My Reading List (1):
8 stories
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit) by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 31,369
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 30
Terdahulu, cerita ini disiarkan dengan memakai tajuk 1941. Cinta itu, sebuah perjalanan cerita hati tanpa noktah. Dan kau, akan selalu ada dalam tiap halaman cerita hatiku. Sepahit permulaan sejarah 1941 Tanah Melayu. Sepahit itulah rentetan sejarah antara mereka. Pertemuan itu tidak seharusnya muncul andai sudah kau tulis sebuah perpisahan. Namun, bukankah hati ini lebih berhak memilih? Setiap bushi punya pedangnya. Sekiranya pedang itu dikembalikan bersendirian, bererti pahlawan bushinya sudah pergi atau tewas. Atau... katana itu sendiri yang telah membunuh bushinya. Penghujung cinta mereka bukan pengakhir bahagia yang dicari. Sesungguhnya, bahagia paling indah, apabila cinta itu kembali ke sisi. "Ya, benar kerana Nippon. Dan sekarang apa perlu kami meraih simpati pemerintah Nippon?" ~ Melur "Dan, saya tidak lupa ingatkan kamu dulu... tidak semua Tentera Imperialis kamu boleh percaya."~ Leftenan Akashi Surat-surat dari Nagasaki mengungkap semua. Kisah cinta terlarang yang dilarang. Kisah kasih yang tidak kesampaian. Namun yang terindah tentulah, kisah cinta manis seiring dengan masa. [Pemenang Anugerah Wattys 2019 kategori Fiksyen Sejarah] Mula : 14 Oktober 2018 Tamat : 26 Mei 2020 ~~ 🍀🍀🍀 ~~ Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh terus DM saya atau Kaksu: 019-262 4380
MEI LIN by cerpenathebrokensoul
cerpenathebrokensoul
  • WpView
    Reads 9,612
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 33
Kisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang besar berlaku didalam keluarganya. 13 Mei 1969 tarikh itu menyaksikan kehilangan orang yang dia kasihi yang mengubah perspektif keluarganya terhadap orang melayu, menyebabkan kehilangan yang lebih besar, dia dibuang keluarga dan hilang kewarasan, hilang peluang ke universiti iaitu cita-citanya dari kecil dan hilang Hassan, pujaan hatinya. Namun yang Maha Kuasa punya perancangan yang lebih baik, dia tidak membiarkan hambanya tergapai-gapai hanyut, Zain hadir dalam hidup Mei Lin, Pemuda melayu yang boleh dikategorikan sebagai bujang terlajak itu menjadi penyelamatnya. Saling melengkapi, keluarga kecil Mei Lin @ Maryam dan Zain dianugerahkan Mysara dan Jefri. Kisah Mei Lin ini menyelusuri sejarah Malaysia selepas tragedi 13 Mei dan kisah-kisah kelompok kecil didalam masyarakat yang mahukan perpaduan dan perubahan kearah Malaysia yang lebih jaya.
Ramesses II by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 6,080
  • WpVote
    Votes 367
  • WpPart
    Parts 5
Barangkali dia dihukum lantaran perasaannya terhadap Adrian. Mereka saudara sekandung tidak seharusnya memiliki hatta sebesar hama perasaan demikian. Tetapi daripada Adrian dia kenal segala. Malah daripada Adrian bercambah rasa cinta terlarangnya. Untuk hadiah hari lahirnya yang ke-20, Ivy terlalu mengimpikan percutian ke Mesir. Buat pertama kali Ivy menjejaki tanah milik dewa-dewa teragung tamadun Mesir Purba. Kekagumannya berganda apabila berpeluang melihat kerja-kerja penggalian pasukan Egyptology di tapak arkeologi. Tanpa sesiapa sedar antara serpihan purba torso yang ditemui masih tersimpan sumpahan dahulukala yang belum dimusnahkan. Ivy hilang dari pandangan semua. Dalam era rejim Raja Seti dari dinasti ke-19, Mesir Purba di situlah Ivy tercampak. Dia ditemui di sebuah padang pasir tandus oleh sekumpulan pedagang hamba abdi. Kemudian dibeli pula oleh seorang pembesar Mesir sebagai satu kepentingan. Kepentingan untuk dipergunakan dalam komplot menghapuskan waris terpenting takhta Raja Seti iaitu Putera Ramesses II. "Siapa kamu?" tanya Putera Ramesses kagum pertama kali bertemu mata dengan gadis berkulit putih bak porselin, berambut perang emas dan memiliki sepasang mata biru laut menawan. N-E-F-E-R-T-A-R-I Ivy nampak bibir Jeneral Kheti menuturkan tanpa suara dari jauh di salah satu tiang pilar besar. "Mengarut! Saya tidak akan sekali-kali jadi gundik kamu!" jerit Ivy histeria. "Hantar saya ke sempadan!!" pekiknya lagi. Semakin keras Ivy mendesak, semakin keras jua hati Putera Ramesses untuk tidak melepaskannya pergi. Berapa lama kah Ivy harus terperangkap di istana Kota Thebes? Berjaya kah dia kembali ke dunianya? Seterusnya kembali ke pangkuan bapa dan Adrian? PEMBERITAHUAN : Suka dimaklumkan, bahawa ini bukan kesinambungan RAMESSES. Sebaliknya RAMESSES II adalah 'revamp' daripada cerita terdahulu. Jika ada persamaan, mungkin nama-nama watak saja. Harap maklum Mula : 1 Ogos 2019 Tamat :
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,642,692
  • WpVote
    Votes 480,152
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
JASMIN by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 52,489
  • WpVote
    Votes 3,643
  • WpPart
    Parts 33
Kehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rahsia. Namun Shila adalah peneman setia yang selalu berusaha membantu Min keluar dari belenggu gilanya. Megat pula mengesyaki sesuatu cuba meleraikan segala persoalan di dalam kepalanya, terutamanya tentang Maya. 'Suatu hal yang disangka selesai, tidak semestinya sudah selesai' Status-Completed.... 🌟
Sebelah Sayap by NajwaAsyiqin
NajwaAsyiqin
  • WpView
    Reads 8,554
  • WpVote
    Votes 741
  • WpPart
    Parts 14
Mana ada manusia yang takde masalah. Mana ada manusia yang suka buat jahat. dan tiada manusia yang suka ke neraka. Ketakutan dan harapan ibarat sepasang sayap. Dan kau perlu kedua-duanya untuk terbang. Kerana, Mana mungkin kau dapat terbang dengan sebelah sayap. -First try- -N.N.A- Saya akan siapkan jugak cerita ni!! Sooner or Later!
Milik Engkau Saja by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 143,706
  • WpVote
    Votes 3,691
  • WpPart
    Parts 17
Novel ready stock! Boleh dapatkan di tiktok aciklana000 Buku tebal giler, harga RM38. Now promo RM30 only!
USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,460
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 11
Novel Ke-2 Umie Nadzimah Usai... Aku Terima NikahNya Karyaseni Sinopsis Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikonkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sama, muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif , yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'Puterinya' tersenyum dan bahagia semula. Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya , apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih. Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun , yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah... Abang Is ;" Kau bukan yang prtama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..." Khalif: " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku..." Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku Terima Nikahnya...