my novels
8 stories
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,919
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,460
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 11
Novel Ke-2 Umie Nadzimah Usai... Aku Terima NikahNya Karyaseni Sinopsis Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikonkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sama, muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif , yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'Puterinya' tersenyum dan bahagia semula. Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya , apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih. Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun , yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah... Abang Is ;" Kau bukan yang prtama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..." Khalif: " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku..." Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku Terima Nikahnya...
Hantu Punya Bos! by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 38,599
  • WpVote
    Votes 1,010
  • WpPart
    Parts 16
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. “Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,333
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
suami ku si kasanova by ShahiraBehrang
ShahiraBehrang
  • WpView
    Reads 126,248
  • WpVote
    Votes 2,642
  • WpPart
    Parts 9
tengku Ariesyah Sofea binti Tengku Ibrahim Noor. merupakan seorang anak yang taat akan ibu bapa nya. di sebab kan perjanjian papa nya dan teman karib nye. die di jodoh kan dengan kasanova yang sudah cukup terkenal iaitu Tengku Aeril Zafriel. " jangan pernah sesekali kau pikir yang ak akan terima kau dalam diri ak. kau tak ad beza nya dengan perempuan kat luar sana. murah. ! kau jangan ingat kau akan bahagia ye. kau akn merana sebaik saja kite berkawin. " apakah Tengku Ariessyah Sofea akan merana , atau cinta yang datang menyelamat kan nya.
Darissa by jueeeruza
jueeeruza
  • WpView
    Reads 168,516
  • WpVote
    Votes 4,584
  • WpPart
    Parts 23
Kau fikir kahwin muda ni senang?! Dulu dikenali sebagai: Cikgu Aku Handsome! *line story masih sama * Sorry i tak pandai nak buat description bagai. OK bye
WARNA CINTA by eyeshah92
eyeshah92
  • WpView
    Reads 43,746
  • WpVote
    Votes 1,235
  • WpPart
    Parts 9
KYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun kehadiran seorang anak kecil membuatkan Kyra teringat akan luka lama.. dimanakah pengakhirannya?? Jom sama-sama baca cerpen pendek ini...
Menantu 'Mithali' by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 24,142
  • WpVote
    Votes 808
  • WpPart
    Parts 15
Aku mempunyai masa silam yang penuh dengan dosa. Perkenalan aku dan Andy bermula di kelab malam. Tak sangka, aku akan jatuh hati pada Andy. Di saat hendak meluah, muncul pula Mason sebagai pengganggu. Mason tu siapa? Kekasih aku? No! Dia kekasih Andy! Aku pun terbelalak melihat adegan mesra mereka di depan mataku. Tak jadi aku hendak meluah perasaan sebab Andy rupa-rupanya seorang gay! Tapi dia baik. Di saat aku kehilangan segalanya, Andy sanggup menghulurkan bantuan. Dia bawa pulang aku ke rumahnya. “Andy, can I stay here?” ~ Aku “Of course you can. I cadang pun memang nak ajak you stay dengan I kat sini since that you’re a homeless girl now...” ~ Andy. Di rumahnya, ingatkan, dapatlah aku hidup tenang. Satu hari, dia mengadu sesuatu kepadaku... “I susah hati ni. Mama nak suruh I kahwin,” ~ Andy Padaku, ini peluang baik! Satu, disebabkan aku homeless. Dua, disebabkan aku ada hati pada dia dan ketiga sebab aku nak ubah dia jadi lelaki sejati! Jadi aku melamarnya! Tapi, kata-kata Andy yang seterusnya merentap tangkai hatiku... “Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ Andy. Daripada sikapku yang hantu ini, aku kena bertukar menjadi menantu paling mithali? Berjayakah aku mengubah perangai hantu aku ini? Bagaimana pula dengan Mason dan Andy?