Favorite
10 stories
My Hubby My Lecturer by NatashaZulkifli
NatashaZulkifli
  • WpView
    Reads 1,571,628
  • WpVote
    Votes 40,802
  • WpPart
    Parts 62
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang serta merta. Nak tahu cerita dia? Baca.. nak tahu ending dia jom beli buku dia.. Love, Natasha Ps: Novel tak akan diupdate sampai habis.. hanya akan di update sampai bab 51 saja. Sebab apa? Sebab cheq jual novel ni.. kalau nak order Mesej saya.. kalau nak jadi dealer/dropship pun pm saya naa
GEMUK fabulous! by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 499,489
  • WpVote
    Votes 23,365
  • WpPart
    Parts 31
Mel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan menyebabkan Mel membawa diri ke Perancis. Adakah hatinya masih untuk Naufal?
Tak Nak Kahwin Paksa!!! by HudaMalek00
HudaMalek00
  • WpView
    Reads 136,476
  • WpVote
    Votes 4,214
  • WpPart
    Parts 16
Sinopsis: Mengisahkan tentang Nur Aira Qistina seorang tomboy yang dipaksa papanya untuk berkahwin dengan anak rakannya atas sebab terhutang budi dan juga untuk menyelamatkan syarikat papanya yang hampir muflis. Muhammad Airil Daniel ialah seorang lelaki yang tidak percaya pada perempuan disebabkan oleh kekasihnya yang ditangkap basah sewaktu hari pernikahan mereka hampir tiba. Dan disebabkan itu jugalh papanya ingin dia berkahwin dengan calon pilihannya. Sebelum pernikahan diantara Aira dan Airil,mereka tidak mahu bersua muka walaupun papa mereka menyuruh untuk berjumpa terlebih dahulu kerana ego yang tinggi.Mereka menyesal apabila tidak berjumpa dahulu untuk berbincang kerana mereka telahpun diijab kabulkan. "Kenapa kau selalu muncul depan mata aku " ~Aira "Sebab kau yang nak aku ada selalu dengan kau" ~Airil "Tapi Qisha cintakan dia sangat-sangat" ~Qisha Mampukah mereka membina bahagia setelah kehadiran Iqram dan siapakah Qisha???
Nerdy Guy by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 423,700
  • WpVote
    Votes 20,785
  • WpPart
    Parts 31
Husna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasaan kepada seorang gadis angkuh, Husna Humaira. Kehadiran Aizar membuatkan hati Husna Humaira bebunga-bunga, memang selera Husna Humaira, kaya dan kacak. Siapakah Aizar? Bagaimana kesudahan si Nerd mendapatkan cinta si Hot cantik jelita yang angkuh?
Awak!Suami Saya? by Silent_Writer99
Silent_Writer99
  • WpView
    Reads 179,311
  • WpVote
    Votes 7,575
  • WpPart
    Parts 22
Mereka boleh diibaratkan 'Anjing Dan Kucing'.Berjumpa sikit,ada je yang tak kena.Tak pernah nak berdamai.Hanya satu ikatan sahaja yang boleh buat mereka berbaik.Bukan senang memegang dua status pada masa yang sama. Apakah kesudahannya?Adakah perkahwinan mereka akan kekal walaupun dalam usia mereka yang hanya setahun jagung dan masih terlalu mentah dalam soal perkahwinan?
My Sewel Guy by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,587
  • WpVote
    Votes 1,804
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: My Sewel Guy Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-69-2 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni “Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…” Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil. “Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia “Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal “Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia “Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya. “Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia “Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal “Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia “Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,115
  • WpVote
    Votes 7,063
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Saya Ke?! ✔ by snaamy
snaamy
  • WpView
    Reads 1,365,463
  • WpVote
    Votes 55,955
  • WpPart
    Parts 53
Eryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lelaki? Atau adakah rasa terhutang budi ni melebihi rasa cinta? Mengapa ambil kisah kalau tak suka? Eryna kebuntuan memikirkan siapa dia di dalam hidup Ferris. Cinta itu kejam dan menakutkan.
Bius Cinta Dari Ardul Kinanah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,029
  • WpVote
    Votes 970
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul Kinanah Penulis: Azraq Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-81-5 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni "Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi. “Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani “Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim “Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya. “Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...” Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,887
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira