SETIA
LARIMS
- LECTURAS 1,528
- Votos 140
- Partes 22
Alena merenung jam pada hand phone nya. Jam sudah menunjukkan pukul lima tiga puluh lima minit pagi, menandakan lagi dua puluh minit azan akan berkumandang.
Alena terus bangun dan mencapai tuala yang disangkutnya di dalam almari.
Dia menyarungkan baju kurung bercorak bunga kecil dibadannya. Tudung labuh disarungkan dikepalanya untuk menutupi auratnya. Stokin yang baru yang berwarna pink turut disarungkan di kakinya yang mulus.
Alena terus menuju ke halaman rumahnya.
"Alah gelapnya! Kasut mana kau? Kasut kat mana? Kasut kasut kat mana?"Alena mencari kasutnya sambil menyanyi lagu Taufik Batishah.
"Haa jumpa pun! Kat celah celah pula kau ni! Aminah lah ni , kasut tak reti nak susun betul. Habis kasut den jadi mangsa celah" Alena mengomel.
Dia terus memakai kasutnya.
Pintu dikuncinya sebelum menuju ke masjid. Dia hanya berjalan kaki. Lebih afdal. Telekungnya diletakkan dicelah ketiaknya.
Hari ini dia terpaksa pergi ke masjid seorang diri kerana kawan baiknya Aminah, pulang ke