Arim_Hasha
Aatif Johan membawa diri ke luar negara demi merawat hati yang luka setelah berpisah dengan Danial Imran. Selama lebih dua tahun dia menghilang, menenangkan jiwa dan menuntut ilmu di perantauan. Kini, kepulangannya ke tanah air membuka semula pintu lama yang pernah cuba dikuncinya rapat.
Sepanjang kehilangan Aatif Johan, Danial Imran tidak pernah berhenti mencintainya. Kesilapan silam masih menghantui, namun cintanya tetap utuh. Terperangkap antara cinta terlarang dan tanggungjawab keluarga, Danial berdepan dilema yang menguji jiwa.
Pertemuan semula mereka menyalakan kembali bara yang hampir padam. Danial bertekad untuk tidak lagi melepaskan Aatif Johan, sanggup melakukan apa sahaja demi meraih semula cintanya. Namun, saat hati Aatif Johan mula terbuka, segalanya direntap semula apabila Mariah - isteri Danial - mengetahui hubungan mereka. Demi dirinya dan anak-anak, Mariah memohon agar Aatif Johan menjauh.
Sekali lagi, hati Aatif Johan dirobek. Kali ini, dia benar-benar hampir menghilang buat selama-lamanya. Apakah Danial Imran mampu menemui Aatif Johan semula? Dan jika mereka bertemu, adakah dia akan memilih cinta terlarang... atau keluarganya sendiri?
Aatif Johan:
"Sudah cukup, Danial! Usah awak janjikan bulan dan bintang sedangkan awak tahu, bulan dan matahari selamanya tidak akan pernah bersama."
Danial Imran:
"Saya hanya pinta satu... satu peluang sahaja, untuk membetulkan kembali simpul yang kusut ini."