TiyaBella's Reading List
21 stories
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 239,259
  • WpVote
    Votes 9,208
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
Jika Kau Yang Memiliki by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 62,925
  • WpVote
    Votes 3,544
  • WpPart
    Parts 53
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 3 Mac 2025 End:-
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,057,435
  • WpVote
    Votes 92,153
  • WpPart
    Parts 56
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Aku Bukan Isteri Simpanan 2  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 547,549
  • WpVote
    Votes 16,635
  • WpPart
    Parts 34
Kehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan kesihatan Syazira yang tidak menentu. Jalinan hubungan mereka semakin jarak sehingga Syazira terpaksa menyembunyikan kesihatan dirinya daripada diketahui Adam. Hal ini membuatkan Adam sakit apabila dia terjumpa Syazira dengan seorang lelaki sedang berseronok di sebuah kawasan. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah yang berlaku kepada rumah tangga Syazira dan Adam? #35 in romance #39 in romance #45 in romance #87 in romance
Bukan Yang Sempurna by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 478,418
  • WpVote
    Votes 13,964
  • WpPart
    Parts 37
Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar namun hatinya tetap seorang wanita. Yang mampu menangis dan kecewa. Izz Ilham pula lelaki yang suka menggangunya. Hari berganti hari membuatkan perasaan kasih dan sayang mulai muncul menyapa diri. Ah! Indahnya bercinta dan berkasih sayang. Akhirnya perkahwinan mereka didirikan atas dasar cinta. Satu persatu terjadi yang membuatkan Dhia Aryana bingung. Apa yang menyebabkan Izz Ilham berubah? " ketakutan yang paling besar bukanlah sewaktu saya kehilangan awak. Tapi ketakutan yang paling besar dalam hidup saya adalah saat melihat awak tidak bahagia. " - Izz Ilham. Apa yang terjadi? Apa yang meracuni fikirannya? Highest ranking #88 in romance
Jodoh I Encik Sweet by Zeefarha
Zeefarha
  • WpView
    Reads 2,296,323
  • WpVote
    Votes 69,934
  • WpPart
    Parts 75
"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mudalah. Kan nampak sweet" - Afi "Hmm, akan dipertimbangkan. Tunggu aku solat istikharah dulu ek" - Aiqa "Aku tak kisah sampai bila perlu tunggu kau. Janji kau akan jadi milik kekal abadi Mohd Shah Afiq" - Afi Akhirnya mereka disatukan juga atas restu kedua-dua keluarga selepas lebih kurang tiga tahun Aiqa dilamar oleh Afi . "abanggggg" - Aiqa "Ye sayang" - Afi "abang sayang, sayang sayang sayang tak?" - Aiqa "Gila wei tak sayang sayang abang yang cantik comel lagi super gorgeous ni" - Afi Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh mereka. Sanggupkah mereka hadapi semua dugaan itu bersama?
Sesal  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 563,445
  • WpVote
    Votes 15,544
  • WpPart
    Parts 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tidak terkata. Sara Irdina tabah menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun pelbagai perkara dilakukan Haridz Hakimi yang menyakiti hatinya. Hari berganti hari membuatkan hati masing-masing berpaut. Cinta yang mereka rasakan tidak dapat untuk diungkap. Namun sekali lagi , hatinya disakiti. Membuatkan dirinya merana bersama anak-anaknya. Bagaimana Sara Irdina sanggup menghadapi cabaran dengan perangai Haridz Hakimi yang berubah-ubah?
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,768
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
KAU? CEO AKU? by MayaRahman93
MayaRahman93
  • WpView
    Reads 677,704
  • WpVote
    Votes 9,587
  • WpPart
    Parts 18
Dari seorang majikan yang egois bertukar menjadi seorang suami? bertahankah Aisya dengan piliham keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" -fatini "CEO kita tu SUAMI awak kan?! " - Amira "Awak, nak pergi honeymoon tak?" - Aisya "Kalau kau nak pergi, pergi lah sensorang. Kalau nak pergi dgn aku, honeymoon kita dkt lobby office"- Danial Firdaus
Encik Playboy by Kimchimansae
Kimchimansae
  • WpView
    Reads 250,705
  • WpVote
    Votes 6,884
  • WpPart
    Parts 41
Hanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia senang untuk mengahwini sEseorang gadis.Walaupun dia berjaya mendapatkan gadis itu tetapi dia gagal untuk memperoleh cinta gadis yang kini bergelar isterinya. Tanpa sedar,dia benar-benar telah jatuh cinta dengan gadis itu dan berusaha untuk mendapatkan gadis itu semula.Tetapi apakah yang akan terjadi apabila gadis itu mendapat tahu niat sebenar suaminya selama ini? Firash mencari perempuan lain semata-mata ingin menyatukan kembali cinta antara Isya dan juga Faiq yang sekian lama putus akibat dirinya sendiri.Tetapi cinta tidak boleh dipaksa.Walaupun Firash menolak sekeras-kerasnya cinta Isya,Isya masih lagi tetap setia bersama dengan Firash walaupun ketika itu dia tahu Firash ada perempuan lain. Apakah kesudahan cinta antara Isya dan juga Firash?Adakah jodoh mereka masih kekal?Semuanya dalam Encik Playboy⭐