cacachobewi's Reading List
46 stories
[C || TERBIT] FLEUR SOPHIA || THE BEAUTIFUL BEGINNING by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,477,375
  • WpVote
    Votes 1,917
  • WpPart
    Parts 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh keluarganya. Sejak dia lahir, tak pernah sekali pun dia pergi ke Malaysia tetapi selepas 14 tahun, dia dan ibu kandungnya berpindah ke Malaysia kerana perkahwinan ibunya bersama dengan seorang jejaka melayu. Bermacam ragam dan perkara yang dilalui oleh Fleur untuk sesuaikan dirinya di tempat baharu tambahan pula dalam sekelip mata sahaja dia sudah dapat 5 abang! Macam mana agaknya hubungan dia dengan abang - abang tirinya?
C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJA by yami_kage
yami_kage
  • WpView
    Reads 9,406
  • WpVote
    Votes 727
  • WpPart
    Parts 35
Puteri Shiori Kirazz, Adrienne Amabelle dan Eun Ji ialah tiga orang sahabat yang sudah berkawan sejak mereka masih kecil lagi. Namun, disebabkan masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga, mereka terpaksa berpisah dan hubungan persahabatan mereka mula menjadi regang. "𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚" Di situlah hubungan erat yang terputus lama dijalinkan semula.. Tapi bukan itu sahaja. Persekolahan mereka di situ bukan sahaja menyatukan mereka bertiga malah, ia menjadi titik permulaan lepada satu pengembaraan dan pengalaman baru yang tidak mungkin mereka dapat rasai sekiranya mereka melepaskan peluang tersebut. Ikuti kisah ketiga orang puteri ini dan rakan-rakan baharu dalam hari-hari mereka di sekolah tersebut! _________________________________________ Hai, Rikuto Rai / Ria-kun di sini! Nampaknya korang dah jumpa buku kedua yang aku tulis dan disebabkan itu, selamat datang aku ucapkan ^w^ Bolehlah ambil sedikit masa korang untuk baca cerita dan kalau korang suka, jangan lupa vote and comment! credits; cover: Rikuto Rai story plot: Rikuto Rai
Hairi Peter Dan Tongkat Suci by IslamWorld123
IslamWorld123
  • WpView
    Reads 964
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 13
Hidup sempurna bagi Hairi Peter,kecuali digasak dua beradik kembar merangkap sepupunya.Tinggal bersama bapa saudara,Amran Oliver selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sehinggalah suatu hari dia menerima sepucuk surat dari sekolah Da'wah-The School Of Regilious And Islamic Knowledge yang menantikan ketibaannya. Di sekolah itu,dia bukan sahaja menemui sahabat handai,malah pelajaran tentang Islam yang kian ditelan dek zaman.Serta misteri Tongkat Suci yang mampu memberi kuasa mengabulkan apa apa hajat tuannya. Sekiranya...dia masih bernyawa.. ®All Right Reserved Start : 19 June 2020 Finish : 22 June 2020 Mohon jasa baik anda untuk vote. Kerjasama anda saya hargai dan hanya Allah SWT mampu membalasnya.Jazakallahu khairan kathiran..
40. Beautiful And Bittersweet by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 154,390
  • WpVote
    Votes 1,140
  • WpPart
    Parts 6
🐬PAID VERSION.DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.luka yang tiada siapa pernah nampak dan jeritan yang tiada siapa pernah dengar. At least la itu yang dia fikirkan. Bahawa kewujudan dia ni tiada siapa yang sedar. Lalu muncullah, seorang pensyarah baru yang menggantikan pensyarah lain di kelas kuliah sama Zehra hadiri. Sir Neel Adam, seorang lelaki berpewatakan ceria yang easy going. Menarik minat ramai pelajar. Namun ramai-ramai di situ, dia dapati Zehra tidak seperti gadis yang lain. Perasaan ingin tahu menguasai Neel. Yang membawa dia kepada pendedahan sisi gelap Zehra Ivory. Apa yang akan berlaku? Berjayakah Sir Neel meruntuhkan tembok yang selama ini Zehra cuba pertahankan? Mula - 27/7 End - 31/12 Disember 2021.
41. The Ice Hockey Princess by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 82,501
  • WpVote
    Votes 10,603
  • WpPart
    Parts 104
Aerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, kapten yang tak sekepala, pendapat seorang ke barat seorang lagi ke utara Macam mana agaknya perjalanan Aerith dan Harvey nanti ya? Akan ada persaingan di antara mereka ke atau Akan ada attraction di antara mereka pula ********************** Lepas dapat tahu ada kelayakan musim akhir hoki ais, Aerith cuba dapatkan tempat untuk kumpulannya. Tapi akademi beritahu hanya satu pasukan hoki ais sahaja yang bakal layak ke pertandingan nanti. Disebabkan Akademi Greenwhich School Game ada dua team hoki ais. Maka timbullah pencanggahan di antara dua kapten pasukan ni. Jadi Harvey Greyson telah membuat pertaruhan antara team mereka dan team Aerith untuk tentukan samaada pasukan hoki ais lelaki atau perempuan yang bakal sertai pertandingan itu nanti. Macam mana perjalanan mereka? ************************** Kalau diberi pilihan, Aerith sejak awal hingga ke akhir nekad dengan keputusan dia. Tapi ayahnya begitu benci akan sukan hoki ais hingga tegah dia dari sertai akademi sukan. Sampailah satu hari, berlakunya pertembungan dengan Hudson pada hari makan malam tu. Rahsia yang Aerith cuba simpan ikut terbongkar sama pada hari tu... Agaknya Hudson akan simpan rahsia tu atau gunakannya untuk kepentingannya? Mari kita cari tahu perjalanan Aerith menentukan kejayaan misinya di The Hockey Ice Princess JUN 2022
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 165,697
  • WpVote
    Votes 22,807
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 477,053
  • WpVote
    Votes 65,964
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Tears of Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 117,561
  • WpVote
    Votes 12,394
  • WpPart
    Parts 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku sudah tidak dapat memainkan benda itu lagi. Keluarga aku membuangku. Mereka tidak menerima aku sebagai keluarga mereka lagi. Mereka juga menganggap aku tidak pernah wujud di rumah itu. Aku sedih, keseorangan dan kesunyian. Hanya kasih sayang yang aku mahukan. Dan setelah semua itu berlaku, aku ditimpa lagi dengan satu lagi ujian hidup aku. "Kalau kau gagal tolong aku dapatkan sekolah tu, adik kau akan jadi mangsa. Aku akan hancurkan dia dan keluarga dia juga." - Karl Nathaniel Claes Itulah kata yang memaksa aku untuk menolong lelaki itu atau lebih tepat abang angkat aku a.k.a tunang aku. Memang aku sudah keluar dari keluarga itu tapi aku masih lagi sayangkan keluarga itu. Aku tidak sanggup melihat mereka terluka. "Siapa keluarga kau. Aku tak pernah ingat aku pernah berkeluarga dengan kau." - Perth Aldrich Ascart Satu kalimat yang menghempas diri ini. Lelaki yang selama ini aku kenal sudah tidak mengenal diri aku. Aku sudah tidak dikenali di keluarga itu. Lelaki itu tidak mahu mengaku aku adalah kakaknya. Aku sedih, sakit dan tersiksa. Satu-satunya ahli kelaurga yang aku sayang sudah membenci aku. Adakah hanya aku yang harus menerima semua takdir ini? Kenapa hidup aku terlalu sukar? Atau aku ini yang terlalu lemah untuk hidup. P/S tolong Baca lost soul melody dahulu sebab cerita ni ada kena-mengena dengan cerita tu Cover by: @AizackMesle Start: 11/5/20 End: 9/11/20
 Lost Soul Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 48,455
  • WpVote
    Votes 6,161
  • WpPart
    Parts 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dari kesengsaraan dulu. Namun semua memori dulu hampir kembali akibat datangnya seorang lelaki pencipta melody yang baru. Seseorang lelaki yang ingin dia kembali kepada melody. Tetapi tidak mengetahui identiti dia. Dia takut. Takut akan memori dulu kembali lagi. Jadi dia terpaksa sembunyikan identiti itu dan jangan benarkan lelaki itu mengetahui identitinya. Adakah lelaki itu akan mengetahui identiti dirinya? Adakah perempuan itu akan kembali ke dunia melody? P/S. Mungkin description nampak boring tapi cerita ni serius best.
Silent Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 379,784
  • WpVote
    Votes 34,118
  • WpPart
    Parts 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup. Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini. Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang. Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup. Aku sakit. Sakit dan penat menerima kenyataan ini. Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar. "Aku bukan Rechel, aku Emerline." P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody Start: 1.1.2021 End: 4.4.2021 Cover by: @AizackMesle