addicted novel
5 stories
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,271,906
  • WpVote
    Votes 562,137
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Milik Engkau Saja by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 143,699
  • WpVote
    Votes 3,691
  • WpPart
    Parts 17
Novel ready stock! Boleh dapatkan di tiktok aciklana000 Buku tebal giler, harga RM38. Now promo RM30 only!
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,331
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
BILA TERLAJAK SAYANG... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 25,409
  • WpVote
    Votes 682
  • WpPart
    Parts 14
Karya ke-6 Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang... Sequel Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR 2) Sinopsis Mereka digelar pasangan paling romantik, macam belangkas, tak berenggang. Yup...begitulah realitinya, rukun dan penuh kasih sayang rumahtangga dia orang. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang ”~ Tajul Razin. “Iyalah tu, tipu jaga!” Indah Halina selalu mengusik tetapi dalam hati penuh kepercayaan pada si suami. Adat manusia , bila bahagia ada-ada sahaja yang tidak puas hati, dendam sana sini... “Apa buruk , kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?”~ Indah Halina “Indah tak ada satupun kurang. Indah tetap bidadari abang”~ Tajul Razin Indah Halina keliru. Kata sayang separuh nyawa tetapi... Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan . Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin pertingkatkan tahap imannya, sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. “Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi...Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sungguh-sungguh hati bro”~ Tajul Fahin masuk campur semula . Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilepaskan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka pabila dengan tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,501
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.