cik_umie's Reading List
31 stories
LUPA - sebuah novel Fayyadh Z. Mahali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 61,629
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 16
Setiap yang hidup pasti akan mati.' Namun, hakikat tersebut tidak bermakna bagi Tuah. Sebuah panggilan dari nombor yang tidak dikenali menjadi pembuka tirai pentas sebenar kehidupannya; kebenaran hakiki mengenai keupayaan untuk hidup kembali setelah mati. Dan segalanya bertambah rumit apabila memori seseorang bakal menjadi galang-ganti bagi setiap kematiannya. Apa motif pemanggil tersebut dan siapa dia yang sebenarnya? Adakah kebolehan tersebut bersifat kekal atau sementara? Dua pilihan terhidang kepada Tuah - mengakali si pemanggil misteri untuk memberikan jawapan, atau biarkan mereka meLUPAkannya!
2000s by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 171,287
  • WpVote
    Votes 5,641
  • WpPart
    Parts 83
Menceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handphone berharga 10sen setiap SMS, zaman seluar askar dan poket banyak dalam top, dan zaman Islam Hadhari dan AFUNDI MAWI. Kerana pada 2020 nanti, korang mesti cari punya buku ni.
LELAKI SESUATU ITU - sebuah cerpan Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 18,772
  • WpVote
    Votes 336
  • WpPart
    Parts 8
Sebuah kembara kenal diri yang melibatkan alien. Cerpan (cerita panjang) ini mula-mula dicetak dalam buku "II" yang dilancar di Big Bad Wolf Disember 2016 dan kini dah soldout. Cerpan ini kini disirikan di Wattpad untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau.
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 53,754
  • WpVote
    Votes 1,005
  • WpPart
    Parts 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.
CIKGU ASYRAF - sebuah cerpan Dayang Noor by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 34,626
  • WpVote
    Votes 832
  • WpPart
    Parts 12
Sebuah misteri kampung yang melibatkan pembunuhan. Cerpan (cerita panjang) ini mula-mula dicetak dalam buku "II" yang dilancar di Big Bad Wolf Disember 2016 dan kini dah soldout. Cerpan ini kini disirikan di Wattpad untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau.
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 20,149
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 14
Tina percaya dia dalam sepi walaupun ditemani suara-suara luar. Azri tersangkut dalam rutin harian bosan dan impian masa silam. Has persoalkan idea kebergantungan dan meraikan hidup bersendiri. Tina mencari 'kediaman' sebenar dalam hidupnya ketika bertemu dengan Azri yang membawa semangat dan peribadi Has. Perjalanan ketiga-tiga mereka mendepani perspektif suku usia yang disenyapkan: kehidupan dan tujuan, ikatan dan penerimaan, realiti dan beban. Cerita adalah sebentuk lukisan mentah. Lukisan mereka adalah teks kelam dalam membanding tragedi.
REAL by amyrozitta
amyrozitta
  • WpView
    Reads 4,348
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 23
Bacalah REAL:kisah seram dan isu semasa tentang Islam..nantikanlah berita tentang seram tapi berlandaskan ilmu Islam.Belah depan tu tak seronok tapi yang kat belakang tu best..Baca dulu baru nilai.
SWEET SWEET VAMPIRE by rianatsumi
rianatsumi
  • WpView
    Reads 106,847
  • WpVote
    Votes 4,589
  • WpPart
    Parts 21
Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini.
Suamiku Seorang Filosuf slash Fotografer by sufianabas
sufianabas
  • WpView
    Reads 13,301
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 3
Tengku Ariff Danial ada segalanya. Ayah yang kaya seperti Firaun, wajah yang wajib diselfie, dan kebijaksanaan seekor tupai yang terperangkap di kebun peladang yang kaki minum dan baran. Tapi Tengku Ariff Danial gagal memiliki hati Puteri Aisyah, seorang instag-tudung-seller-manic-pixie-girl yang comel nak mampus, tapi mempunyai iman titanium. Namun setelah brek tayar kereta ayah Puteri Aisyah dipotong, dan beliau mengalami kemalangan yang parah, kata-kata terakhir beliau sebelum melangkah keluar pentas kehidupan adalah, "Puteri, kau kahwinilah Tengku Ariff Danial, dan ini adalah permintaan terakhir ayahmu." Apakah Puteri Aisyah akan derhaka pada kata-kata yang dipengaruhi morfin ayahnya itu? Atau apakah beliau akan shopping, makeover, dan berselfie dengan caption "OMG babe, I kena kahwin paksa!"
SEYOGIA by LejenPress
LejenPress
  • WpView
    Reads 3,623
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 3
Seyogia, 2013 oleh Amal Hamsan. Beli online di: www.lejen.my Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sama, namun hujungnya jelas tiada persamaan. Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.