DollyKay's Reading List
12 stories
Bila Kuli Jadi Artis by ayennn_99
ayennn_99
  • WpView
    Reads 10,486
  • WpVote
    Votes 322
  • WpPart
    Parts 35
Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu bak buluh perindu. Kehadiran seorang pelanggan serba kacak yang lancang bersuara mengubah hidup Yuri. "Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya. Saya takut jaket saya kotor." "Maaflah, encik, Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai. Sangkut saja di kerusi. Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini." Mulut Yuri tidak mampu duduk diam. Dia tidak menyangka pemuda itu adalah bakal majikan barunya! "Yuri ni staf terbaik Pizza Star." Itu kata majikan lamanya. "Oh, staf terbaik. Baguslah kalau macam tu. Saya akan menilai sejauh mana baiknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan. Selamat bekerjasama, Yuri." - Daniel Ervin. Setiap hari jika tidak menyakat Yuri, hidup Ervin memang tidak tenang. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian gadis itu dan memenangi hati Yuri! "Bukan semua orang ada bakat macam awak. Untuk pertama kali, saya hulurkan tangan kepada seorang gadis yang suaranya lebih merdu berbanding suara saya. Awak sambut tangan saya dan saya janji akan bawa awak menuju kejayaan." Ace muncul menawarkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal Yuri. Antara cinta, karier dan dendam, mampukah Yuri penuhi semua kehendaknya? Sanggupkah dia meninggalkan segalanya demi cita-cita? Akankah dia membalas dendam terhadap semua manusia yang memijak maruahnya? Malah, tegarkah dia menyakiti Daniel Ervin, cinta pertamanya? Dan, apa pula erti seorang Ace dalam hidupnya?
CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 62,019
  • WpVote
    Votes 1,395
  • WpPart
    Parts 15
Harga : RM 21.00 (SM) // RM 24.00 (SS) Penulis : Airisz Terbitan : Karyaseni AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang 'terror' bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya. Dan akhirnya dia kembali semula. "Saya cabar awak, Awah. Terima saya kali ni. Biar kita diikat dengan ikatan perkahwinan. Saya mahu buktikan saya mampu bahagiakan awak dan saya mampu jaga awak dengan baik. Berilah saya peluang untuk buktikan sesuatu pada mak awak." Rupa-rupanya, ada dalang di sebalik kehilangannya. Siapa dalangnya? Orang yang aku tak kenal atau orang yang aku kenal? Macam ada rahsia di sebalik semua ini. Tapi apa?
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 998,730
  • WpVote
    Votes 27,717
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Salah Siapa? by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 40,494
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 17
Sinopsis novel di dalam. Jemput baca. Ps : Novel ini telahpun diterbitkan. Tiada dijual di kedai buku. Hanya dijual secara online. Untuk pembelian boleh dm saya. 🚫 Dilarang plagiat
MISS CLEANER UNDERCOVER by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 67,056
  • WpVote
    Votes 1,564
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Miss Cleaner Undercover Penulis: Fateen Najwa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-53-2 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2017 ****************** Saat mengetahui kebenaran yang hakiki, Hayden Daniel sungguh menyesali akan keterlanjurannya memutuskan cinta. Namun segalanya sudah terlewat pabila Khaira Wilda sudah putus harapan terhadap sebuah rasa yang dinamakan cinta...
Misi Memikat Cik Hitler by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,386
  • WpVote
    Votes 2,499
  • WpPart
    Parts 15
BACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Misi Memikat Cik Hilter Penulis: Nojie Muka Surat : 784 Penerbit: Penulisan2u Terbitan : November ISBN: 978-967-0992-43-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah/Sarawak)
Bukan Kerana Aku Tak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,430
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 1
Penulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. “Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?” “Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Eksperimen Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,057
  • WpVote
    Votes 427
  • WpPart
    Parts 2
Judul : Eksperimen Cinta Penulis : Anjell Penerbit : Karyaseni Semenanjung : RM30 Sabah/Sarawak : RM33 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam? Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya. “Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...” “Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…” Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?
Cik Calla Lily Dan Encik Tengku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 78,845
  • WpVote
    Votes 1,632
  • WpPart
    Parts 10
Novel akan berada di pasaran Januari 2016