AD_Kawaii's Reading List
3 stories
One Day You'll Be Mine by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 21,853
  • WpVote
    Votes 323
  • WpPart
    Parts 1
Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka. Tajuk: One Day You'll Be Mine Penulis: Inawza Yusof Penerbit : Karyaseni ISBN: 978-967-0246-40-6 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni
Cinta 3 Suku (Herna Diana) by Miss_Niesa
Miss_Niesa
  • WpView
    Reads 7,333
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 2
‘Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemian dihiasi insiden perlanggaran. IMAN– gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas membawa diri ke kota. Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. ARIE– pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun lorong yang sedang mereka lalui itu penuh onak dan duri.
Hero aku Tomboy by ArisaEriza
ArisaEriza
  • WpView
    Reads 47,432
  • WpVote
    Votes 1,553
  • WpPart
    Parts 21
Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? "Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?"