We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
extranuts1's Reading List
97 stories
FORGET ME NOT by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 16,411
  • WpVote
    Votes 1,719
  • WpPart
    Parts 3
Maya cuma mahu hidup dengan tenang. Menyukai dia tanpa perlu berusaha untuk memiliki. Melakukan pekerjaan tanpa perlu memenuhi kehendak sesiapa. Tidur dan bangun tanpa dihantui beban. Setelah bersusah payah menyusun segala perkara berada di tempat yang dia mahu, mereka datang menyelerakkan segalanya. Maya terduduk kaku. "Kau tertanya-tanya kenapa hidup kau begini? Kau disumpah, Maya..." "Kau tak boleh memaksa diri kau masuk di tempat yang bukan milik kau." Adakah kerana rahsia? Kerana ada rahsia. Rahsia yang mengikat dan menyumpahnya. Sebesar mana pun usahanya menata hidup, segalanya akan kembali bersepah, kembali runtuh. Kerana tempatnya bukan di situ.... FORGET ME NOT -LOLLYSNOW- 2025
Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 618,303
  • WpVote
    Votes 20,013
  • WpPart
    Parts 67
Ayreen Sofea | Ezran Haq Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu indah, tanpa sedar Ayreen jatuh cinta pada Ezran namun dia memendam perasaannya kerana tidak mahu persahabatan mereka hancur. Sehingga usia mereka mencecah 16 tahun, muncul Hanna dalam hidup mereka. Perasaan Ezran sewaktu pertama kali melihat Hanna, entah kenapa hatinya berdegup kencang, jiwanya tenang melihat wajah jelita milik Hanna. Sebagai seorang insan yang akan kekal menjadi sahabat Ezran. Ayreen menjadi saksi percintaan mereka dari bangku sekolah sehingga ke jinjang pelamin "Aku doakan kau sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku, Ezran Haq" Ayreen melangkah pergi meninggalkan majlis Ezran sekaligus meninggalkan kehidupan yang di penuhi kenangan bersama lelaki itu. Dia harus berhijrah ke tempat lain, lelaki yang dia sayang selama ini sudah berada di tangan yang tepat. Tapi benarkah takdir mereka berakhir di situ?
Abdi [عبدي] ✓ by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 18,150
  • WpVote
    Votes 973
  • WpPart
    Parts 64
"Darah tak boleh dibayar dengan darah sendu." ..... وَإِن عاقَبتُم فَعاقِبوا بِمِثلِ ما عوقِبتُم بِهِ ۖ وَلَئِن صَبَرتُم لَهُوَ خَيرٌ لِّلصّٰبِرينَ "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar." [QS, An-Nahl: 126] ..... Mula: 9 Ogos 2024 Tamat: 10 Ogos 2025 Tw ⚠️: Blood, violence, harsh words. © hironuwi
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 542,009
  • WpVote
    Votes 3,332
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,289,044
  • WpVote
    Votes 90,760
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
SEIF by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 471,698
  • WpVote
    Votes 43,888
  • WpPart
    Parts 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
Contengan Jalanan by hlovatehood
hlovatehood
  • WpView
    Reads 24,059
  • WpVote
    Votes 1,349
  • WpPart
    Parts 46
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Published May 2011, ISBN139789675118531 Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/11194664-contengan-jalanan