan berusia 28 tahun. mempunyai paras yang tampan dan mampu menarik perhatian sesiapa pun. seorang yang mempunyai segalanya. dingin dan sombong itulah dirinya. Disebabkan dendam terhadapnya telah memperangkap dia dengan sesuatu rancangan bodoh. disaat itu juga dia telah merampas sesuatu diluar kesedarannya. one night stand itulah yang dia hadapi dengan seorang gadis yang langsung tidak dikenali. DANEEN YADAWIYYAH - Gadis polos yang berusia 23 tahun. hanya seorang gadis yang berkehidupan sederhana tetapi mempunyai paras yang cantik. sangat cantik. happy go lucky itulah dia. Siapa sangka dia mempunyai sahabat yang telah memerangkap dia dengan satu kejadian yang langsung tidak disangka. dia yang dipaksa oleh sahabatnya untuk ikut hadir kesuatu pesta akhirnya berakhir tragedi hitam kepadanya. mahkota yang selama ini dijaga akhirnya dirampas begitu saja tanpa dia dalam kesedaran diri. "Kita Kahwin" - PRINCE AIZACK "Sampai hati kau Nia..." - DANEEN YADAWIYYAH "Maafkan aku Nee" - ZANIA WAREESYA Banyak lagi ujian yang datang, apakah akan terjadi kepada mereka? Amaran : (Mencarut) (Pembaca matang sahaja) (Cringe) (18SG) ⚠️ So Read on your own risk ⚠️ Tersangatlah clice
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,697,605
  • WpVote
    Votes 164,966
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 1,549,272
  • WpVote
    Votes 16,444
  • WpPart
    Parts 14
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝚂𝙰𝙳 𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴/𝚃𝚁𝙰𝙶𝙴𝙳𝙸/𝙰𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 𝙼𝚄𝙻𝙰: 18 𝙼𝙴𝙸 2023 𝚃𝙰𝙼𝙰𝚃: 6 𝙹𝚄𝙻𝙰𝙸 2023
TERBIT | Jika Harus Begitu by Jwayara
Jwayara
  • WpView
    Reads 5,715,883
  • WpVote
    Votes 50,028
  • WpPart
    Parts 19
"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?