Romance💘
72 stories
𝙁𝙤𝙧𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨  (Og) by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 12,132
  • WpVote
    Votes 1,074
  • WpPart
    Parts 22
KASIH ARDINA, dia adalah seorang perempuan yang sangat takut dengan cinta. Sebab apa? sebab kekurangan yang dia ada. Kerana trauma yang dialami dulu, Membuatkan dia takut nak berkahwin. dia takut jika lelaki yang dia sayang tidak terima dengan kekurangannya. DARREN DAWSON, seorang doktor dan dia juga adalah kawan karib kepada Arthur dan juga Ethan. Buat kali pertama dia berjumpa dengan Kasih. Dia rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Senang kata, dia telah jatuh cinta. Walaupun gadis itu jauh beza umur dengannya. Dia tetap akan cuba untuk mengambil hati gadis itu. Pada mulanya dia sukakan kasih kerana gaya dan rupa gadis itu. Tapi setelah dia dapat tahu kisah silam Kasih. Niatnya untuk menghalalkan gadis itu kerana dia ingin menjaga Kasih dengan baik. Darren tahu betapa susahnya nak hidup dengan trauma yang Kasih hadapi. Jadi Darren ingin bawa Kasih keluar dari trauma nya. "Kasih, listen to me, Siapa pun awak. Saya tetap akan terima. Saya tahu jarak umur kita jauh. Ya, sangat jauh. Tapi saya tak kisah semua tu. Saya cuma nak awak je." - Darren Dawson. "Tapi..." - kasih "Jangan risau, tok kadi. Majlis, semua lah. Biar saya yang settle kan. Awak cuma datang, siap-siap dan terus jadi isteri saya. Senang kan?" - Darren Dawson. Mudah, benda senang. Kenapa nak susahkan? Kasih tak mampu? Takpe dia lebih dari mampu. Setakat majlis tu, dia sorang keluarkan duit pun takpe. Asalkan Kasih jadi miliknya. Itu sahaja yang dia nak. "Darren, aku tak nak kau tanggung risiko. Aku ni bukan hidup sama macam kau. Aku ni hanya pekerja cleaner dekat hospital kau je. Aku tak nak orang buruk-buruk kan kau. Aku ni nak kata pandai, haha jauh sangat. Setakat baca abc tu aku tau lah. Kalau nak..." - Kasih Ardina Jangan cakap banyak boleh? Terima saya, dan kita kahwin." - Darren Dawson ⚠️ Cringe ⚠️Kalau tak best, tak payah baca okay? 👍🏻☺️ Start : 11/7/2024 End :
Love, Plus Size [ OG ] by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 99,133
  • WpVote
    Votes 1,195
  • WpPart
    Parts 5
Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang sempurna, dan dia tidak pernah merasa jijik dengan Aisyah walaupun gadis itu sering merendah diri. Aisyah merasa dirinya tidak layak untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Sejak di sekolah lagi, dia sering dibuli dan dihina oleh rakan sekelasnya. Malah, selepas tamat sekolah, dia masih terus dihina, bahkan lebih teruk lagi. Oleh kerana itu, Ariq bertekad untuk menjadikan Aisyah sebagai isterinya. "Jadi isteri saya, Aisyah. Saya janji akan menjaga awak," kata Ariq. Aisyah tergamam mendengar kata-kata itu. Dia sungguh tidak sangka bahawa seorang lelaki kacak seperti Ariq mahu melamarnya untuk dijadikan isteri. "Saya tak layak untuk awak, Ariq," kata Aisyah, takut bahawa tawaran Ariq hanyalah satu penipuan. "Please, Aisyah, terima saya. Saya tidak tipu. Saya betul-betul mahu awak jadi isteri saya. Percayalah," rayu Ariq. "Saya takut," jawab Aisyah. "Jangan cakap begitu, sayang. Saya akan buktikan kepada awak bahawa saya benar-benar mencintai awak," kata Ariq. 'Sebab saya terima awak seadanya seadanya, Aisyah' Start - 17/04/23 End -
Tuan Rafayel, Duda Kasanova by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 937
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 3
Sinopsis Tuan Rafayel, Duda Kasanova Pertemuan secara tak sengaja ketika Tuan Rafayel dating bersama girlfriendnya, membuatkan dirinya gila bayang. Tidak mengenali, namun hatinya seakan terpaut dengan seorang gadis ayu bertudung litup itu. Takdir ternyata memihak kepadanya, mudah saja dia dapat menemui gadis yang berjaya menjadikan dia seorang kasanova yang mahu pencen. Bila sang gadis sudah di depan mata, dia sambar. Tak kiralah gadis itu siapa! Meskipun Mayang Kesuma adalah seorang bibik. Berbeza taraf dengan dia. Satu lamaran dibuat supaya Mayang Kesuma kekal dalam pemerhatiannya, dia nekad rampas bibik comel itu daripada tuan rumah lama Kesuma. Kedengaran lucu, bukan? Bibik orang lain pun dia nak. "You lambat sangat kenapa? I tunggu berejam. Nak I suruh Zayne pecat you ke?" - Tuan Rafayel "Maaf, Tuan Rafayel. S... saya sakit perut tadi, tu lambat. Janganlah sebab ni tuan hasut majikan saya." - Kesuma Suka sangat menyakat, Tuan Rafayel terhibur. Seronok bila berada dekat dengan Kesuma. Hai, duda kasanova ni kalau tak gatal tak sah! "Tuan, kenapa pandang saya je? Tuan ada masalah mata ke? Nak saya tengokkan? Manalah tahu saya boleh bantu..." - Kesuma "Mata I dah terpanah dengan kecantikan you, sayang..." -Tuan Rafayel Tak dapat dikikis sikap kasanovanya, dengan Kesuma pun dia balun dengan ayat-ayat manis. Bikin hati Kesuma libang libung pula. Bila segalanya nampak indah dan sempurna. Tuan Rafayel alpa, ada satu rahsia yang tersimpan rapi namun masih belum terbongkar. Kesuma yang didamba, semakin menjauh dari gapaiannya. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup? Apakah yang terjadi di antara mereka? Gorgeous cover by @PutraRiez
ANEEQ : PLAYBOY OBSESSION [EBOOK] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 24,693
  • WpVote
    Votes 1,315
  • WpPart
    Parts 5
Pernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. Tak pernah terlintas langsung di hati mereka untuk jatuh cinta pada semua gadis tersebut. Ya, begitulah kisah seorang jejaka berumur 25 tahun yang bernama Aneeq Nufael. Kerap kali ditegur oleh ibunya agar tidak mempermainkan hati perempuan. Namun, biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Oleh itu, Puan Anessa telah berbincang bersama suaminya untuk menjodohkan Aneeq bersama anak kawannya. Pada awalnya Aneeq tidak menerimanya kerana Puan Anessa memberitahunya bahawa gadis tersebut lebih tua dari Aneeq. Namun setelah bapanya memujuknya, akhirnya dia akur. Dia juga tidak sanggup melihat kekecewaan di wajah ibubapanya. "Wow.. mummy.. i met.. angel?" - Aneeq Nufael Fikirnya penjodohan ini tidak berjalan lancar kerana Aneeq langsung tidak ikhlas menerima perjodohan ini. Namun setelah dia bertemu empat mata bersama gadis itu, ada satu getaran dihatinya. Tidak sangka gadis tersebut sangat lemah lembut dan pandai menjaga dirinya kerana perempuan tersebut berpakaian bertutup litup. Sangat jauh dengan sangkaannya. "Maaf sebab saya setuju dengan perkahwinan ni.. saya buat demi mak saya.. kalau awak.. tak setuju, kita bol--" - Nureen Alesha "Aip. Siapa kata? Saya dari awal lagi dah setuju dengan penjodohan ni.. lepas je saya dengar nama awak, saya merasakan ada satu getaran dalam jiwa saya.. kuat betul eh jodoh kita?" - Aneeq Nufael Obses. Ya. Dia makin obses pada gadis itu selepas mereka diijabkabulkan. Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance, sexy storyline and mature content. ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
MALIQUE : FIRE OF MY HEART [EBOOK] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 14,446
  • WpVote
    Votes 1,168
  • WpPart
    Parts 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hatinya merasakan ada sesuatu dalam diri gadis itu.. Adakah.. cinta pandang pertama? Disaat semua orang menjarakkan diri mereka dari Humaira kerana kekurangannya dari segi kesihatan, Malique pula setia mendekati gadis itu sehingga dia tidak sedar bahawa hatinya sudah bertaut pada gadis itu. "Abang ada coklat bar tak?" -Cinta Alhumaira "Coklat bar? Maira nak makan coklat ke?" - Malique Mikhael "Tak.. Maira nak tengok badan abang. Orang kata abang bomba ada coklat bar dekat badan kan?" - Cinta Alhumaira Tergandah Malique dibuatnya tatkala sikap 'innocent' gadis itu membuatkan dia sesak nafas. Dari awal perjumpaan sehingga sekarang, gadis itu sentiasa 'menggodanya' dengan sikap polosnya. "Maira nak kahwin dengan abang." "Kita kahwin esok boleh tak abang?" "Takpa ke abang kiss Maira? Kalau esok Maira mengandung macam mana?" Bertabah sahaja Malique dengan sikap agresif gadis itu. Memang la gadis itu innocent dan polos. Tapi cara dia meminta sesuatu pada Malique membuatkan Malique makin berdebar! Dan Malique yakin.. dia juga tidak sabar ingin memiliki gadis itu secara mutlak. Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance and sexy storyline. Mature content. 🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
HER SWEETHEART ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 87,632
  • WpVote
    Votes 5,477
  • WpPart
    Parts 72
REPUBLISH (COMPLETE) Dikenali sebagai Biar Ku Pendam Semua Pencapaian - The Popular Besties Award 2019 , tempat ke 4 Romance Exanderawards2019 Nur Arina - Dia hanyalah seorang kakak angkat kepada seorang jejaka bernama ayyan irhan. Bukan pilihannya, tetapi kehendak jejaka itu memaksa dia menerima pelawaan itu. Tak disangka, sepanjang tempoh hubungan itu, dalam diam hatinya mulai tersentuh dengan kehadiran sang jejaka. Rasa sayang mulai tumbuh sehingga dirinya merasa benci memiliki perasaan ini kepada si dia. Pernah dia angankan untuk meluahkan segala perasaannya kepada ayyan, namun begitu belum sempat ruang itu terbina. Segalanya tercantas sehingga dia terkaku menerima takdir ilahi. Ayyan Irhan - Seorang jejaka yang begitu menyayangi nur arina. Bukan sebagai kekasih tetapi cukup sekadar dia berteduh mengait kasih sayang seorang kakak. Dia sanggup menjadi hero buat arina, asalkan perempuan itu bahagia. Namun, kasih arina menjauh secara mendadak, tanpa sempat dia ketahui apa puncanya. Dia keliru. Dia tidak mahu arina menjauhi dia. Dia merasa kehilangan yang sangat menyeksa jiwa dan raganya. Sebagai jejaka, dia melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan arina semula. Dia inginkan arina rapat dengannya seperti dulu. Dan... Tanpa diduga, sesuatu peristwa berlaku, dan mengubah segalanya... Perasaan cinta tetap terpendam ataupun akhirnya melepaskan diri? Adakah ruang bahagia akan bersinar di antara mereka ataupun, air mata? Cinta... Walau terpisah oleh waktu, Rasa hati ini tetap tidak mampu terbang pergi, Sepertimana aku rindukan wajahmu, Tika kita terpisah dibawa angin sepi. Novel ini hak milik saya. Dilarang ciplak. Berdosa. Start : 2/5/2019 END : 29/12/2019 (Will update sikit demi sedikit) Cover by : @amshalis
𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐫 𝐃𝐮𝐝𝐚 | 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤√ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 33,462
  • WpVote
    Votes 816
  • WpPart
    Parts 12
SAD ENDING 🚩 Complete Ebook√ Aryana terpaksa mengajak Tengku Hayden, duda jutawan itu agar mengahwininya kerana ingin dilindungi oleh lelaki bergelar suami. Dia terdesak, hanya Hayden yang dia percayai ketika itu. Kerana malam pertama, rahsianya terbongkar. Hayden membencinya. Kasih sayang dan layanan baik yang diharapkan hanya tinggal angan. "Berapa ribu kau dapat dari Aryan?" Tuduhan suaminya tidak berasas. Bila diceritakan perkara sebenar, Hayden berkeras tidak mahu mempercayai kerana hatinya terlanjur luka. Trauma kerana dikhianati cinta oleh bekas isterinya, Helena telah membuatkan dia membenci Aryana separuh hati sehingga dia tergamak menghalau Aryana pergi. Tengku Aryan, lelaki durjana itu cuba memusnahkan rumahtangga Hayden dan Aryana. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menghancurkan kebahagiaan mereka berdua. Apabila kesumat dendam itu terlunas, Aryana ditimpa kecelakaan yang sangat menyayat hati. Semua perbuatan terkutuk Tengku Aryan terbongkar, Tengku Hayden jatuh terduduk. Kesalahan menuduh isterinya akhirnya kembali memakan diri. Tubuh isterinya tersadai lemah dengan luka berdarah itu merentap jiwanya. Tika itu, dunianya gelap. Khilafnya menggunung. Nyawa isterinya dalam bahaya, dia kemungkinan tidak sempat menyelamatkan sang isteri jika dia terlambat bertindak. Adakah perkahwinan kedua ini berhujung bahagia? Ataupun Aryana hanyalah isteri pinjaman dari Allah? Cover by : BellonComell
HIS MAFIA SIDE [C] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 546,590
  • WpVote
    Votes 15,332
  • WpPart
    Parts 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?
𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUS by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 6,517
  • WpVote
    Votes 742
  • WpPart
    Parts 8
STOP UPDATE/HIATUS! Isya Insyirah x Noah Mikhael First Collabaration (Fahizah_Reena & _Syafiera) Setelah sekian lama tidak bersua, aku dipertemukan kembali dengan si dia. Si dia yang pernah aku puja, Noah Mikhael.Tidakku sangka, wajahnya kacak betul.Tapi sayang seribu kali sayang, dia 'bisu' rupanya... Seribu patah aku cakap, sepatah saja yang dibalasnya. Tok Ma dan mama Mikhael ingin jodohkan kami, dan aku dengan rela hati menerimanya walaupun sedikit ragu dengan kuputusanku itu. Ragu andai kami berumah tangga, hanya cengkerik yang menjadi peneman kami berdua. Belumpun diijabkabulkan, aku bagaikan sudah 'ditalak'. Jawapan 'No' yang terbit dari bibir itu sedikit sebanyak membuatkan hati terasa seperti dicampakkan ke lantai tanpa belas kasihan. "Lambat awak balik harini. Isya baru ingat nak makan malam sama-sama dengan awak."~Isya "Aku dah makan."~Mikhael Setiap hari, aku makan hati. Dia sibuk dengan kerjayanya sebagai doktor, aku pula terkial-kial dirumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Itupun atas suruhan dia. Aku yang agak gila-gila perangai, makin lesap sedikit demi sedikit. Habistu, apa yang perlu aku buat jika hanya aku saja berbicara didalam istana kami itu, dia pula?Sering tidak mengendahkan aku. Aku juga manusia biasa, walaupun banyak bersabar pasti kesabaran itu menipis dari hari ke hari. Sepertinya dalam tempoh perkahwinan kami, sedikitpun tak membuahkan rasa cinta dihati dia buat aku... Dan aku...Terpaksa memilih untuk pergi. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan untukku... Credit cover by @flwrpark Start : 15 nov 2020
Derita Dalam Bahagia (OFFICIAL EBOOK)✔️ by paejahhhhhhhh
paejahhhhhhhh
  • WpView
    Reads 1,864,918
  • WpVote
    Votes 5,751
  • WpPart
    Parts 7
EBOOK VERSION ‼️ LEBIH DARI 200 NASKAH TERJUAL 🌷 Siapa sangka, pertemuan aku kembali bersama si Dia membawa aku ke pernikahan kali kedua. Dia mahukan aku kembali hanya kerana dendam yang masih tersemat di sudut hati seorang lelaki. Adam. Megat Adam. Ya, dia bekas suamiku. Yang membuang dan menghina benihnya yang disemai di dalam rahimku sendiri. Hanya kerana terlalu beremosi dan hasutan ibu mertuaku bercampur aduk, tanpa dia peduli rasa cinta dan sayang buat diriku, langsung dia melafazkan talak kepada aku. 5 tahun membawa diri, membesarkan anak seorang diri, tidak pernah ku duga nasib ku masih tetap tererat bersama si Dia. Memerangkap aku dengan cara yang tidak elok. "Awak kahwin dengan saya dan rancang semua ini untuk apa?" - Hana Filzah "Masih tanya lagi? Alang alang dah ada peluang yang selama ini aku tunggu. Tak akan aku nak lepaskan? Hana, im waiting for this a long time. Bodoh kalau aku lepaskan." - Megat Adam Dalam membadai yang melanda diriku, aku dikejutkan dengan niat Adam memperisterikan kekasihnya yang sudah lama menjalinkan hubungan sebelum dia kembali bersamaku, membuatkan diriku semakin rasa sesak dengan pelbagai rasa. "Raisha tak akan kahwin dengan suami orang. Atau lebih tepat dengan bapak orang! Kalau Hana pun dia mampu buat apatah lagi Raisha bila dah kahwin dengan dia nanti?" - Raisha Natalia. Tidak pernah sekali pun berhentinya doa dari hatiku untuk Allah sentiasa mengaturkan yang baik-baik buat diriku dan Adam. Ya aku masih sayangkan dia. "Saya nak lamar awak dulu sebelum saya suruh mama saya hantar rombongan meminang. Saya harap jawapan dia adalah ya. Saya masih belum buka hati saya pada mana-mana perempuan kecuali pada awak." - Yusuf Mishari. Aku tidak berharap jalan hidupku adalah sebuah kisah yang bahagia, namun aku juga tidak mengharap untuk terus derita dalam bahagia.