nurazyzah's Reading List
2 stories
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)
karyaseni2u
  • Reads 269,787
  • Votes 4,686
  • Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Pencuri Cinta Kelas Satu by karyaseni2u
Pencuri Cinta Kelas Satu
karyaseni2u
  • Reads 115,217
  • Votes 1,963
  • Parts 15
Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu Penulis: Illa Shanahila Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-78-5 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya! Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah. Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.