AinaHamra_AH's Reading List
2 stories
SEPARUH HATI ADA PADAMU (ONGOING) by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 20,494
  • WpVote
    Votes 735
  • WpPart
    Parts 16
Sebulan sebelum majlis pernikahannya, Adara menerima berita yang tidak dijangka. Tunangnya Hadi ditangkap basah dengan wanita lain! Hancur luluh hatinya. Tanpa membuang masa keluarga Adara bertemu orang tua Hadi untuk memutuskan tali pertunangan. Ibu bapa Hadi sedih dan kecewa kerana mereka terlalu sayangkan Adara. Dan mereka rasa bersalah kerana telah memalukan keluarga Adara. Majlis yang sudah dirancang tidak akan berlaku. Melihatkan keadaan itu, Haffaz abang kepada Hadi memberi cadangan supaya dia yang berkahwin dengan Adara. Jika, perkahwinan ini berlaku ia dapat menyelamatkan maruah kedua-dua belah pihak. Orang tua Haffaz dan Hadi mengemukakan cadangan tersebut kepada keluarga Adara. Dan Adara bersetuju. Persetujuan Adara itu adalah kerana dia mahu membalas dendam kepada Hadi. Dia mahu tunjukkan kepada Hadi yang dia mampu bahagia walaupun lelaki itu telah berlaku curang kepadanya. Tetapi selepas kahwin Adara mendapati Haffaz adalah seorang lelaki yang baik. Lelaki itu menerima dirinya seadanya. Apakah bakal berlaku dalam kehidupan Adara dan Haffaz? Bagaimanakah reaksi Hadi apabila mengetahui Adara sudah menjadi kakak iparnya? Mampukah Adara membuka hatinya untuk Haffaz ataupun hatinya masih utuh buat Hadi?
TERGELINCIR DARI JALAN SYURGA (TERBIT) by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 13,124
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 12
"DEKAT sana, ada tanda cinta kita," ucap si jejaka pada wanita yang sedang termenung menatap langit biru. Angin bertiup sepoi seolah-olah bersetuju dengan kata manis yang tersampai ke telinga. "Di mana?" tanya wanita itu. "Tempat yang sayang sedang pandang tu.." "Apa tandanya?" Pinggang dirangkul rapat dari belakang. Wanita itu tersenyum kecil menerima kasih-sayang dari kekasih hatinya. "Nampak tak?" "Kat mana?" "Langit biru tu, tanda cinta kita, Win..." 💝 5 #kekasih