Norked's Reading List
14 stories
Tren Cintamani by asyrafbakti
Tren Cintamani
asyrafbakti
  • Reads 639
  • Votes 36
  • Parts 2
Tren Cintamani. Cintamani adalah ular yang mengakar. Bisa dalam diam, sedap dalam dendam. Selamat membaca.
LORONG by LuqmanHakim94
LORONG
LuqmanHakim94
  • Reads 2,531
  • Votes 78
  • Parts 1
RASUK: ANTOLOGI CERPEN by LejenPress
RASUK: ANTOLOGI CERPEN
LejenPress
  • Reads 8,006
  • Votes 128
  • Parts 5
RASUK: Antologi Cerpen, 2014. Pembelian secara online: https://lejen.my/produk/rasuk Al Insan Hayamunnatik Manusia Itu Haiwan Yang Berfikir. Namun.... Manusia Itu Berfikir Menggunakan Akal... Maka Yang Berfikir Tidak Menggunakan Akal, Layakkah Mereka Digelar Manusia? Yang Berfikir Berpaksikan Syaitan, Patutkah Mereka Digelar Orang? Yang Berfikir Mengikut Nafsu, Apakah Perbezaan Mereka Dengan Hantu? Namun, Begitu Ramai Yang Berusaha Menyerupai Binatang Malah, Sanggup Menyembah Syaitan Asalkan Nafsu Kepuasan Langsung Tidak Memikirkan Bala Tuhan... Wahai Manusia Jangan Kerana Rasukan Nafsu, Kau Sanggup Menduakan Tuhan Yang Satu, Dan Tunduk Pada Syaitan Terkutuk...
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti by BukuFixi
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti
BukuFixi
  • Reads 87,736
  • Votes 1,083
  • Parts 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.
SEPULOH NAMA by LejenPress
SEPULOH NAMA
LejenPress
  • Reads 4,236
  • Votes 95
  • Parts 4
SEPULOH NAMA karya SAHIDZAN SALLEH, 2013. Boleh dibeli - secara online di: lejen.my/produk/sepulohnama Di IAM LEJEN SHOP, Subang. Atau di kedai buku terpilih. "Ia sebuah kisah yang mengingatkan saya pada dosa silam saya. Menyedarkan saya bahawa dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi. Gila yang cukup buat saya hidup dalam keadaan tanda tanya dan penuh penyesalan. 'Mengapa saya bertindak sebegitu?' 'Manusia lagi kah saya ini?' Soalan-soalan itu tak akan dapat saya jawab walaupun nyawa saya sendiri sudah melayang." - ?
DIARI SEORANG KULINGINEER HEBAT by ShafiqHelmi
DIARI SEORANG KULINGINEER HEBAT
ShafiqHelmi
  • Reads 15,493
  • Votes 365
  • Parts 26
Menjadi seorang engineer (jurutera) bukan lah yang seperti adik-adik semua bayangkan. Tak seperti yang digembar-gemburkan oleh ayah, pakcik, sekolah mahupun universiti. Gaji seorang engineer pun tak seperti yang semua jangkakan masa kini. Nilainya dah statik sejak 10 tahun lalu. Kalau ada yang bergaji lebih sikit pun hanya 2 daripada 10 saja. Tu pun duit banyak tapi masa tak ada, nak buat apa? Cerita ni pasal apa? Pasal kuli lah. Seorang Kulingineer! *jangan lupa hashtag #DiariSeorangKulingineer
Sumpah Sundal Sutinah by dhieyaAdlynna
Sumpah Sundal Sutinah
dhieyaAdlynna
  • Reads 133,535
  • Votes 6,631
  • Parts 24
"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah. "Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga "Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila "Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina *Bab Akhir untuk siaran wattpad sudah ada. InsyaALLAH, kalau ada rezeki akan ada versi cetak #sumpahSutinah. Sama-sama doakannya ya. Terima kasih juta-juta lemon pada korang yang sentiasa ikuti citer ini. Segala kekurangan itu semua datang dari saya. Mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang bersiaran di sini.
(Preview) PADA WAKTU WAKTU YANG TERHAPUS by LejenPress
(Preview) PADA WAKTU WAKTU YANG TERHAPUS
LejenPress
  • Reads 1,991
  • Votes 56
  • Parts 3
PADA WAKTU WAKTU YANG TERHAPUS karya SAHIDZAN SALLEH. Mikael merasakan segala-galanya masih normal sehinggalah dia terjatuh ke dalam telaga buta yang wujud di dalam sebuah kedai buku milik perempuan berambut biru. Kejadian itu telah menyebabkan Mikael terpaksa melalui momen-momen aneh dalam suatu jangka-masa yang mengelirukan. Pada Waktu-Waktu yang Terhapus - sebuah paranormal thriller yang melibatkan pembunuhan seorang pusher dadah, penyiasatan polis-polis korup, cinta pandang pertama, bebelan seorang isteri, kucing-kucing hitam yang berkeliaran, kedai buku yang enggan menjual novel-novel melayu - kesemuanya terperangkap dalam satu - dua - tiga relung waktu sa-orang Mikael.
(Preview) DUA NYAWA by LejenPress
(Preview) DUA NYAWA
LejenPress
  • Reads 596
  • Votes 16
  • Parts 1
Dikala manusia sejagat selesa dengan kemudahan yang ada - bertukar kata di WhatsApp, berkongsi jenaka di Facebook, memandu kereta idaman masing-masing, menikmati menu-menu lazat di kedai makan kegemaran, dan meluangkan masa bersama insan tersayang, - mereka digemparkan dengan satu berita yang tidak dijangka - yang kemudian mengundang tercetusnya huru hara. Keganasan menelan habis sikap ikhsan dan keperimanusiaan; meskipun mereka hanya insan biasa. Kerana mereka perlu menyelamatkan nyawa sendiri. Kerana mereka mahu terus hidup. Kerana mati bukan pilihan yang ada. Aliya, Dinda dan Vincent bertemu di tengah kemusnahan. Dan pada mereka, pertemuan itu hanya kebetulan. Tapi mereka silap. Ada agenda yang telah diatur. Segala kemusnahan yang berlaku hanya membuktikan satu perkara - setiap manusia itu hanya pentingkan diri sendiri.