fixi❣
4 stories
IDENTITI:2 by NajwaAzaki
NajwaAzaki
  • WpView
    Reads 45,188
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 58
Identiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. Izzat adalah rakan baik Mazlan yang sekepala. Siapa sangka dia bakal mengetahui sesuatu yang tidak diduga walaupun segalanya hanyalah kebetulan semata-mata. Adib cuba menarik rakan-rakannya untuk sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, mana ada manusia yang suci daripada debu dosa. Dalam dunia ni, kita tak akan kenal seseorang tu 100%. Pasti akan ada sisinya yang kita tak tahu. Apabila kita memaksa diri untuk tahu semua benda, padah akan menimpa! Sebab itulah, ada yang kata, kadang-kadang lebih baik tak tahu in detail dari terlalu tahu, takut kita tak boleh terima kenyataan. Mazlan tidak tahu yang dirinya telah melakukan kesalahan besar bersama empat rakan lain. Pelbagai siri gangguan mula menerpa diri mereka semua dan rahsia yang mereka cuba simpan kemas sedikit demi sedikit mula terburai di hadapan sahabat semua. Percutian ke Langkawi menjadi salah satu detik hitam dalam hidup mereka apabila dosa lalu mengejar kembali untuk dilunaskan. Hutang darah harus dibayar darah! Mampukah mereka menyelamatkan diri dari lipatan takdir? Apakah sekeping cermin mampu melindungi mereka? Ada apa dengan cermin? Ada di antara mereka yang menikam dari belakang demi menyelamatkan diri, namun siapa? Dalam kekalutan yang menimpa, masing-masing menanam kata-kata keramat dalam hati : "Korban itu perlu dalam misi menyelamatkan diri! Korbankan orang lain atau terkorban. Kau yang pilih!"
AMULET by mcairolyakup
mcairolyakup
  • WpView
    Reads 11,150
  • WpVote
    Votes 555
  • WpPart
    Parts 22
Satu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi kawan-kawannya dan Cloud hanya mahukan kehidupan yang pernah dijalani bersama yang lain sebelum ini. Tiger Gang mahu diberi nafas semula oleh Kitty dan dia sedang mencari Ammo yang telah menamatkan riwayat bapanya Lou Foo. Pertarungan masih belum selesai dan dendam kesumat mahu dilangsaikan. Amulet ammo pemberian Fiet pada yang lain adalah kunci utama. Dengan kehadiran Nik, Aemez dan Kai, empat survivor dari Ammo akan beraksi kembali!
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 53,754
  • WpVote
    Votes 1,005
  • WpPart
    Parts 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,670
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.